in ,

Trailer & Sinopsis Filem Sini Ada Hantu

Penerbit : Gayatri Su-Lin
Pengarah : James Lee
Syarikat Penerbit : Astro Shaw Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Klasifikasi : U – Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 10 Februari 2011
Durasi : 98 min
Audio : Dolby
Format : 35mm

Sini Ada Hantu Poster

PELAKON
: Alvin Wong
: Baki Zainal

Special Appearances:
:Fasha Sandha
: Patrick Teoh
: Ramasundran
: Mandy Chen
: Goh Sin Ping
: Mano Maniam
: Kazar Saisi

Hantu Pokok Pisang
: Sufian Mohamed
: Beto Kusyairy
: Eira Syazira
: Kuswadinata

Hantu Nombor Ekor
: Pete Teo
: Chen Puie Heng
: Chen Puie Kong
: Wong Chee Hong

Hantu Asrama
: Mohd Qhaud Abd Rashid
: Taiyuddin Bakar
: Chomatt Samad
: Amerul Affendi

Movie Still Sini Ada Hantu

SINOPSIS SINI ADA HANTU

Sini Ada Hantu bermula apabila dua orang pemandu van, Ah Meng dan Bakri yang telah ditugaskan pada saat akhir menghantar mayat datuk kepada majikan mereka di sebuah kampung dimana mereka perlu sampai ke destinasi keesokan paginya. Pada mulanya mereka menolak tapi apabila ditawarkan dengan upah yang lumayan mereke bersetuju.

Semasa dalam perjalanan, radio van tidak berfungsi bagi menghilangkan kebosanan dan rasa mengantuk, mereka berdua bercerita tentang kisah seram yang pernah mereka dengar. Bakri memulakan kisahnya ‘Hantu Pokok Pisang’… kisah wanita cantik yang menjelma dari pokok pisang.

Ah Meng mentertawakan Bakri dan mengatakan hantu melayu tak logik , Ah Meng mula menceritakan kehebatan hantu Cina pula ‘Hantu Nombor Ekor’ Kisah empat lelaki yang mengalami masalah kewangan lalu memuja roh untuk memberikan pertolongan dengan memberi nombor ekor.

Apabila Ah Meng habis bercerita, Bakri memberitahu Ah Meng cerita hantu cina lagi tak logik. Bakri memberitahu Ah Meng yang dia mempunyai cerita lain, tapi kali ini cerita ini mengisahkan hantu dari luar negera.

Movie Still Sini Ada Hantu

Ah Meng mula bercerita tentang seorang pelajar, Yakob yang dipindahkan ke sekolah baru kerana masalah disiplin. Yakob kemudian mendapati mereka semua takut pergi ke tandas di waktu malam kerana dipercayai tempat tersebut pernah dijadikan pangkalan tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Jelmaan hantu Jepun sering berkeliaran pada waktu malam.

Ketika Ah Meng ingin menceritakan kisah hantu yang lain, van mereka yang melalui ladang kelapa sawit yang gelap-gelita itu tiba-tiba rosak. Ah Meng terpaksa mencari bantuan, sementara Bakri menunggu keranda tersebut. Apabila Ah Meng kembali ke van tanpa bantuan yang sepatutnya, sesuatu telah berlaku…

Apa yang terjadi pada Ah Meng dan Bakri?Berjayakah mereka menyelesaikan tugas mereka? Apa yang telah berlaku? ’10 Febuari dipawagam. Sini Ada Hantu’ bakal menemukan jawapannya.

TRAILER Filem Sini Ada Hantu:

SINOPSIS 2:
Rama, Penyelia di syarikat penghantaran dan penyewaan kenderaan sedang mencari pemandu yang sanggup menghantar sebuah keranda ke luar kota dengan kadar segera. Rama berjaya mendapatkan khidmat Ah Meng dan Bakri.

