in

Two And A Half Men Musim 9 & How I Met Your Mother Musim 6

TWO AND A HALF MEN MUSIM 9 & HOW I MET YOUR MOTHER MUSIM 6 setiap Sabtu di ntv7

Benarkah Two and Half Men musim ke-9 bakal menemui How I Met Your Mother musim ke-6? Ya, tiada apa yang silapnya kerana dua siri drama yang paling dinanti-nantikan ini bakal menghiburkan para penonton di Saluran Ceria Anda setiap hari Sabtu, pada jam 10 malam dan 10.30 malam.

Saksikan siaran perdana kedua-dua drama bersiri komedi ini di saluran rangkaian TV tidak berbayar anda bermula 28 April hanya di ntv7.

Tiada siapa menjangkakan bahawa seorang pelakon berbakat serba boleh yang berjaya membawa wataknya dengan baik di dalam pelbagai filem, siri televisyen malah terkenal di media sosial, akan menyertai produksi Two and a Half Men.

Drama yang pernah dicalonkan untuk Anugerah Emmy ini dibintangi oleh Ashton Kutcher, seorang pelakon tampan yang baru sahaja kembali berstatus bujang yang juga merupakan seorang penerbit yang berjaya bakal menggantikan watak Charlie Sheen yang digugurkan untuk musim ini.

Kutcher akan memainkan watak jutawan Internet bernama Walden Schmidt yang dipercayai akan membawa sentuhan lagat baru dan tersendiri kepada Two and a Half Men. Barisan pelakon asal yang terdiri daripada Jon Cryer, T.Jones Angus, Holland Taylor, Marin Hinkle, dan Conchata Ferrell pula akan meneruskan watak lucu mereka di dalam musim ke-9 ini.

“Beliau merupakan seorang pelakon yang memiliki bakat besar dan mempunyai keunikan gayanya tersendiri yang pastinya akan menghasilkan sesuatu yang istimewa dengan gandingannya bersama Jon Cryer, Angus T. Jones dan dan gabungan pelakon lain yang hebat. Kami memang tidak sabar menanti perubahan baru ini yang bakal memberi nafas baru kepada rancangan ini,” kata Peter Roth, Presiden Warner Bros. Televison. “Beliau membawa kreativiti, tenaga dan personaliti di dalam setiap sentuhannya,” tambah Nina Tassler, Presiden CBS Entertainment.

Siri ini berkisar mengenai kehidupan dua Harper bersaudara: Charlie dan Alan (Charlie Sheen dan Cryer Jon), dan anak Alan Jake Harper (Angus T. Jones). Charlie memiliki kerjaya sebagai seorang penulis “jingle” ataupun lagu komersial dan mengamalkan gaya hidup yang hedonistik. Apabila isteri Alan, Judith Harper-Melnick (Marin Hinkle) membuat keputusan untuk menceraikan beliau, Alan berpindah ke rumah Charlie di tepi pantai, dengan anaknya Jake untuk tinggal bersama.

Two And A Half Men - Angus T.jones

Rumah Charlie dibersihkan oleh Berta (Conchata Ferrell), seorang wanita berlidah tajam yang pada mulanya menentang perubahan baru itu di rumah tetapi terpaksa menerima hakikat akhirnya. Walaupun kehidupan mereka agak rumit dan sering bertegang urat namun mereka pempunyai satu persamaan – kedua-dua mereka mengasihi Jake dan hanya inginkan yang terbaik untuk dirinya. Oleh itu mereka terpaksa sering beralah dan lama kelamaan membentuk sebuah keluarga dan cuba memperbaiki diri mereka masing-masing.

Di dalam lima musim pertama siri ini, penonton bakal mendapati Charlie sering menjalinkan hubungan bersama ramai wanita sehinggalah pada musim keenam, apabila Charlie bertemu Chelsea (Jennifer Bikin Taylor).

Walaubagaimanapun hubungan mereka tidak berkekalan dan akhirnya Charlie mengambil keputusan untuk terbang ke Paris untuk mencari Rose (Melanie Lynskey) yang digambarkan sebagai seorang ‘stalker’ melalui episod perintisnya nanti. Premier musim kesembilan ini pula akan dimulakan dengan berita kematian Charlie yang terkorban digilis kereta api bawah tanah di Paris selepas berlaku curang kepada Rose di mana penonton akan diberikan bayangan bahawa Rose mempunyai kaitan di sebalik kematian Charlie.

Dalam premier musim kesembilan ini juga (selepas kematian Charlie Harper) rumah tepi pantai kepunyaan Charlie pula telah dijual kepada Walden Schmidt (Ashton Kutcher), seorang jutawan Internet yang sedang melalui proses penceraian dengan isterinya Bridget Schmidt (Judy Greer). Walaupun pada mulanya Alan terpaksa meninggalkan rumah di tepi pantai itu untuk tinggal dengan ibunya Evelyn Harper (Holland Taylor), dia kemudiannya dijemput kembali oleh Walden yang memerlukan rakan untuk membantunya mengatasi penceraiannya itu.

