in , ,

Tuju K-Clique Pukul Kekasihnya, Loca B, Betul Ke?

Mungkin ramai yang terkejut dengan pengakuan kekasih hati kepada ahli kumpulan K-Clique iaitu Tuju apabila Loca B membuat pendedahan menerusi laman instagram stories miliknya dengan menunjukkan kecederaan yang dialaminya terutamanya di bahagian tangan beliau akibat perbuatan Tuju.

Bagaimanapun, Loca B nampaknya tampil mempertahankan Tuju selepas Tuju dilabel ‘kaki pukul’ oleh netizen. Loca B menerusi perkongsian di Twitter berkata, Tuju bukanlah kaki pukul sepertimana kecoh di laman sosial dan tidak mahu ada pihak memutar belit mengenai perkongsiannya itu.

“Tuju tak pernah pukul saya dengan niat nak sakitkan saya atau melepas geram. Tiada sepak terajang, tidak pernah.

“Saya kena buat kenyataan ini sebab tak nak ada orang putar belit menggunakan perkataan kaki pukul ‘please’. Dan orang putar belit cerita pula,”

Loca B juga memohon semua pihak menghentikan spekulasi terhadap Tuju tanpa mengetahui cerita sebenar.

“Saya harap ini semua akan berlalu esok. Saya bersuara sebab saya ada hak. Saya memang selalu lantang bersuara dan kebetulan dia kini berada di kemuncak populariti. Tolong hentikan ini di sini. Jangan buat andaian jika anda tidak tahu,” 

Sejak semalam, video Loca B menunjukkan kesan lebam di bahagian tangannya tular di Twitter sehingga ramai tertanya-tanya sama ada Tuju pernah memukul kekasihnya itu.

Perkara itu disebabkan Loca B sendiri mengakui Tuju pernah bertindak kasar terhadap dirinya, namun tidak pernah memukulnya.

Apapun, diharap kontroversi antara Loca B dan Tuju dapat diselesaikan dengan cara baik. Al-maklumlah, kalau kita tengok kedua-duanya pun dilihat bahagia menerusi akaun instagram masing-masing bukan?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zarina Anjoulie ‘Bantai’ Fizo Omar Selepas Kena Kritik

Juliana Evans & Liyana Jasmay Hos Travelog FLY US TO ASIA