in , ,

Ubai Tertekan, Shila Amzah Mahu Utamakan Nafkah Wajib & Insurans

Penyanyi Shila Amzah memaklumkan tunangnya, Ubai berasa sedikit tertekan tentang soal kewangan memandangkan sumber pendapatannya lebih kukuh berbanding bakal suaminya itu.

Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah, berkata walaupun pendapatan tunangnya sebagai personaliti media sosial tidak sama sepertinya ia bukanlah menjadi satu penghalang bagi hubungan mereka.

Dalam pada itu, Shila turut berkata keperluan wajib seperti nafkah dan urusan insurans dapat dilaksanakan oleh Ubai itu sudah pun mencukupi buat masa sekarang.

Kami banyak berbincang tentang soal ini. Sejujurnya dia tertekan tapi saya cakap dengan dia, usaha dan doa. Untuk dia capai seperti saya sekarang mema mungkin.

Asalkan kita dapat selesaikan nafkah apa yang patut, insurans dan perancangan beli rumah, itu sudah mencukupi buat masa sekarang.

Perkara ini dikongsi oleh Shila menerusi ruangan soalan selepas ditanyakan oleh peminatnya berkenaan bagaimana mereka merancang kewangan kerana penyanyi itu dilihat mempunyai pendapatan lebih besar berbanding tunangnya.

Malah, penyanyi itu juga berkongsi dia berasa kasihan dengan Ubai kerana dengan umurnya yang masih muda dia terpaksa berkerja keras demi merapatkan jurang kehidupan mereka.

Namun, Shila tetap positif dan menasihatkan Ubai untuk berusaha keras dan menyerahkan selebihnya kepada rezeki.

Kasihan dia umur 25 tahun tapi kena ‘pecut’ untuk nak sama tara dengan saya.

Saya cakap buat sehabis daya, ditahap mana rezeki yang Allah bagi buat n sekarang ini pun dah cukup.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ADIBAH NOOR GEGAR VAGANZA 2021

Filem Terakhir Adibah Noor, ERASER Ajak Penonton Nikmati Kasih Sayang

Spekulasi Foto Bersanding, Rupanya Sharnaaz ‘Game’ Peminat & Rakan