in , ,

Tragedi Fasha Sandha Kena ‘Brainwash’ oleh Media di Sunway Pyramid

Budiey pun tak tahu nak cakap macamana lagi. Sebenarnya, semuanya sebab mulut dan lidah. Betullah pepatah ada kata, sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa. Sebahagian perkara negatif yang berlaku adalah berpunca dari hati dan mulut kita. Kalau mulut kita baik, maka baiklah kesannya. Sebaliknya, kalau mulut kita mengeluarkan kata-kata negatif, segala yang negatif akan datang memberi kesan buruk dalam hidup kita.

2703057348 Fb1F9B204D O | 4

Budiey dah agak…dan dapat menjangkakan benda ni akan berlaku jugak. Elok jugak Fasha Sandha kena ‘basuh’ dan ‘dicuci’ oleh wartawan. Sekurang-kurangnya, Fasha sedar akan kesilapannya. Namun, mampukah dramatis jelita ini akan mengubah keadaan dan mengubah sejarah?

Segalanya berpunca dari Fasha Sandha yang dikatakan memarahi dan memaki editor hiburan Kosmo (Tengku Khalidah Tengku Bidin) dengan kata-kata mencarut berbaur lucah? membuatkan ramai pihak media berpakat untuk memboikot Fasha Sandha. Dikatakan Akmal daripada B.POP juga pernah dimarahi oleh Fasha Sandha.

Bukan mereka berdua sahaja, malah ramai lagi wartawan yang ada masalah dengan Fasha Sandha. Sebanyak 15 orang wartawan telah bersepakat dan bersatu hati untuk tidak menyiarkan berita tentang Fasha Sandha. Budiey ada dengar daripada fotographer dan wartawan lain, gambar Fasha tidak akan disiarkan di mana-mana media cetak buat masa ini, kalau ada pun, gambar Fasha akan dipotong (crop).

Begitu juga dengan program TV. Seolah-olah Fasha tidak wujud di dalam sesuatu majlis. Namun, untuk media online atau new media dan blog, gambar Fasha boleh lagi disiarkan.

Yang beruntungnya adalah TV3 kerana acara ‘brainwash’ itu diadakan di majlis pelancaran Drama Terbaru Akukah Tanggang dan Lara Rindu Mahsuri yang diadakan di Ole-Ole Bali, Sunway Pyramid pada hari Khamis lalu. Fasha Sandha adalah antara pelakon utama untuk Drama Akukah Tanggang. Korang jangan lupa tonton ya!

Mulanya, Budiey terkejut juga, wah… berani betul Fasha datang ke majlis ini. Dan apabila Budiey perhatikan… boleh dikatakan semua wartawan bertaraf diva duduk di kerusi restoran berkonsep Bali itu, Budiey rasa mesti ada ‘something’. Sah-sah ada isu besar yang nak diselesaikan.

Setelah majlis berlangsung, Fasha kelihatan ditemuramah oleh wartawan dari portal hiburan Murai dan Portal Gua. Kemudian semasa Budiey asyik bersembang dengan pelakon Drama Renjis, Sherry Ibrahim, Budiey lihat Fasha dipanggil untuk duduk di meja panjang yang dikelilingi oleh semua wartawan. Siap disuluhi cahaya spotlight lagi. Nak kasi terang sikit. Kot tak nampak pulak air mata Fasha, kan.

Di situ, keadaan tegang berlaku sehingga Fasha merayu memohon maaf kepada semua atas segala kesilapannya. Satu demi satu soalan diajukan dan begitu mengasak dilontarkan kepada Fasha.

Namun, apa-apa pun, Fasha diberi ruang untuk membela dirinya. Fasha katanya tidak mengaku segala dakwaan yang diperkatakan oleh media. Yang Budiey hairan, kalau betullah Fasha buat, mengapa Fasha sanggup mengeluarkan kata kepada editor itu sedangkan selama ini media banyak membantu dia? Setelah selesai ‘bermuzakarah’, Fasha kelihatan menangis dan mengesat air mata yang jatuh ke pipinya.

