in ,

Ujibakat Bersama Jaclyn Victor dan Mas Idayu Untuk Mentor Musim ke-3

Sesi ujibakat program realiti Mentor Musim ke – 3 kini bermula! Barisan Mentor yang menggalas tanggungjawab sebagai tenaga pengajar pada musim ini ialah Jaclyn Victor, Mas Idayu, Lah Ahmad, Adibah Nor, Ajai dan Awie.

Jika pemilihan para peserta tahun-tahun sebelumnya berdasarkan penilaian pihak juri dan pihak pengurusan, musim ini menampilkan kelainan apabila para Mentor akan turun padang menghadiri sesi uji bakat sekaligus memilih sendiri protege mereka. Mentor mempunyai hak 100% untuk memilih protege mereka berdasarkan kriteria dan kelayakkan yang ditetapkan oleh mereka.

Kepada pembaca yang ingin menyertai Mentor musim ini, bolehlah menghadiri ujibakat ini:

3345716655 3176438E9E | 4

Jaclyn Victor

Hari/Tarikh : 14 Mac 2009 (Sabtu)
Waktu : 10.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Theatrette, Sri Pentas Bandar Utama 

3345717477 C5Ff82459A | 5

Mas Idayu

Hari/Tarikh : 15 Mac 2009 (Ahad)
Waktu : 10.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Theatrette, Sri Pentas Bandar Utama 

Selamat mencuba!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Pra Tonton Filem Talentime Arahan Yasmin Ahmad

Konsert A Jazz Tribute To Malaysian Songs