in , ,

Trophy Knives Lancarkan Single Revolusi Ke-5 Berjudul ‘ACT 2: THE REVOLUTION’

Trophy Knives Lancarkan Single Revolusi Ke-5 Berjudul ‘ACT 2: THE REVOLUTION’ Dari Album Kedua, Look The Other Way, Yang Bakal Menemui Peminat Muzik Pada Ogos 2022. Single tersebut yang sarat dengan mesej ketidakadilan terhadap golongan minoriti dilancarkan bersama sebuah muzik video yang kini boleh ditonton di platform YouTube.

Trophy Knives – sebuah kumpulan muzik punk tempatan yang amat disegani, minggu ini telah melancarkan single dan video terbaru bertajuk ‘Act 2: The Revolution’.

‘Act 2: The Revolution merupakan single kelima dari album Look the Other Way’  yang dijadualkan menemui peminat pada bulan Ogos 2022. 

Muzik video single ini meneruskan inisiatif Trophy Knives untuk menghasilkan video bermutu tinggi sebagaimana video sebelum ini iaitu High Horses dan ‘Act 1: The Acknowledgement’

Jika diteliti, ketiga-tiga video ini mempunyai persamaan dari segi tema dan lirik lagu dan boleh dikatakan sebagai sebuah trilogi untuk menggambarkan mesej yang cuba disampaikan oleh Trophy Knives. 

Trophy Knives

Kumpulan yang dianggotai oleh Vinesh Muniandy (vokal), Sani Khalid (gitar utama dan vokal), Syamir Ali (gitar bass) dan Ryan Lee Bhaskaran (dram), telah memilih untuk menggunakan konsep persembahan live bagi muzik video ini kerana lirik lagu ‘Act 2: The Revolution’ sudah cukup jelas untuk mengartikulasikan kesukaran yang dihadapi oleh golongan minoriti dalam mengharungi kehidupan sehari-hari. 

Muzik video ini diarahkan oleh Azizulhakim Salleh dari Fracas Works, dan Trophy Knives telah mengesahkan bahawa penghasilannya adalah dengan kerjasama dan kolaborasi dengan Cendana Malaysia, Penjana dan Mycreative Ventures. 

Vokalis utama Trophy Knives, Vinesh Muniandy berkata, “Mustahil untuk kami menyelindungi mesej yang cuba kami sampaikan di dalam lagu ini kerana ianya amat jelas. Ianya adalah berkenaan kematian banduan di dalam tahanan. Ianya adalah isu yang membimbangkan dan kami amat terkesan apabila membaca laporan tentang isu ini terutama sekali apabila ia melibatkan golongan atau kaum minoriti. 

Kekejaman ini hendaklah dihentikan sama sekali dan kami memohon agar rakyat negara ini dan masyarakat global agar lebih sedar betapa seriusnya perkara ini. Ini adalah satu revolusi dari Trophy Knives dan kami menyeru agar anda semua dapat bersama-sama kami!” 

Muzik video Act 2: The Revolution kini boleh ditonton di platform YouTube. Ikuti perkembangan terkini Trophy Knives melalui Instagram via @trophyknivesband dan Facebook via Trophy Knives.

FOLLOW TROPHY KNIVES: 

IG: @trophyknivesband 

FB: TROPHY KNIVES 

YOUTUBE: TROPHY KNIVES 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jual Beli Gajet Terpakai, Diperbaharui Dengan CompAsia

Filem OPERASI UFO Sarat Dengan Komedi, Menampilkan Pelakon Bertaraf 5 Bintang