Ternyata sekarang ramai wartawan marah, geram dan sakit hati dengan Fasha Sandha. Bukan salah faham

“Saya minta maaf jika ada perkara yang saya lakukan tanpa sedar. Jika ada perkara yang tidak benar ditulis tentang saya, memanglah saya akan marah. Tapi percayalah, saya tidak pernah mengeluarkan kata-kata kesat kepada wartawan.

Dengan adik-beradik sendiri pun saya tidak pernah maki mereka, inikan pula saya ingin memaki wartawan. Apa yang sangat ingat, sepanjang empat tahun dalam industri ini, hanya seorang saja wartawan yang pernah saya maki hamun sebelum ini kerana menulis perkara buruk tentang saya. Saya harap dengan penjelasan pada hari ini, perkara ini sudah selesai.”

– Fasha Sandha

Budiey harap, tangisan dan kemaafan itu datang dari hati sanubari Fasha yang luhur ikhlas. Bukan drama dan sandiwara yang direka. Kita tahulah, Fasha seorang pelakon dan pandai berlakon…

Budiey rasa ini satu kes yang sangat berat bagi Fasha kerana selama ini wartawan banyak memberi sokongan dalam menaikkan nama Fasha. Inikah balasan Fasha kepada wartawan yang sentiasa menyiarkan berita tentang dirinya?

Bayangkan apabila tidak ada lagi cerita dan berita tentang pelakon kontroversi ini di media. Bayangkan tiada lagi fotografer yang sudi mengambil gambar Fasha… apa yang akan berlaku pada Fasha selepas ini?

2703033878 E44Fc98180 O | 5

Kemungkinan Besar Ini Yang Akan Berlaku:

  1. Nama Fasha Sandha akan tercemar dan merudum jatuh.
  2. Peminat Fasha akan lari dan tidak lagi meminatinya. Malah, kemungkinan besar, namanya akan hilang dalam pencalonan Anugerah Bintang Popular pada tahun hadapan.
  3. Peminat rasa meluat dan tidak akan melihat drama atau filem yang dilakonkan oleh Fasha.
  4. Apabila peminat Fasha tidak mahu menonton drama dan filem lakonan Fasha, secara tidak langsung ini menakutkan pengarah atau penerbit filem untuk mengambil Fasha berlakon. Mahukah mereka mengambil risiko kerugian yang besar setelah tiada orang yang akan ke panggung untuk menonton filem Fasha?
  5. Apabila pengarah dan penerbit tidak mahu lagi Fasha berlakon dalam produk mereka, maka ni akan menjejaskan pendapatan Fasha. Budiey dapat tahu yang bayaran Fasha antara yang paling tinggi berbanding dengan pelakon lain.
  6. Bayaran untuk Fasha akan lebih sedikit berbanding di zaman kegemilangan Fasha. Dalam kata lain, kalau satu drama telemovie, Fasha boleh dapat RM13 ribu, kemungkinan besar, harga dah jatuh ke RM5 ribu sahaja. Itu hanya contoh ya.
  7. Fasha tidak lagi digelar ratu drama atau filem Malaysia. Segalanya akan tinggal sejarah. Yea, akurlah Fasha, dunia ini ibarat roda. Sekali kita berada di atas, ingatlah suatu hari kita pasti akan berada di bawah juga. Tiada yang kekal di dunia ini pun.
  8. Nama Fasha akan jatuh dan nama Lisa Surihani, Fazura, Nora Danish, Dynaz dan Fouziah Ghouse akan mengambil tempat.

Fasha sepatutnya belajar daripada kesilapan, mendengar nasihat orang yang berpengalaman dan lebih berhati-hati di masa akan datamg. Apa yang Fasha Sandha patut buat sekarang ialah tampil dan buat sidang tertutup bersama wartawan, berbicara hati ke hati. Semoga Fasha cepat-cepat berubah. Moga-moga…amin.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Betty Benafe di Festival Samrah Bintang Walk

Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, Pavilion