in

Trailer Filem Zaiton Ceritaku

Zaiton Sameon satu nama yang pernah menjadi sebutan satu ketika dahulu. Penyanyi yang sensasi dengan lagu Menaruh Harapan ini pernah berada di puncak kegemilangan sebelum beliau mengalami kemalangan ngeri pada tahun 1990 yang menjatuhkan populariti beliau dan juga mengakibatkan kematian anaknya Irwan.

Trailer Filem Zaiton Ceritaku baru sahaja dikeluarkan untuk tontonan peminat filem. Apa pendapat anda tentang trailer ini?

Filem Zaiton Ceritaku diilhamkan oleh Hajah Ainon dan Hj. Burhanuddin, merupakan pengarah urusan Les’Copaque Production yang telah mendominasikan produk animasi Upin dan Ipin dan Filem Geng: Pengembaraan Bermula.

Kali ini di bawah naungan Bruang Filem Sdn Bhd mereka sekali lagi menghasilkan sebuah filem biografi Zaiton Ceritaku berdasarkan kisah sebenar perjalanan hidup Zaiton Sameon.

Filem sulung arahan Esma Daniel yang juga merupakan pengarah eksekutif Bruang Filem Sdn Bhd bakal menyajikan sebuah penceritaan yang menyayat hati dan menyentuh perasaan penonton yang mengenali Zaiton Sameon dan juga pada mereka yang baru mengenalinya.

Filem Zaiton Ceritaku juga hasil kerjasama Pengarah Sinematografi Mohd Noor Kassim yang pernah memenangi Anugerah Sinematografi Terbaik dalam Filem Hikayat Merong Mahawangsa dan dibantu oleh Pengarah Seni Ombak Rindu Mohd Khairul Md Dan.

POSTER Filem Zaiton Ceritaku

POSTER Filem Zaiton Ceritaku

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Veteren Kuswadinata Masuk Wad

Peraduan Ceria Xtra Itu Aje Suria FM