in ,

Ulas Isu Curang Berlaku Dengan Izin Allah, Akhirnya Andika Putera Buat Permohonan Maaf

Seorang influencer Andika Putera membuat permohonan maaf secara terbuka di atas ketelanjuran katanya di dalam sebuah video yang mengaitkan perbuatan curang berlaku atas izin Allah yang tular di laman sosial Twitter.

Menerusi laman sosial Instagram, Andika memuat naik sebuah video permohonan maaf tersebut untuk tatapan umum.

“Dika minta maaf dengan seikhlas hati dan harapkan korang semua boleh maafkan Dika di mana apa yang Dika cakap tu banyak misleading yang boleh menyebabkan perbalahan.

“So Dika janji pada diri Dika di mana insya-Allah Dika akan improve diri Dika, baiki diri Dika sebelum any posting, dengan cara penyampaian Dika, Dika akan improve.

“Dan thank you sangat-sangat untuk siapa yang komen positif, negatif, Dika always reply positif. Dika tak marah sesiapa pun. Terima kasih sangat, dekat situlah Dika belajar so insya-Allah Dika akan improve,” ujarnya menerusi video berdurasi kurang satu minit itu.

Ulas Isu Curang Berlaku Dengan Izin Allah, Akhirnya Andika Putera Buat Permohonan Maaf

Pada Jumaat, sebuah video ahli perniagaan itu memberikan pendapatnya terhadap isu curang seorang selebriti yang menimbulkan kemarahan wargamaya apabila dia menyatakan seseorang itu berkelakuan tidak baik kerana izin Allah.

Menerusi video berdurasi dua minit yang tular, Andika menyebut selebriti tersebut curang dan pergi ke rumah perempuan tersebut dengan izin Allah. Kelakuan curang tersebut berlaku kerana Allah menggerakkan diri selebriti itu dan orang lain tidak patut menilai kelakuan negatif tersebut.

Perkara ini turut mendapat perhatian Pejabat Mutfi Wilayah Persekutuan di mana mereka akan melihat perkara tersebut dengan lebih mendalam.

Isu Curang Dengan Izin Allah, Menteri Agama Mohon Pejabat Mufti Teliti Isu Andika Putera

“Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan meneliti isu terbaru yang melibatkan seorang ‘influencer’ di mana beliau menyebut tentang seseorang curang dengan izin Allah dan sebagainya.

“Kami akan mengambil inisiatif untuk menjawab isu ini dengan lebih tuntas dalam masa yang terdekat,” tulis pihak pengurusan Pejabat Mutfi menerusi satu ciapan.

Sehingga kini, permohonan maaf Andika telah menerima hampir 88,000 tontonan dan 1,300 komen daripada wargamaya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anak Angkat Meninggal Dunia Didera Ibu Tiri, Ibu Angkat Terkilan Tak Pertahankan Amir

Hazamin Inteam Sertai Misi Kemanusiaan Musim Sejuk di Syria