in ,

Ulasan Budieyators Selepas Menonton Filem MONEY MONSTER

Seramai 100 orang Budieyators, selebriti dan pembaca Budiey.com telah hadir menonton filem MONEY MONSTER semalam. Sebuah filem yang penuh dengan debaran dan babak suspen. Jom kita baca apa pendapat mereka yang hadir menonton tentang filem lakonan George O’Connell dan Julia Roberts ni.

Alan Che Wan

Ulasan Saya- Money Monster.
MUST WATCH 4/5.
Premiere With Budiey semalam menghidangkan sebuah movie yang bertajuk MONEY MONSTER.
Money Monster adalah dalam genre Jurnalis Majalah Tivi… yang pada hemat saya akan terletak di dalam barisan atas yang akan disebut sebut sekiranya seseorang akan membincangkan topik ini (berikut senarai 54 movie genre yang serupa https://pfauth.com/journal…/movies-for-journalists-reporter/). Sekiranya benar benar terjadi saya anggap bahawa movie Money Monster ini akan menjadi sebuah Mimpi Basah Wartawan Tivi dengan harapan menggapai sebuah Pulitzer untuk di bawa ke rumah. Money Monster diarahkan oleh pelakon thriller handalan Jodie Foster (Silence of the Lambs) dan ditulis oleh Alan Di Fiore, Jim Kouf dan Jamie Linden. Movie ini dibintangi George Clooney yang juga adalah Penerbit Bersama (co-producer sebagai Lee Gates, seorang wartawan majalah tivi yang memberi nasihat pelaburan Wall Street kepada penonton rancangannya. Selepas kejatuhan merudum sebuah kaunter saham Ibis Clear Capital, seorang pelabur Kyle Budwell (Jack O’Connell), yang termakan nasihat Lee Gates menceroboh dan menahan studio rakaman dengan sebuah bom dengan niat mendapatkan penerangan yang munasabah terhadap kehilangan keseluruhan wang simpanan yang dilaburkan di dalam kaunter saham tersebut. Lee Gates dibantu oleh penerbit studio Patty Fenn (Julia Roberts). Pengfileman Utama movie ini bermula 27 Februari 27, 2015 di New York City. Movie ini ditayangkan pada oleh Sony Pictures Entertainment melalui TriStar Pictures pada May 13, 2016, dan menerima ulasan bercampur campur dari pengkritik dan memperolehi pulangan USD52 juta pada minggu pertama berbanding bajet penerbitan USD27 juta. Movie ini akan membuatkan anda terduduk dihujung kerusi (on the edge of your seat? dengan it’s fast paced thrills… Jom repost & share. Jangan lupa tag kawan-kawan di ruangan komen. Kpd yang nak hadir, jgn lupa dapatkan baju T Budieyators dan sertai peraduan di www.budiey.com Layari sekarang! Jangan lupa hashtag di sosial media:
‪#‎premierewithbudiey‬
‪#‎budieyators‬
‪#‎moneymonster‬

Bubu Bear

Ulasan abam mengenai filem Money Monster merupakan sebuah filem yang dibintangi oleh Lee Gates (George Clooney) yang merupakan seorang penasihat saham di Wall Street dan juga merupakan pengacara disebuah rancangan Money Monster. Konflik berlaku semasa Lee dalam siaran langsung program rancangannya telah dicerobohi masuk oleh Kyle Budwell (Jack O’Connell) yang tidak puas hati atas sahamnya yang jatuh. Kyle telah menyalahkan Lee atas kerugiannya dengan ugutan menembak dan ingin meletupkan Lee. Keadaan semakin tegang dan huru hara menyebabkan Patty Fenn (Julia Robert) sebagai Producer rancangan Money Monster berusaha keras mencari jalan keluar untuk memastikan pemasalahan yang berlaku dapat diselesaikan dengan mencari CEO kepada Syarikat IBIS iaitu Walt Camby (Diminic West) untuk mendapatkan jawapan, dimana Kyle kerugian sahamnya. Apa yang berlaku selepas itu? Untuk mengetahui kesudahan jalan ceritanya. Sila ke pawagam berdekatan anda untuk menyaksikan kesudahan cerita ini. Kesuluruhan jalan cerita sangat menarik dan menjadikan anda berdebar-debar dan seolah-olah anda berada didalam situasi cerita ini. Dan juga unsur keadilan tak kira apa pun sebenarnya ia sangat penting. Abam bagi 4.5/5 untuk filem ini. Jutaan terima kasih kepada abe @budiey dan blog www.budiey.com atas anjuran Tayangan Premiere Money Monster.

