in ,

Trailer & Sinopsis Filem JEJAK WARRIORS

Kepada anda peminat dan penyokong bola sepak tempatan, jangan lupa untuk menonton filem JEJAK WARRIORS yang akan menyelongkar sebuah kisah berlatar belakangkan pasukan bola sepak negeri Kelantan. Filem yang mengetengahkan sebilangan pemain handalan bola sepak Kelantan terkenal seperti Khairul Fahmi Che Mat, Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohd Fitri Omar, Ahmad Fakri Saarani dan ramai lagi ini akan menemui penonton pada 27 Ogos 2015. Selain itu filem ini juga menampilkan pelakon popular antaranya pelakon kanak-kanak; Mohd Aliff Firdaus, Pekin Ibrahim, Nadiya Nissa dan ramai lagi.

Filem ini adalah filem tentang semangat ‘ingin berjaya’ pada seseorang yang dijelmakan ke dalam The Red Warriors. Kepada yang belum tonton trailer filem ini apa kata tonton dulu trailer kat atas ni.

Filem JEJAK WARRIORS

Sinopsis Filem JEJAK WARRIORS
Jejak Warrior sebuah kisah pengembaraan mengenai seorang remaja (Wan Raja) untuk berjumpa dengan pasukan bolasepak pujaan beliau iaitu The Red Warriors.

Bapa Wan Raja adalah seorang penyokong nombor satu The Red Warriors sehinggalah satu kemalangan berlaku dan ini telah menukar kehidupan keluarganya untuk selamanya. Dengan kematian mengejut ibu Wan Raja, beliau menyedari cita-cita bapanya untuk mendapatkan tandatangan pemain The Red Warriors belum tercapai. Sewaktu perjalanan Wan Raja dari Johor Bahru ke Kota Bahru beliau telah menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran namun untuk berputus asa bukan pilihan bagi beliau bagi mencapai cita-citanya.

Tajuk Filem: Jejak Warriors

Genre: Drama / Famili / Sukan

Pengarah: Saw Teong Hin

Syarikat Produksi: U2 Media Sdn. Bhd.

Pelakon:Mohd Aliff Firdaus, Pekin Ibrahim, Nadiya Nissa, Pemain The Red Warriors – Khairul Fahmi Che Mat, Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohd Fitri Omar, Ahmad Fakri Saarani, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Harun Salim Bachik, Amir Raja Lawak, Syuk, Radhi Khalid, Bell Ngasri, Sabri Yunus, Ogy Ahmad Daud.

Tarikh pengeluaran: 27 Ogos 2015

Pengedar: Empire Film Solution Sdn. Bhd.

Klasifikasi: U

JEJAK WARRIORS

Treler: https://youtu.be/BDxVjB5Z4vg
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Jejak-Warriors
Twitter: https://twitter.com/jejakwarriors
Instagram: https://instagram.com/jejakwarriors

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Anak Lelaki Harith Iskander Di Laman Web Lucah Kanak-Kanak

Bestnya Berbuka Dengan OLDTOWN White Coffee 3in1 Hazelnut