in , ,

Trailer Filem SPIDER-MAN: NO WAY HOME, Ramai Peminat Teruja dengan Kemunculan Watak Ini

Wah! Apa yang berlaku ni? Buat anda peminat filem aksi ini, sudah tentu tak sabar menonton filem terbaharu. Sebelum tu, kita sajikan kepada anda, trailer terkini filem SPIDER-MAN: NO WAY HOME!

Selepas trailer filem SPIDER-MAN: NO WAY HOME tersebar di internet, pihak Sony Pictures akhirnya telah menyiarkan trailer tersebut pada hari ini. Setelah menonton, rata-rata peminat teruja dengan kemunculan watak Doctor Strange dalam filem ini.

Dalam filem ini juga, jika anda perasan la kan, Tom Holland menyarung semula baju webslinger Peter Parker.

Filem SPIDER-MAN: NO WAY HOME diarahkan oleh Jon Watts dari lakon layar yang ditulis oleh Chris McKenna dan Erik Sommers. Tom Holland kembali meneruskan peranannya sebagai Spider-Man / Peter Parker, dan dia akan disertai Benedict Cumberbatch, Zendaya, Jacob Batalon, Alfred Molina, Jamie Foxx, Marisa Tomei, J.K. Simmons, Tony Revolori, Angourie Rice, Martin Starr, Hannibal Buress, dan J.B. Smoove.

Tidak dipastikan sama ada ini adalah salah satu strategi pemasaran Sony Pictures / Marvel atau ada orang yang begitu marah sehingga membocor dua pekara penting dari filem Spider-Man: No Way Home. 

Sejak pagi semalam, sebuah trailer yang dipercayai trailer filem ketiga Spider-Man MCU telah mula tersebar di media-media sosial dan juga laman hiburan antarabangsa. Malah, bukan itu sahaja, sekeping gambar dari set penggambaran turut didedahkan oleh seseorang, yang memaparkan dua pelakon yang sangat dikenali para peminat Spider-Man.

Kedua-dua bahan tersebut dipercayai dari filem terbaru Spider-Man yang akan datang, dan ia secara tidak langsung menjawab beberapa spekulasi dikalangan peminat, terutamanya barisan pelakon dikhabarkan akan menyertai filem akan datang. Sebagai tindakbalas, Sony dikatakan kini sedang ‘berperang’ dengan peminat, dengan memadam semua bahan-bahan Spider-Man: No Way Home yang kini sedang tersebar di media-media sosial.

Trailer Filem Spider-Man: No Way Home, Ramai Peminat Teruja Dengan Kemunculan Watak Ini

Sementara itu, bintang Spider-Man: No Way Home, Tom Holland memberi respon kepada trailer yang telah tersebar itu dengan secara ringkas berkata, “anda belum bersedia.”

Dikhabarkan, trailer yang dibocorkan itu dilaporkan masih belum siap sepenuhnya, dan tiada kesan-kesan khas dalam video tersebut. Setakat ini tidak diketahui bilakah peminat akan dapat melihat trailer rasmi, tetapi menurut ura-ura, Sony Pictures hanya akan melancarkannya pada acara CinemaCon yang akan berlangsung pada 23 hingga 26 Ogos ini. 

Spider-Man: No Way Home akan ditayangkan di pawagam pada 17 Disember 2021. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Farid Kamil | 23

Hukuman Penjara Farid Kamil Diganti Denda RM5,500

Tony Fernandes Airasia 2020 | 24

airasia Super App Lancar Perkhidmatan E-Panggilan Dengan Airasia Ride