Cyrill Hassan

Hey! Satu lagi filem terbaru lakonan George Clooney dan Julia Robert bakal ditayangkan mulai hari ini dengan judul Money Monter. Filem bergenre drama dan jenayah ini diarah oleh Jodie Foster, mengisahkan bagaimana seorang hos siri kewangan, Lee Gates (Goerge C) dan produsernya Patty (Julia R) melalui detik detik mencemaskan apabila seorang lelaki mengambil alih studio rakaman mereka sedang liputan bersiaran secara lansung. 

Berjayakah mereka melalui saat cemas itu? Siapakah lelaki misteri tersebut? Itu semua saya tinggalkan untuk anda cari jawapannya.

Secara keseluruhan filem ini tidak membosankan. Gandingan George dan Julia benar benar menjadikan filem ini hebat. Storylinenya tidak begitu complex jadi penonton boleh “digest” dengan mudah. 4.5/5

Ceddy Lopez

Just watched “Money Monster”, what a great movie! They don’t waste time at all and immediately brings in the thrilling factor within 20 minutes of the show. This movie is about a man who lost all his investment after following a TV host’s advice and he demands answers by taking everyone in the news team on hostage. At first I thought it’s gonna be a major snoozefest because I’m not into this kind of movie but damn! It’s so good! It gets you thinking about how big corporations sometimes just don’t give a damn about us. George Clooney and Julia Roberts have great chemistry together and kudos to Jodie Foster for directing the movie so wonderfully! ⭐⭐⭐⭐⭐ Thanks Budiey Isma for the tickets! ‪#‎PremiereWithBudiey‬

Asyraf Azizi

Ulasan: Seorang personaliti TV kewangan, Lee Gates menawarkan khidmat nasihat mengenai dunia pelaburan menerusi rancangannya, “Money Monster”. Bagaimanapun suatu hari, dia dijadikan sebagai tebusan oleh salah seorang penontonnya, Kyle Budwell, selepas kerugian wang berikutan mengikut nasihat Lee. Sejujurnya filem ini tidak bergantung kepada nama-nama besar pelakon seperti, George Clooney & Julia Roberts, tetapi jalan penceritaannya yang lain dari lain. Malas nak berceloteh panjang, better pergi tengok sendiri di pawagan berdekatan mulai 2 Jun 2016. Ratings: 5 ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Ash Rough

Done watching the premier screening of Money Monster hosted by budiey.com.
Here is my review: When a disgruntled investor Kyle Budwell (Jack O’Connell) lost everything he invested after taking advice from a stock market tv show host Lee Gates (George Clooney), he decided to hold him and the whole studio hostage and get some answers. With the help of the tv show producer Patty Fenn (Julia Roberts), they try to sort things out and together they unravel the sickening truth behind the scandal. An intense movie from the very beginning till the end, directed by well known actress Jodie Foster deserves a 4.8 ⭐ out of the possible 5 from me. P.s: audience gave a standing ovation at the end. Too bad some parents decided to bring their kid into this movie. To many “f*cking” word spilled throughout the movie. Surely the kid gonna be catching some of those words back home. Hahaha. Many thanks to Abg Budiey Isma

AJ Razak

What do you get when George Clooney meets Julia Roberts in a Jodie Foster directed movie? You get a scintillating 90 minutes of pleasant viewing.
SUITABLE FOR OVER 18 ONLY. LOTS OF PROFANITIES.
MY RATINGS 4.75 OF 5 STARS
Welcome to the world of stock broking.
A prominent money matters talk show host was taken at gunpoint to explain the sudden loss of investment on a high riding counter, on live tv. This took the viewers to a live tv coverage of the incident. The revealtion touched many a heart. As always, greed ruled the day BUT it does not pay.
Never a dull moment during the screening. Excellent dramatic thriller kept us glued to our seats. One of the most enjoyable production we have watched lately. Go see for yourselves. MONEY MONSTERS open nationwide this week. Many thanks Budiey Isma and Cyrill Hassan of budiey.com for hosting.

Maria Tunku Sabri

Premiere filem ” Money Matters ” bersama Budieyators malam ini di GSC One Utama. Filem mengisahkan seorang pengacara tv merupakan penasihat kewangan, Lee Gates telah dijadikan tebusan secara ‘ live ‘ di tv oleh salah seorang penontonnya yang telah kehilangan semua wang yang telah di tinggalkan oleh ibunya setelah dia melaburkan didalam saham yang disarankan oleh Lee Gates. Apakah kesudahannya? Anda kena tengok sendiri filem ini…Saya bagi 3 / 5 bintang!

