in

Ujibakat Program Realiti Adik-Adikku Musim Kedua

PENCARIAN BAKAT ADIK-ADIKKU MUSIM KE-2 MULAI 12 JUN INI

Kejayaan penganjuran kali pertama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerbitkan rancangan realiti TV kanak-kanak, Adik-Adikku yang berbentuk hiburan keagamaan menyumbang kepada idea untuk menerbitkan rancangan ini buat musim yang ke-dua.

Pastinya program yang pernah menobatkan nama pendaie (pendakwah) kecil, Muhammad Wajih Zakwan Hanif sebagai juara, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi tempat ke-dua dan Muhammad An-Naim Yasim tempat ke-tiga ini musim lalu mengharapkan penglibatan lebih lagi peserta berbakat menguji kemampuan dalam mengasah bakat mereka.

Program Adik-Adikku bertujuan melahirkan kanak-kanak berkarisma dan berkepimpinan dengan tugas yang memerlukan peserta berpidato selain bertaranum, bernasyid dan berzanji ini memulakan sesi ujibakat yang terbuka kepada penyertaan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berusia antara lapan hingga 12 tahun dijemput hadir ke lokasi yang telah ditetapkan.

Antara kriteria bakat dan kebolehan yang ditetapkan menerusi sesi ujibakat ini termasuklah kebolehan dalam menyampaikan pidato, membaca Al-Quran serta bertaranum, azan atau berzanji, membaca surah-surah pendek, mendendangkan lagu nasyid serta tahap pengetahuan am mereka.

Para peserta akan dinilai oleh panel juri yang berpengalaman bagi memilih siapakah di antara mereka yang layak ke peringkat seterusnya. Peserta yang menjadi pilihan panel juri akan muncul di kaca TV untuk program Adik-Adikku musim yang ke-2, dimana mereka akan berentap bagi memenangi hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan.

Kesemua 13 lokasi ujibakat yang telah dipilih mengikut negeri bermula di Studio Berita RTM Johor (12 Jun 2010), Dewan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Pengkalan Chepa, Kelantan (14 Jun 2010), Auditorium RTM Terengganu (15 Jun 2010), Auditorium RTM Pahang (16 Jun 2010), Auditorium Tunku Puan Chik, RTM N.Sembilan (16 Jun 2010), Auditorium RTM Melaka (26 Jun 2010), Mini Dewan Semarak,Tkt 11,Bgn Dang Bandang, Kota Kinabalu (1 Julai 2010 ), Auditorium (Laman Seni), RTM Labuan (5 Julai 2010), Auditorium P.Ramlee, RTM Kuching (8 Julai 2010), Auditorium RTM Langkawi (2 Julai 2010), Auditorium RTM Kedah (3 Julai 10), Auditorium RTM Perak (17 Julai 2010) dan Auditorium RTM P.Pinang (18 Julai 2010).

Sesi ujibakat rancangan Adik-adikku musim ke-2 ini akan bermula seawal jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian 012 – 923 2100 atau 019 – 241 0814.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Terbaru Ella di Sidang Media Konsert Ella

Gambar Sekitar Media Nite Astro Gempak Selebriti Rockabola