in , ,

Transitions® Signature™ Lenses Mengubah Gaya Hidup Budiey

Dah masuk dua tahun, kaca mata Budiey tak berganti. Patutlah rasa tak selesa pakai. Rasanya, power pun macam dah naik je ni. Maklumlah kerja pun sentiasa kena berdepan dengan komputer atau skrin TV. Nak buat macamana, memang kerja.

Jadi, untuk tahun 2016 ini, Budiey ambil keputusan untuk buat cermin mata baru yang lebih advanced. Lebih canggih sikit kata orang. Rasanya nak cari yang lebih fleksibel di mana kita boleh pakai di luar dan di dalam rumah.

1936191_10154574444083332_2584926900447686029_n

[dropcap]M[/dropcap]asalah sekarang ini yang lebih ketara ialah jadi lebih kronik bila Budiey mengalami silau yang sangat teruk juga. Jadi, terpaksalah memakai cermin mata gelap. Tapi takkan la nak kena tukar cermin mata pulak apabila kat luar.

Itu pasalla Budiey kena pakai contact lens. Tapi sampai bila nak harapkan kanta sentuh je kan?

Menurut doktor, ada pengumpulan protein kat mata Budiey. Bahaya wooo! Ini menyebabkan curve eye ball dah berubah. Patutlah contact lenses tu asyik gerak-gerak je. OMG. very danger kan? Budiey dengar masalah ni boleh menjadi lebih teruk dan boleh mengakibatkan kita jadi buta. Arggh! takut!

Memperkenalkan Transitions® Signature™ Lenses

[dropcap]A[/dropcap]pabila dah selalu mengadap komputer, ginilah jadinya. Terbaru, Budiey dapat tahu daripada Facebook, yang sekarang ni Transitions® mengeluarkan kanta Transitions® Signature™ terbarunya. Memang Budiey nak cuba buat spek guna kanta ini.

Apa yang Budiey faham tentang kanta Transitions® Signature™ terbarunya ni, warna akan berubah dari jelas menjadi lebih gelap apabila terdedah kepada cahaya matahari. Lebih banyak atau lebih terang cahaya UV masuk, lebih gelaplah warna akan bertukar. Sebaliknya, bila dah takde cahaya UV, warna akan kembali seperti asal dan menjadi clear… ya clear… jelas-sejelasnya.

Alang-alang, Budiey dan Cyrill buat cermin mata sama-sama. Sebab Cyrill punya pun dah lama juga tak bertukar kanta katanya.

12342446_10154374253898332_4363206525249850321_n

Selama ini, Budiey tak tahu pun tentang perkara ini sehinggalah, baru-baru ini Budiey telah singgah di sebuah kedai optikal untuk mengetahui lebih lanjut samada betul atau tidak info dari kawan Budiey tu.

Menurut pembantu di kedai optikal tu, katanya kepada kami kanta terbaru ni menampilkan kanta adaptif paling responsif oleh Transitions® Optical setakat ini, kanta Transitions® Signature ™ revolusi baru dibangunkan daripada teknologi Chromea7 ™ terkini Transitions® Optical dan diuji dengan kaedah pengukuran eksklusif, Life360™.

12313951_10154374252983332_4518392043566805470_n

Produk baru ini menjanjikan penyesuaian yang lebih besar kepada pelbagai jenis keadaan pencahayaan, sekali gus menyediakan pengalaman memakai unggul dan lebih selesa untuk semua pemakai kanta.

Sebenarnya, kanta ini khas untuk meningkatkan pengalaman visual pemakai kanta di Asia Pasifik katanya. Sebab kita kan beriklim panas kan? Selalu je keluar rumah dan kena cahaya UV matahari. Kanta Transitions® Signature™ baru dari Transitions Optical berada di luar sangat responsif dan merakam imej jelas, memberikan pengalaman visual yang selesa dan unggul kepada semua pemakai kanta.

Evolusi Dalam Teknologi Kanta Photochromic

Baru-baru ini, Transitions® melancarkan Kempen #‎LifeInTheBestLight untuk memastikan pengguna tahu memilih dengan bijak bagi keselesaan mereka.

Kanta Transitions® Signature ™ yang terkini mempunyai teknologi Chromea7 ™. Peralihan yang baru dipatenkan, rumusan pewarna eksklusif yang membolehkan kanta untuk menjadi lebih responsif kepada perubahan terkecil dalam keadaan cahaya di luar rumah sambil mengekalkan kejelasan dalam bangunan. Penemuan saintifik ini meningkatkan sensitiviti kanta Transitions® Signature ™ ‘kepada cahaya – yang membolehkan mereka untuk menyesuaikan diri dengan baik dalam pelbagai keadaan persekitaran – dan warna menangkap dan imej yang lebih jelas; yang membawa kepada pengalaman memakai unggul dan lebih selesa seperti yang lain.

