in , ,

Ulangi Rekod PEMATAH HATI, PELUANG KEDUA Cecah 1 Juta Tontonan Dalam Masa 1 Hari

Nabila Razali syukur MV Peluang Kedua cecah 1 juta tontonan YouTube dalam tempoh sehari dilancar – “Saya percaya MK jadi faktor tontonan berulang kali,”

Penyanyi Nabila Razali meluahkan rasa syukur dan terharu apabila muzik video Peluang Kedua mencapai tontonan 1 juta dalam tempoh sehari dimuat naik di saluran Youtube, ia sekaligus mengulangi rekod single hitnya Pematah Hati.

Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 27, berkata, ia satu pencapaian yang sangat bermakna dalam kerjaya seninya sebagai seorang anak seni.

Ulangi Rekod PEMATAH HATI,  PELUANG KEDUA Cecah 1 Juta Tontonan Dalam Masa 1 Hari

“Alhamdulillah, saya terharu kerana muzik video Peluang Kedua yang dimuat naik pada Selasa lalu mencapai 1 juta tontonan dalam tempoh singkat.

“Ia mengulangi kejayaan Pematah Hati pada tahun 2017 lalu. Mungkin ia biasa bagi orang lain tapi ia satu kejayaan besar buat saya!”

“Sebenarnya saya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi kerana sebelum ini lirik video yang dimuat naik pada April lalu sudah pun mencecah 12 juta tontonan,”

– Nabila Razali

Lagu ciptaan komposer dan penyanyi terkenal Hael Husaini dan MFMF ini turut menampilkan penyanyi rap MK K-Clique sebagai hero dan juga rakan duet untuk lagu baharu ini.

Nabila turut tidak menolak sambutan hangat lagu berkenaan juga disebabkan MK K-Clique yang sememangnya menjadi kegilaan para wanita.

Ulangi Rekod PEMATAH HATI,  PELUANG KEDUA Cecah 1 Juta Tontonan Dalam Masa 1 Hari

“Sudah tentu kredit bukan pada saya seorang kerana saya percaya MK juga menjadi faktor untuk orang ramai tonton muzik video ini berulang kali.

“Dia juga memberikan kerjasama dalam mempromosikan lagu tersebut sejak dimuat naik semalam,”

– Nabila Razali

Dalam pada itu, Nabila turut berterima kasih kepada tim produksi Ghzmsn Studio dan pengarah Lily Samsuddin yang bertanggungjawab memberi kualiti video terbaik.

Ulangi Rekod PEMATAH HATI,  PELUANG KEDUA Cecah 1 Juta Tontonan Dalam Masa 1 Hari

“Selain kami juga, orang-orang kuat di belakang tabir patut diberikan ucapan tahniah kerana kejayaan ini.

“Bayangkan banyak dugaan yang kami lalui ketika proses penggambaran terutamanya bermain dengan cuaca yang ketika itu musim hujan dan sejuk di Cameron Highlands,”

– Nabila Razali

Lagu Peluang Kedua versi baharu ini juga boleh didapati di semua pelantar strim bermula Jumaat ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mata Jadi Kabur Gelap, Radhi OAG Disahkan Hidap Katarak

HBO GO & Warner TV Celebrate DC Fandome With Over 30 Hours Of DC Super Heroes