Tertarik untuk mengetahui jalan cerita Two and a Half Men Musim ke-9? Jangan lupa untuk menonton drama siri ini setiap Sabtu jam 10 malam, bermula 28 April, di ntv7, Saluran Ceria Anda.

Bagaikan hiburan tanpa henti, gelagat lucu Two and a Half Men Musim ke-9 akan diteruskan dengan siri drama How I Met Your Mother Musim ke-6 pada jam 10.30 malam pula.

Ini merupakan musim yang paling dinantikan peminat setia siri ini di mana Ted akhirnya bertemu dengan bakal isterinya! Menariknya lagi adalah para penonton juga bakal teruja dengan garapan drama yang lebih lucu, mantap dan aksi-aksi romantis yang lebih manis dalam musim terbaru ini yang dibintangi oleh Neil Patrick Harris, Josh Radnor, Jason Segel, Smulders Cobie, dan Alyson Hannigan.

How I Met Your Mother mengikuti perjalanan kehidupan sosial dan romantis Ted Mosby (Josh Radnor) dan kawan-kawannya Marshall Eriksen (Jason Segel), Robin Scherbatsky (Cobie Smulders), Lily Aldrin (Alyson Hannigan), dan Barney Stinson (Neil Patrick Harris) yang tinggal di Manhattan.

Menggunakan teknik penceritaan, siri ini menggunakan “tukang cerita” oleh Bob Saget yang memainkan watak Ted pada tahun 2030 sedang menceritakan kepada anak lelaki dan anak perempuannya mengenai peristiwa-peristiwa yang membawa kepada perjumpaan ibu mereka.

Pada musim ini juga, Ted telah diupah oleh bekas majikannya, GNB sekali lagi sebagai arkitek di ibu pejabat baru. Walaubagaimanapun, Ted menghadapi bangkangan daripada Zoey Pierson (Jennifer Morrison), seorang wanita yang membantah GNB untuk memilih tapak hotel bersejarah, Arcadian, sebagai lokasi pembinaan ibu pejabat GNB yang baru. Sepanjang musim ini, pertemuan Ted dengan Zoey akhirnya membawa kepada bibit-bibit cinta selepas dia menceraikan bekas suaminya yang kaya. Adakah Zoey bakal menjadi wanita yang akan menamatkan zaman bujang Ted?

Lily yang membuat keputusan untuk hamil dalam musim lepas, terus berusaha dengan Marshall dalam harapan untuk mempunyai seorang anak. Namun, sebuah tragedi menimpa Marshall apabila ayahnya meninggal dunia. Kejadian ini meluluhkan hati Marshall yang cuba sedaya upaya untuk melupakan kisah sedihnya untuk meneruskan masa depannya bersama Lily dengan bekerja lebih keras. Dia kemudiannya meletakkan jawatan di GNB dan meneruskan impiannya untuk menjadi seorang peguam. Zoey turut mengupah Marshall sebagai peguamnya bagi menyelamatkan Arcadian.

Dalam pada itu, Barney akhirnya mengaku kepada kawan-kawannya bahawa Bob Barker bukanlah bapa sebenarnya. Jerome Whittaker (John Lithgow) didedahkan sebagai bapanya yang sebenar dan mengelirukan Barney yang sekian lama hanya menganggapnya sebagai penjaganya. Barney kecewa kerana Jerome bukan seorang yang bersifat permisif yang pernah dikenalinya dulu. Sementara itu, Barney juga mengakui bahawa dia mahu membina keluarganya sendiri. Beliau kemudiannya diperkenalkan kepada Nora (Nazanin Boniadi), rakan sekerja Robin yang bakal menjadi pasangannya.

Robin terus bekerja di rancangan temubualnya, Come On, Get Up, New York!, tetapi kehadiran pengacara yang baru dan seorang yang lantang memaksa dirinya untuk meletak jawatan. Robin kemudiannya diterima masuk ke rangkaian lain, World Wide News, sebagai seorang penyelidik. Rakan-rakannya juga akan bakal mengetahui lebih banyak rahsia mengenai Robin yang dulunya merupakan bintang pop Kanada dengan nama glamornya, Robin Sparkles. Robin juga bakal menemui kembali lelaki idamannya (Michael Trucco), yang pernah diidamkannya ketika berpacaran dengan bekas lelakinya, Ted.

Apakah yang akan berlaku apabila Ted akhirnya bertemu dengan bakal isterinya pada musim ini? Jangan lupa untuk menonton drama bersiri ini yang pernah memenangi anugerah Emmy, How I Met Your Mother Musim ke-6, setiap Sabtu jam 10.30 malam hanya di ntv7.

Untuk maklumat lanjut, layari www.ntv7.com.my dan www.tonton.com atau ikuti perkembangan terbaru kami di Facebook dan Twitter ntv7.

Two And A Half Men

Two And A Half Men - Jon Cryer

How I Met Your Mother Season 6

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Marie France’s Suria Sabah Shopping Centre

Konsert Salaam Sami Yusuf