Photochromic lenses ni mulai ditemui pada tahun 1960-an lagi tapi hanya pada 1990-an ia diperkenalkan oleh syarikat Transitions® secara komersial.

Sebenarnya, banyak lagi brand-brand lain yang ada photochromic lenses, tapi disebabkan syarikat Transitions® adalah syarikat pertama yang memperkenalkannya sampai sekarang orang akan sebut Transitions® lenses bila merujuk pada photochromic lenses. Jenama Transitions® kini menjadi pembekal terkenal dan peneraju industri cermin mata seluruh dunia dan sangat dipercayai dan ada jaminan dari segi mutu kanta, keselesaan visual dan perlindungan mata, dan yang paling penting jenama Transitions® ini sangat berkualiti.

12717540_10154550316823332_7647161046307722074_n

Untuk pengetahuan semua, kanta Transitions® Signature™ baru ini telah diuji tentang keberkesanannya. Apa yang Budiey dapat info, Transitions® Optical Inc sememangnya mempelopori kaedah Life360 ™ baru mereka – pendekatan yang lebih holistik berbanding model makmal pengujian tradisional semasa yang diamalkan dalam industri.

Kanta Transitions® Signature ™ telah menjalani ujian yang ketat dan penilaian di lebih daripada 200 keadaan kehidupan sebenar dan 1000 senario di negara-negara yang berbeza, termasuk Thailand dan Filipina. Senario ini adalah gabungan terdiri daripada suhu yang berbeza, sudut cahaya, cahaya UV, keadaan cuaca dan lokasi geografi; yang meningkatkan aplikasi kehidupan sebenar kanta Transitions® Signature ™ dan memastikan ia digunakan secara fleksibel dan serba boleh di seluruh pelbagai keadaan untuk semua pemakai kanta.

Pengguna telah melaporkan kanta Transitions® Signature ™ menyediakan banyak sekali kelebihan yang cukup optimum iaitu kegelapan yang lebih baik di luar rumah, lebih baik responsif dalam lebih keadaan, kelajuan yang lebih cepat pengaktifan dan pudar kembali sambil mengekalkan kejelasan visi dalam rumah dan pada waktu malam – yang telah membawa kepada pengalaman visual yang lebih baik berbanding dengan set mereka yang sedia ada kanta jelas atau photochromic.

Dicipta Khas Untuk Pemakai Kanta Masa Kini & Moden

Menyedari pemakai hari ini sentiasa di mana sahaja, menghadapi persekitaran yang berbeza dan luar negara untuk bekerja dan bermain, kanta Transitions® Signature ™ menampung gaya hidup yang semakin mudah alih pemakai kanta moden dengan kemajuan terkini dalam teknologi photochromic.

Oleh itu, mereka bertindak balas dengan cepat kepada keadaan cahaya yang merentasi pelbagai lokasi luar dengan prestasi konsisten dalam semua suhu, meningkatkan pengalaman visual untuk pemakai kanta.

Setelah mendalami kelebihan kanta ini, tanpa menunggu lama, Budiey terus bersetuju untuk buat satu cermin mata dengan teknologi Transitions® Adaptive Lenses™. Sesuai dengan moto dan hashtag #LifeInTheBestLight yang diketengahkan oleh jenama Transitions® ini, Budiey yakin kanta mata ini dapat membantu Budiey melihat dengan lebih jelas.

24636721394_21da67d21f_z

Setelah kanta mata dah siap, Budiey pun cuba pakai untuk pertama kali kanta mata baru. Pergh, hasilnya… satu perbezaan ketara telah Budiey alami. Penglihatan lebih jelas, lebih hidup, lebih terang. Pendek kata, ianya sangat selesa.

Kanta Transitions® Signature ™ juga sama dalam rumah, boleh menyesuaikan diri dan dalam keadaan cahaya rendah – boleh pudar dengan cepat dan kembali ke kejelasan – memastikan pengalaman visual yang terbaik untuk penggunanya. Di samping itu, kanta Transitions® Signature ™ melindungi pemakainya daripada sinaran ultraungu yang berbahaya (UV), di samping mengekalkan persepsi warna yang jelas dan tajam.

