in

Ujibakat Program Astro Anda Ada 60 Saat

CARA PALING MUDAH MEMENANGI RM 500,000.00
Tawaran Astro WARNA kepada mereka yang berani sahut cabaran

Dalam usaha untuk terus menjadikan Astro sebagai plihan nombor satu pelanggan, pelbagai program hebat dan variasi terus dihasilkan. Sehubungan dengan itu, Astro dengan berbesar hati memperkenalkan sebuah program permainan terbaru berjudul Anda Ada 60 Saat yang akan memulakan penjelajahan untuk sesi uji bakat tidak lama lagi untuk siaran Astro Warna (saluran 132).

Pengurus saluran Astro WARNA, Encik Nizam berkata, “Astro telah memberi banyak peluang lepada penonton untuk menonjolkan bakat dan potensi diri. Daripada bidang nyanyian, komedi, lakonan, tarian dan pelbagai program lain. Namun tidak dapat dinafikan, terdapat kumpulan penonton yang lebih cenderung melakukan aktiviti fizikal ringan menerusi aktiviti permainan. Akur memenuhi kehendak setiap penonton, kami sediakan sebuah lagi program istimewa untuk tontonan pelanggan kami.”

nizam sani, pengurus saluran astro warna

Anda Ada 60 Saat adalah sebuah program kuiz permainan yang mengetengahkan konsep permainan santai dan menarik yang memberi peluang kepada para peserta untuk memenangi wang tunai sehingga RM500,000 jika berjaya melepasi 10 permainan dengan durasi 60 saat setiap satu. Setiap peserta perlu bermain secara individu dan diberikan sejumlah tiga peluang untuk menamatkan cabaran dalam masa 60 saat.

Permainan-permainan yang dberikan sebenarnya mudah dan mampu menarik perhatian penonton kerana cabaran-cabaran yang bakal dikenakan hanya menggunakan perkakas yang digunakan seharian di rumah. Untuk memudahkan mereka, contoh-contoh cabaran boleh ditonton menerusi laman web rasmi Anda Ada 60 Saat. Menariknya, orang ramai juga dijemput untuk memuat naik rakaman video latihan cabaran-cabaran yang digunakan untuk tontonan orang ramai yang melayari laman web itu,” jelas Nizam lagi

Nizam menambah, ”Sebagai contoh cabaran Bersemuka Dengan Biskut. Dalam cabaran ini, peserta perlu menggerakkan dua keping biskut dari dahi ke mulut dengan menggunakan otot muka sahaja. Jika biskut itu jatuh, peserta boleh meletakkan semula biskut lain pada dahi dan cuba sekali lagi. Jika gagal dilaksanakan dalam tempoh 60 saat, peserta mungkin tersingkir jika masih gagal melakukan cabaran selepas tiga kali percubaan.

Permainan-permainan yang akan disediakan dalam program ini sebenarnya amat mudah dan santai sekali. Tetapi persoalannya, mampukah anda melakukannya dalam masa 60 saat? Itulah keunikkan program ini!” tambah Nizam lagi.

Antara cabaran yang lain yang akan diberikan kepada bakal peserta pada setiap minggu seperti; Kepala Rock, Kepala Baldi, Tin Beracun, Lawan Graviti, Hantu Bungkus Pening, Bersemuka Dengan Biskut, Gantung Paku, Pantas Tangan, Menara Epal, dan Susun-Susun. Untuk melihat cara permainan cabaran-cabaran ini, anda bolehlah melayari laman web rasmi Anda Ada 60 saat di www.astro.com.my/andaada60saat

Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Anda Ada 60 Saat, sila datang beramai-ramai ke ujibakat yang bakal dijalankan di lokasi seperti berikut:

Lokasi
Dewan Sri Putra, Stadium Bukit Jalil

Tarikh
16 & 17 Okt, Sabtu dan Ahad

Sesi uji bakat ini terbuka warganegara Malaysia yang boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dan berumur 18 tahun keatas. Mereka yang berminat hanya perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar terkini berukuran 4R termasuk gambar profil dan paras pinggang. Peserta yang hadir juga perlu memakai pakaian yang bersesuaian sewaktu sesi uji bakat ini nanti.

Kaunter pendaftaran bagi sesi ujibakat akan dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakan.

Program Anda Ada 60 Saat ini akan mula bersiaran di Astro Warna (Saluran 132) dalam pakej Mustika pada 25 Disember 2010. Butiran lanjut mengenai program ini akan diumumkan kelak.

Ini dia salah satu cabaran atau permainan yang akan diujibakat:

salah satu permainan yang akan diujibakat2

salah satu permainan yang akan diujibakat

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Pencalonan Shout! Awards 2010

Jom Sertai Ujibakat Polo Rocks! Will You?