in , ,

Tulus Bakal Hiburkan Peminat di Konsert TULUS SEWINDU TOUR KUALA LUMPUR

Shiraz Projects Sdn Bhd & TULUS Company dengan bangganya mempersembahkan penyanyi lelaki terkemuka Indonesia TULUS, yang akan mengadakan konsert kedua di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 8.30 malam, 3 Ogos 2019 bertempat di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Selepas konsert pertamanya laku keras dan ‘SOLD OUT’ di Istana Budaya pada tahun lepas, TULUS kembali merayakan keberadaan lapan tahun dirinya dalam industri dengan muncul melalui TULUS SEWINDU TOUR – KUALA LUMPUR. Sewindu membawa maksud  lapan tahun dalam Bahasa Indonesia dan konsert dengan durasi dua jam ini tidak boleh dilepaskan oleh mana-mana peminat tegarnya.

Konsert TULUS SEWINDU TOUR KUALA LUMPUR

Ini kerana TULUS akan mempersembahkan barisan lagu-lagu dari single terbaru-baru hinggalah kepada lagu-lagu hits melalui tiga albumnya termasuk ‘Gajah’, ‘Pamit’ ‘Sewindu’, ‘Monokrom’ dan banyak lagi.

Konsert ini merupakanperayaan ulang tahun kelapan TULUS dalam industri dan juga menghargai sokongan amat besar yang diperolehinya dari ribuan peminat setiabaik di Malaysia dan di sekitar rantau ini.

Konsert yang dinanti-nantikan akan menjadi malam untuk diingati dengan iringan 21 pemuzik yang selama ini menyokong TULUS.

Tiket berharga RM 860 (Meet & Greet), RM460 (Diamond), RM360 (Platinum), RM260 (Gold) RM200 (Silver), RM160 (Bronze). Tiket untuk konsert sudah mula dijual sejak 28Mei 2019 lalu di www.myticket.asia

TULUS SEWINDU TOUR – KUALA LUMPURyang merupakan konsert satu malam sahaja ini dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd & TulusCompany.

TULUS SEWINDU TOUR – KUALA LUMPUR

Tarikh: 3 Ogos 2019

Masa:  8.30pm 

Venue: Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre

Laman Web: www.shirazprojects.com

Harga tiket: RM860 (Meet & Greet)

RM460 (Diamond)

RM360 (Platinum)

RM260 (Gold)

RM200 (Silver)

RM160(Bronze)

Tiket: www.myticket.asia

Contact: 03 8605 0195

Info Hotline:012 256 0082

Facebook:shirazprojects

Instagram:shirazprojects

Hashtag:#TulusSewinduTourKL

Konsert TULUS SEWINDU TOUR KUALA LUMPUR

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Muzik MENANTI DI AIDILFITRI Trending di Youtube Malaysia

Sisi Cinta Berbeza Latari Filem Indonesia HELLO GOODBYE