Kanta Transitions® Signature ™ sesuai digunakan untuk pelbagai jenis bingkai dan kacamata, serta apa jua bacaan ‘power’. Ia juga boleh didapati di hampir semua kedai optikal terkemuka – untuk melawat kedai optikal terdekat, sila layari http://www.transitions.com/en-my/where-to-buy/

25267339245_cbb246edef_z

Pengalaman Sebenar Setelah Menggunakan Transitions® Signature™

Budiey rasa, dengan bertukar kepada Transitions® Adaptive Lenses™ memberikan satu kelebihan yang cukup berbeza berbanding dengan kanta biasa yang Budiey guna sebelum ini. Jika Budiey masuk semula ke dalam rumah, Budiey perhatikan kanta ini akan bertukar dengan cepat menjadi lebih clear, jelas!

Selepas menggunakan kanta mata dari Transitions® beberapa hari, Budiey rasa Budiey tak lagi mengalami masalah keletihan mata dan rasa stress semasa membaca sebab pandangan visual sangat rasa ‘nyaman’ dan terang lagi jelas. Bila terlalu lama sangat mengadap kerja di komputer ni, memang akan memudaratkan kesihatan mata. Kesan yang positif ini membuatkan Budiey tak perlu lagi untuk berehat banyak kali semasa bekerja dan mengadap komputer. Sedikit sebanyak, kesan ini membantu Budiey buat kerja dengan cepat dan semua siap tanpa gangguan pada mata. Kalau korang perasan la kan, Budiey memang mengalami keletihan pada mata. Jadi, dengan adanya cermin mata seperti ini Budiey rasa ia banyak mengubah gaya hidup Budiey yang sentiasa berdepan dengan masalah penglihatan.

Pandangan yang jelas dan sharp adalah satu perkara yang sangat penting untuk seorang blogger tegar seperti Budiey. Kawan-kawan rapat Budiey akan memberi respon bahawa apabila mata saya bermasalah, Budiey akan jadi murung.

Budiey sebenarnya tak suka apabila Budiey tidak dapat melihat dengan jelas, dan ia akan menjejaskan produktiviti. Dengan mengunakan kanta ini, bukan sahaja memberikan saya visi yang jelas dalam rumah, ia juga memberikan saya penglihatan yang baik dan jelas di luar rumah. Kanta ini bagus untuk Budiey yang sentiasa bergerak dari dalam rumah untuk di luar rumah dan kembali ke dalam rumah banyak kali dalam sehari. Hanya kerana ia cepat boleh bertukar di luar rumah gelap, ia juga pudar kembali ke kejelasan cepat apabila saya kembali di dalam bangunan. Memang satu rekaan yang brilliant!

12523124_10154491722473332_81355164901667204_n

Di sinilah Budiey rasa pentingnya untuk kita semua menjaga kesihatan mata. Selain tidur yang cukup, makan makanan yang menyihatkan mata, Budiey rasa cermin mata yang kita guna juga sangat penting. Kalau boleh carilah yang bermutu dan memberikan kita rasa yang best semasa membaca.

Ye lah, korang pun mesti tahu kerja Budiey macamana. Pergi event, guna kamera untuk ambil gambar, balik rumah pula, Budiey kena ambil gambar, edit dan tulis entry kat blog dan ini semua menggunakan mata yang sihat dan penglihatan yang baik, betul tak. Jadi, Budiey berterima kasih kepada Transitions® kerana mengubah gaya hidup menjadi lebih baik. Hidup kita ni, biarlah lebih baik dari semalam. Kan? Kan?

Setelah seminggu menggunakan cermin mata ini, Budiey tak lagi menggunakan kanta lekap (contact lense) apabila keluar dari rumah. Sebelum ini, Budiey guna contact lens sebab mahu memakai cermin mata gelap. Sekarang tak lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.transitions.com/en-my/.

Kepada pembaca yang mahu cuba kanta ni, boleh la tanya kat mana-mana kedai kaca mata dan optical. Mana tahu, sekarang ni ada promotions, boleh dapat dengan harga yang murah sikit. Transitions® lenses ni ada di semua optical stores di seluruh Malaysia. Untuk mengetahui lokasi kat mana boleh buat spek ni, klik sini: www.transitions.com.my/Where-To-Buy

Dari segi harga pula, sangat berpatutan. Harga biasanya bergantung kepada pilihan jenama kanta, material kanta dan jenis kanta samada single-vision, bifocal atau progressive, juga bergantung kepada preskripsi dan pilihan coating untuk tambahan.

Satu demonstrasi maya kanta Signature ™ Transitions® baru boleh didapati di http://www.transitions.com/en-my/virtual-viewer/.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Saluran E! Siar Dokumentari Tentang Kehidupan Mariah Carey

Tips Melancong di Lokasi Yang Eksotik