in , ,

TROPHY KNIVES Pra Lancar Lima Lagu Dari Album Kedua, LOOK THE OTHER WAY

Genap setahun sejak keluaran album penuh mereka yang pertama berjudul “Glass Ceiling”, Trophy Knives kini kembali dengan pengumuman tentang album mereka yang kedua, “Look The Other Way”.

Look The Other Way” dijangka akan mula dipasarkan pada 19th March 2021 dan bakal menampilkan 10 lagu baru termasuk “We’ve Had Enough”, “Look The Other Way”, dan “High Horses”.  

Dengan pembatalan pelbagai persembahan secara ‘live’, konsert dan festival akibat pandemic Covid-19, Trophy Knives menggunakan penuh masa yang ada semasa tempoh larangan dan sekatan pergerakan dengan menulis lagu-lagu baru untuk dimuatkan di dalam rekod terbaru mereka ini. 

LTOW MV STILLS

“Proses penulisan dan rakaman lagu-lagu terbaru kami ini agak berbeza dari kebiasaan kerana kami lebih banyak bereksperimen di rumah daripada di studio.

Namun kelahiran album ini kami lihat sebagai sangat perlu. Dengan pelbagai peristiwa yang berlaku di pentas global di antaranya tragedi kematian George Floydakibat keganasan pihak polis di Amerika, dan sokongan terhadap movement Black Lives Matter yang semakin memuncak, kami terkesan dengan pelbagai komentar tidak sensitif daripada masyarakan umum samada di peringkat dunia mahupun tempatan.

Kami tidak faham mengapa ada yang sanggup memperkecilkan perjuangan pergerakan ini sedangkan mereka tidak langsung punyai pengalaman ditindas sebagai minoriti.

Jika kami kedengaran agak marah di dalam rekod ini, ianya adalah kerana kami sememangnya begitu berang dengan keadaan dunia. Kami mengakui, lagu-lagu ini adalah lagu-lagu protes,”

Vinesh Muniandy, vokalis kumpulan Trophy Knives.
TK STAGE SQUARE

“Ini bukan hanya terjadi di Amerika tetapi di seluruh dunia termasuk negara kita. Kita perlu lebih sensitif dengan pandangan dan keperluan orang lain. Sebagai sebuah band yang peka tentang isu-isu ini, kami meluahkan segalanya di dalam album ini dan bagi pihak Trophy Knives, saya harap para peminat muzik di luar sana dapat menerimanya dengan hati yang terbuka,” tambahnya lagi. 

Trophy Knives telahpun melancarkan dahulu 5 lagu daripada album “Look The Other Way” sebagai previu kepada album penuh yang akan muncul pada pada 19 Mac 2021. Kesemua 5 lagu boleh distrim di platform streaming utama bermula 6 November 2020

TK LTOW PROMO PIC

Trophy Knives juga telah mengeluarkan filem pendek 6 minit bertajuk ”Look The Other Way” di YouTube yang telah diarahkan oleh Nadeem Salam, dan diedit oleh Samuel Shapiro di Los Angeles.

Jika anda ingin memesan rekod “Look The Other Way” dalam bentuk vinyl, anda bolehlah berhubung dengan Trophy Knives melalui media sosial ataupun lawati www.merchcow.com

Ikuti perkembangan terkini Trophy Knives melalui Instagram di @trophyknivesband dan di YouTube di Trophy Knives.

What do you think?

74 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sophia Liana Luah Emosi Masa Lalu & Kini dalam Video Muzik Single DULU

Artis Usah Kecewa, Dana DKD Masih Ada Untuk Warga Seni