in , ,

Trending di Netflix, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Patut Tonton Filem THE CALL

Pada 27 November yang lalu, sebuah filem berunsurkan time-travelling mystery yang bertajuk ‘The Call’ telah pun keluar menemui penonton global di Netflix.

Filem yang bengenre thriller ini mengisahkan tentang Seo-yeon, lakonan Park Shin-hye yang berada pada tahun 2019 dan tanpa sengaja telah berhubung dengan seorang wanita bernama Young-sook lakonan Jeon Jong-seo yang hidup pada 20 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1999. Mulanya gembira namun bertukar menjadi huru-hara apabila Young-sook mula ‘menggila’.

Baru sahaja ditayangkan, filem ini telah pun berjaya menduduki tempat pertama di senarai 10 rancangan popular di Netflix Malaysia. Apakah kelebihan filem ini sampai boleh trending dan menerima sambutan yang cukup positif? Hari ini, kami akan senaraikan 5 sebab kenapa filem ‘The Call’ ini boleh trending.

Trending di Netflix, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Patut Tonton Filem THE CALL

1. Plot Yang Buat Anda Berfikir

Berdasarkan sinopsis, cerita tentang menghubungi orang di masa lampau kelihatan agak klise. Akan tetapi, filem ini sangat padat dengan plot-twist yang tidak dapat dijangka dan boleh membuatkan penonton tidak senang duduk ketika menonton.

2. Gandingan Pelakon Yang Hebat

Gandingan Shin-hye dan Jeon Jong-seo memberikan peranan yang penting dalam cerita ini. Kalau selama ini anda kurang minat dengan lakonan Park Shin-hye, kami cadangkan anda tengok filem ini kerana ia mungkin boleh mengubah pendapat anda.

Akan tetapi, pujian harus diberi kepada Jong-seo. Wataknya sebagai Young-sook dalam filem ini pastinya boleh membuatkan anda tidak tidur malam. Meskipun cerita ini berdasarkan tentang komunikasi melalui telefon, pembawakan watak Young-sook dalam filem ini sangat hidup membuatkan penonton ingin terus fokus.

Trending di Netflix, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Patut Tonton Filem THE CALL

3. Konsep Yang Menarik

Kita cukup biasa dengan filem dan drama dengan genre time travel dan time lapse. Tapi tak semua filem atau drama tersebut berjaya menarik perhatian. Berbeza dengan filem ini yang menunjukkan kehidupan pada masa depan dan masa lampau yang berjalan dalam real time.

4. Pemilihan Lagu Tema

Sebuah filem takkan berjaya tanpa muzik latar yang sama hebat. Pemilihan lagu untuk filem ini berkerja seiring dengan plot cerita dan pastinya membantu dalam memberikan mood seram kepada cerita ini.

Trending di Netflix, Ini 5 Sebab Kenapa Anda Patut Tonton Filem THE CALL

5. Sinematografi Yang Cantik

Pujian harus diberi kepada sinematografi filem ini. Setiap shot kamera dan angle yang dipilih dapat menarik minat penonton dan mmembuatkan filem ini lebih seronok untuk ditonton.

Walaupun filem ini trending di media sosial dan juga di Netflix Malaysia, banyak juga komen yang diberi tentang pengakhiran ceritanya. Bagi yang belum menonton, kami cadangkan anda tonton dahulu filem ini dan berikan pandangan anda tentang pengakhirannya.

*Sumber: The Vocket

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kisah Kerjaya Pakar Forensik Dalam MEDICAL EXAMINER DR QIN

Netizen Kagum Flow Rap Cik B untuk Single Pertama TOLONGLAH Seakan Yonnyboii