in ,

TV2 Siar Catch Me If You Can Arahan Steven Spielberg

Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menayangkan sebuah filem mengangkat plot kisah komedi jenayah garapan hebat karya pengarah tersohor Steven Spielberg, “Catch Me If You Can” pada 18 Januari depan, pukul 12.00 malam di TV2.

Menampilkan gandingan dua aktor hebat Leonardo DiCaprio dan Tom Hanks, filem ini diangkat daripada kisah benar oleh penulis Frank Abagnale Jr. dengan jalan cerita yang sangat menghiburkan, dan juga babak-babak yang menyentuh hati. Selain itu Christopher Walken, Martin Sheen, Nathalie Baye dan Amy Adams juga ada berlakon dalam filem ni.

Covert-Affairs-Sound-and-Vision-Season-3-Episode-2

Filem ini menceritakan tentang seorang anak bernama Frank Abagnale Jr. (Leonardo DiCaprio) yang masih muda lingkungan belasan tahun. Frank memiliki hubungan yang sangat dekat dengan ayahnya (Christopher Walken). Ayahnya sering mengajarkannya cara berbohong.

Keluarga Abagnale berpindah ke bandar lain dan tinggal di sebuah apartmen yang lebih kecil berbanding rumah lama yang jauh lebih besar dan selesa. Ayahnya yang memiliki kedai alat tulis di situ sementara ibunya masih berusaha mencari pekerjaan.

Frank masuk ke sekolah baru, dan dia dibuli oleh teman-teman sekolahnya. Frank anak yang punya akal cerdik, ia berpura-pura menjadi guru Bahasa Perancis di kelas itu selama seminggu untuk membalas dendam pada individu yang membulinya.

antara babak filem ini

Tanpa diduga satu hari Frank kejutkan dengan penceraian ayah dan ibunya. Bapanya mengambil keputusan menceraikan ibunya setelah mengetahui wanita itu curang dibelakangnya.

Frank berada dalam dilema harus memilih untuk tinggal dengan ibu atau ayahnya. Karena Frank bingung, ia lebih memilih untuk melarikan diri dan tidak memilih siapa pun.

Dalam usianya yang masih muda, ia sungguh pintar. Dia bijak berbohong kepada banyak orang, bahkan membuat cek palsu, sedangkan usianya pada ketika itu belum pun sampai 19 tahun. Dia boleh menyamar menjadi seorang juruterbang, doktor, dan professor sejarah.

Sementara itu Carl Hanratty (Tom Hanks), seorang ejen FBI bertungkus-lumus cuba menjejak dirinya kerana mahu menegakkan undang-undang dan segala yang dilakukan Frank merupakan jenayah yang harus dibanteras.

Namun dapatkah Carl menjejak dan menangkap Frank sekaligus membanteras jenayah penipuan dilakukan pemuda itu? Atau pun Carl sendiri turut terperangkap dalam penipuan dirangka Frank? Saksikan kesudahannya hanya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis SUAMIKU ENCIK PERFECT 10 Lakonan Lisa Surihani

Lagu MEWANGI Akim & The Majistret di Carta Lagu Top iTunes