in ,

Toy Story 2 Sempena Cuti Sekolah di TV2

NANTIKAN FILEM TOY STORY 2 CUTI SEKOLAH INI DI TV2

Musim cuti sekolah ini pastinya detik yang dinanti-nantikan golongan pelajar sekolah yang mengambil kesempatan sepenuhnya untuk meluangkan masa senggang berehat di rumah. Namun segalanya pasti lebih bermakna apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghadiahkan tayangan filem animasi Toy Story 2 yang cukup menarik untuk tontonan seisi keluarga. Apatahlagi filem animasi ini bukan sahaja akan digemari oleh kanak-kanak sebaliknya menarik minat golongan dewasa.

Di samping menghiburkan para penonton pada musim cuti sekolah ini, ia juga akan dapat memberikan kesedaran kepada anda. Dalam filem animasi ini, temanya telah di tonjolkan dengan begitu menarik sekali. Ia berkisar tentang perkara-perkara yang perlu kita lalui dalam kehidupan seharian kita. Toy Story 2 memaparkan tentang kitaran hidup sesebuah alat permainan yang menghadapi pelbagai dilemma apabila pemiliknya meningkat dewasa.

Toy

Di antara barisan pelakon terkenal yang menjadi suara latar di dalam filem animasi ini adalah Tom Hanks, Tim Allen, Joan Cusack, Kelsey Grammer dan ramai lagi. Ia bakal menemui anda pada 24 November 2010, jam 10.30 malam di TV2.

Kisahnya bermula dengan kemunculan seorang budak lelaki bernama Andy yang tidak sengaja mengoyakkan lengan Woody (patung permainan) semasa bermain dengannya sebelum ke kem koboi (acara tahunan yang dilakukan bersama Woody) dan meninggalkan Woody di atas rak.

Woody mula melalui mimpi ngeri iaitu dia menjadi sebuah alat permainan yang terbuang. Namun begitu apabila dia terbangun, dia mendapati Weezy sebuah alat permainan berbentuk penguin yang telah rosak sedang diambil oleh ibu Andy untuk dijual.

Woody menyelamatkan Wheezy dengan bantuan anjing Andy bernama Buster (yang telah disebut pada akhir filem sebelumnya sebagai seekor anak anjing), tetapi dia telah tertinggal di belakang dan kemudiannya dicuri oleh pemilik kedai permainan, Al McWhiggin. Buzz menubuhkan satu pasukan penyelamat dengan Mr Potato Head, Rex, Slinky Dog and Hamm untuk membawa Woody pulang kembali.

Toy

Woody dibawa ke pangsapuri Al di mana dia mendapati bahawa dia adalah salah sebuah permainan yang dicipta dari Woody ‘ Roundup, sebuah rancangan televisyen kanak-kanak yang popular dari tahun 1950-an.

Dengan memperolehinya, Al sekarang telah memiliki satu koleksi lengkap dan dia merancang untuk menjual kepada muzium alat permainan di Tokyo, Jepun.

Woody dengan rakan-rakan yang lain seperti Jessie dan kudanya Bullseye juga satu pencari gali lama dinamakan Stinky Pete dulu dikenali sebagai ‘Pencari Gali’ (yang masih berada dalam keadaan yang sempurna di dalam kotak asalnya). Mereka bertiga sangat teruja untuk ke Jepun. Tetapi menyedari yang dia adalah alat permainan Andy, Woody merasa ragu-ragu dan cuba untuk melepaskan diri dari pangsapuri itu tetapi tidak berjaya.

Kemudian, Al membawa seseorang untuk membaiki dan mengecat Woody. Woody sangat menghargainya. Di dalam diam-diam, Woody ingin ke Jepun selepas mengetahui bahawa Jessie pernah dimiliki oleh seorang budak perempuan bernama Emily. Tetapi apabila Emily meningkat dewasa, Jessie telah di buang olehnya. Stinky Pete juga mengatakan perkara yang sama jika Woody pulang kepada Andy. Tetapi jika Woody ke Jepun, dia akan diingati dan disukai buat selama-lamanya.

Apakah yang lebih penting kepada Woody? Samada kehidupan di muzium di mana Woody akan di sanjungi dan disukai oleh ramai kanak-kanak ataupun menghabiskan jangka hayatnya bersama Andy yang begitu bermakna buat dirinya. Nantikan filem animasi ini hanya di TV2.

Toy

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ghost Whisperer Musim Ke-5

Lambaian Kaabah Episod Akhir Di TV1