Mereka perlu sampai ke destinasi keesokan pagi. Ketika dalam perjalanan, radio van tidak berfungsi. Demi untuk menghilangkan kebosanan dan menghilangkan rasa mengantuk, mereka bercerita tentang kisah seram yang pernah mereka dengar.

Bakri memulakan kisahnya tentang hantu pokok pisang… HANTU POKOK PISANG Kisah berlaku di sebuah kampung pedalaman… Zam menaruh hati pada kekasih kawannya sendiri. Noraini adalah kekasih kepada Farid yang terkenal dengan sikap buaya darat. Zam cuba memisahkan mereka berdua.

Setelah mendengar cerita tentang hantu pokok pisang daripada seorang dukun, Zam cuba untuk melihatnya melalui cara yang diperkatakan oleh dukun tersebut. Ternyata benar, hantu pokok pisang memang wujud! Zam membawa Farid untuk bertemu ‘kekasihnya’, iaitu hantu pokok pisang.

Setelah melalui pengalaman bersama ‘gadis’ tersebut, Farid jadi ketagih. Inilah masanya untuk Zam membuktikan pada Noraini siapa Farid sebenarnya. Zam bawa Noraini ke rumahnya supaya Noraini boleh melihat sendiri kecurangan Farid.

Namun keadaan menjadi sebaliknya apabila Noraini memotong kain merah yang menghubungkan pokok pisang dan katil Zam… KISAH SERAM 4D Cerita kedua oleh Ah Meng pula, mengisahkan empat sekawan mahu mendapatkan nombor ekor daripada roh orang mati. Keempat-empat mereka menghadapi masalah kewangan. Mereka terdengar kisah Black Dog memenangi loteri setelah meminta pertolongan daripada roh orang mati.

Movie Still Sini Ada Hantu

Mereka berempat sepakat untuk mencuba nasib pula. Mereka mengunjungi kubur yang dikatakan hantunya sangat hebat, iaitu seorang perempuan yang berpakaian cheong sam. Tetapi lain pula yang terjadi… Seorang demi seorang akhirnya mati setelah diganggu oleh hantu cheong sam tersebut.

TANDAS ASRAMA BERHANTU Kisah ketiga oleh Bakri mengisahkan tentang seorang pelajar, Yakob yang dipindahkan ke sekolah baru kerana masalah disiplin. Yakob kurang mesra dengan kawan-kawan barunya.

Yakob kemudian mendapati mereka semua takut untuk ke tandas di waktu malam kerana dipercayai tempat tersebut pernah dijadikan pangkalan tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Pada Yakob, itu semua tidak masuk akal. Suatu malam Yakob sakit perut dan terpaksa ke tandas.

Amin dan Johan menemankan Yakob. Malangnya, mereka benar-benar berhadapan dengan hantu-hantu Jepun. VAN Cerita keempat membawa penonton kembali kepada Ah Meng dan Bakri yang kini sedang melalui ladang kelapa sawit yang gelap-gelita. Tiada kereta yang melalui jalan tersebut. Van mereka tiba-tiba rosak. Ah Meng terpaksa mencari bantuan, sementara Bakri menunggu keranda tersebut.

Apabila Ah Meng kembali ke van tanpa bantuan yang sepatutnya, mereka pula dikacau hantu pakcik tua yang mahu melarikan van mereka. Ah Meng dan Bakri terpaksa mengejar van tersebut untuk mendapatkan semula keranda yang ada di dalamnya. Dapatkah mereka mencari semula van tersebut? Siapa pakcik tua yang di dalam van tersebut? ‘Sini Ada Hantu’ bakal menemukan jawapannya.

Movie Still Sini Ada Hantu

Movie Still Sini Ada Hantu

Movie Still Sini Ada Hantu

Movie Still Sini Ada Hantu

Movie Still Sini Ada Hantu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Sini Ada Hantu Cerita Hantu Malaysia

Mesranya Ixara Dewi Remaja dengan Adam