in , , ,

LoveLove CuteCute WinWin OMG!OMG! HAHAHA!HAHAHA! SEDIHSEDIH

TV3 & TV9 Siar Drama Siri Popular Korea HOTEL DEL LUNA

Hotel del Luna merupakan drama siri Korea Selatan yang diterbitkan pada 2019 dan dibintangi oleh penyanyi solo IU (Lee Ji-Eun) dan Yeo Jin-goo.

Kemunculan penyanyi K-Pop P.O atau Pyo Ji-hoon dari kumpulan Blok B dan Kang Mi-na dari kumpulan Gugudan telah menambah seri drama ini. Drama bersiri ini merupakan antara drama yang mencapai tontonan tertinggi di Korea Selatan kerana jalan ceritanya yang unik dan menarik merangkumi unsur-unsur seram, jenaka dan menyayat hati. 

Drama bersiri Korea yang mewarnai slot Chamsarang ini akan disiarkan di dua rangkaian televisyen Media Prima iaitu di TV3 pada setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis pada pukul 11.00 malam bermula hari ini, 6 Oktober 2020.

Sementara itu di TV9 pada setiap hari Rabu, Khamis dan Jumaat pada pukul 10.00 malam bermula 7 Oktober 2020 sebanyak 28 episod. 

TV3 & TV9 Siar Drama Siri Korea HOTEL DEL LUNA

Drama ini mengisahkan tentang Jang Man-wol (IU), pemilik Hotel del Luna yang telah disumpah 1,000 tahun lalu disebabkan oleh kesalahan besar yang dilakukan pada zaman Goguryeo.

Sepanjang membangunkan hotel tersebut, masa seolah-olah terhenti sehingga dia bertemu dengan Goo Chan-sung (Yeo Jin-goo) yang merupakan pengurus hotel elit tersebut.

Hotel del Luna yang terletak di Seoul, Korea Selatan ini tidak seperti mana-mana hotel yang lain kerana pelanggan di hotel tersebut merupakan roh yang berkeliaran dan ia tidak dapat dilihat pada siang hari ataupun orang biasa.

Satu insiden telah menyebabkan Jang Man-wol membuat perjanjian dengan seorang lelaki untuk mengambil anak lelakinya setelah dia dewasa sebagai satu bentuk hukuman.

TV3 & TV9 Siar Drama Siri Korea HOTEL DEL LUNA

Selepas beberapa tahun Goo Chan-sung kembali ke Korea setelah menamatkan pelajarannya di luar negara, Jang Man-wol kembali menuntut janjinya dan telah menawarkan Goo Chan-sung untuk bekerja dengannya di hotel miliknya, Hotel del Luna.

Goo Chan-sung pada mulanya tidak mempercayai tentang segala perjanjian di antara ayahnya dengan Jang Man-wol dan menyebabkan dia cuba menjauhkan diri daripada wanita yang anggun, boros dan pemarah itu. Namun lama-kelamaan dia rasa takut dan tidak mampu lari daripada Jang Man-wol kerana dia didesak untuk bekerja di Hotel del Luna, walaupun dia sedar bahawa dia lebih layak bekerja di hotel yang terkenal dan bertaraf antarabangsa.

Oleh kerana tawaran bekerja di Hotel del Luna itu telah ditolak berkali-kali oleh Goo Chan-sung, Jang Man-wol mengambil keputusan untuk memberi peluang kepada Goo Chan-sung untuk melihat dunia roh-roh sebenar yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. 

TV3 & TV9 Siar Drama Siri Korea HOTEL DEL LUNA

Kehadiran Goo Chan-sung telah mengembalikan semula orang-orang yang pernah hadir dalam hidup Jang Man-wol beribu tahun dahulu. Selepas beribu tahun, Jang Man-wol telah bertemu dengan mangsa-mangsa yang telah dibunuh olehnya. Segala memori pahit datang kembali menghantui Jang Man-wol kerana kesalahan besar yang dilakukan 1,000 tahun lalu. Apakah kesudahan kehidupan Jang Man-wol dan Jang Man-wol dalam dunia penuh mistik di Hotel del Luna ini? Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikannya menerusi TV3 dan di TV9!

What do you think?

84 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Kes Covid-19 Meningkat, Adibah Noor Kecewa Penggambaran Ditangguhkan

Ayda Jebat Saran Kerajaan Laksanakan PKP Semula, Tapi Ini Kata Netizen