in

Trailer & Sinopsis Sorority Row

Hari ini, Budiey akan menonton filem Sorority Row, sebuah filem thriller yang bakal menemui penonton pada awal Oktober ini. Ceritanya sangat senang difahami iaitu tentang pembunuhan yang tak disengajakan oleh segolongan pelajar kolej akhirnya membawa padah. Selepas setahun, setiap pelajar yang menyaksikan pembunuhan rahsia itu telah diancam oleh seorang pembunuh misteri. Siapa sebenarnya pembunuh itu? Semuanya akan terjawab dalam filem arahan Stewart Hendler ini.

Filem ini dilakonkan oleh serombolon gadis seksi dan hot, antaranya Teri Andrzejewski, Margo Harshman, Megan Wolfley, Marie Blanchard dan ramai lagi.

Plot: A group of sorority sisters try to cover up the death of their house-sister after a prank gone wrong, only to be stalked by a serial killer.

Walaupun dah ada filem bercorak yang punya format macam ni tapi sebenarnya dah lama Budiey tak tonton filem mencemaskan macam filem ini. Kalau korang minat tonton filem Girls Nite Out, Cry Wolf, Taking Lives, HellBent, Highwaymen… pastinya akan menyukai filem ini. Jadi, kalau nak bincang dari segi format atau plot, filem ini sebenarnya taklah original sangat. Tapi yang menariknya, gaya pembunuhan kejam boleh menarik kita menonton sampai habis.

Budiey yang sememangnya meminati filem thriller sangat teruja untuk menonton filem ini. Pastinya, action untuk setiap siri pembunuhan dalam filem ini begitu sadis dan begitu mengerikan. Kalau korang tak percaya, sila tonton trailer ini ya:

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ifa Raziah Tuntut Ganti Rugi RM50 Ribu Dari Power Nest

Zizan Nin Pegang Watak Hitam Dalam Drama Bersiri Subuh & Maghrib