M Asri Ray

My review MONEY MONSTER
Layari: www.budiey.com
TQ ‪#‎BudieyDotCom‬
@budiey
‪#‎moneymonster‬
‪#‎moneymonstermy‬
‪#‎premierewithbudiey‬
Saya bagi 2.8/5 bintang
MONEY MONSTER diarahkan Jodie Foster dan dibintangi oleh George Clooney sebagai Lee Gates dan Julia Robert sebagai Patty Fenn. Filem ini agak solid dan straight forward. Lee Gates adalah pengacara rancangan kewangan di TV bertajuk Money Monster. Pengarah rancangan tv ini adalah Patty Fenn.
Pada suatu hari, Kyle Budwell (lakonan Jack O’connel) berjaya menyelinap masuk ke studio rakaman dengan senjata dan jaket yg telah diisi dengan bahan letupan. Tujuan Kyle menjadikan Lee sebagai tebusan adalah Kyle ingin mengetahui apa sebenarnya terjadi dengan wang pelaburannya ke atas syarikat IBIS yang telah mengalami kerugian yang amat teruk. Semasa proses tebusan dan penahanan ini pelbagai perkara misteri telah terbongkar satu persatu dan melibatkan negara lain. Mari kita lihat apa yang berlaku selepas itu. Silakan ke pawagam berdekatan untuk menonton Money Monster.

Amaris

Thanks to Budiey Isma. Filem yg sgt awesome , sy bagi 4 bintang ☺ korang kena tonton filem nie..

Erra Asmuni

Ini dia ulasan saya tentang filem MONEY MONSTER…
Sebuah filem yang dramatic thiller arahan Jodie Foster. Starting jalan cerita yang straight forward dan tidak meleret-leret, tidak banyak adegan aksi namun apa yang bestnya cerita nie, ketika adegan serius dilakukan iaitu ketika penjenayah sedang ugut watak hero, diselangi jua dengan beberapa adegan kelakar. Disebalik semua ini, terselit sebuah mesej pengajaran bagi yg suka bermain dengan pasaran saham di mana risiko yang dihadapi amatlah tinggi. Terima kasih kepada Budiey Isma kerana memilih saya sebagai salah seorang pemenang peraduan premiere ini.. Smlm mmg best bila dpt gelak bersama2x dengan budieyators dan melihat gelagat Ifa Raziah & Maria Tunku Sabri.. 🙂 Saya kasi 3/5. Layari: www.budiey.com

Mazran Achik

Review saya untuk filem Money Monster yang dibintangi oleh ‪#‎juliaroberts‬ dan ‪#‎georgeclooney‬
Movie yang membongkar sebuah saham terkemuka iaitu IBIS yang dipopularkan melalui rancangan Money Monster. Kekecohan tercetus apabila seorang pemegang saham iaitu Kyle menceroboh kawasan show dan menjadikan lee dan semua kru sebagai tebusan semata-mata untuk mendapatkan jawapan di sebalik pengoperasian IBIS. Untuk movie ini saya bagi 4*. Thank you Budiey Isma dan ‪#‎budieydotcom‬ di atas jemputan ini. Layari www.budiey.com bagi menyertai peraduan ‪#‎premierewithbudiey‬ dan memenangi tiket premiere anda!

Hailan

Movie Review. ‪#‎MoneyMonster‬. Filem ini mengheret anda ke alam bursa saham yang penuh pancaroba dan emosi manusia dengan hanya menggunakan satu plot utama – rancangan tv mengenai saham secara live. Filem ini berjaya membawa anda bersama-sama dengan watak yang sangat cemerlang oleh George Clooney dan Julia Roberts. Menjadi tebusan di dalam rancangan live sedangkan anda adalah hos rancangan tersebut, pada masa yang sama disarungkan jaket berisi bom. Filem ini juga menyaksikan kekentalan emosi seorang pengarah poduksi yang perlu bertindak dalam sela masa yang pantas untuk menyelamatkan nyawa hosnya. Filem ini wajib ditonton kerana anda tidak akan berganjak dari tempat duduk anda berdasarkan jalan cerita filem ini yang berjaya memegang setiap slot dengan cemerlang. 5 ★ tanpa prejudis.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik Yang Deep Tajam Berbisa dalam Single Terbaru TAJAM Elizabeth Tan

Baelon | 16

Ini Tiga Sebab Anda Perlu Miliki NESCAFÉ® Dolce Gusto® Di Rumah