in , ,

Tourism Selangor Menghargai Sumbangan Dan Jasa Penggiat Media

Penganjuran Media FAM Trip dan Majlis Apresiasi Media Tourism Selangor 2022 mendapat sambutan yang baik dan hangat!

Sebagai Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, Tourism Selangor menganjurkan program FAM (Familiarization) Trip atau Open Day dan Majlis Makan Malam Apresiasi Media Tourism Selangor di Resort Taman Eko Rimba Komanwel pada 1 Ogos 2022 yang lalu. 

Tourism Selangor Menghargai Sumbangan Dan Jasa Penggiat Media

Program tersebut pada majlis makan malam telah dirasmikan oleh YB Tuan Hee Loy Sian, Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor. Seramai lebih 180 orang penggiat media dalam kalangan wartawan, editor, penulis, blogger, selebriti, KOL, youtuber, dan banyak lagi telah menyertai program ini yang bermula dari pagi hingga malam pada 1 Ogos 2022 yang lalu. 

YB Tuan Hee Loy Sian, dalam satu kenyataan berkata,”Program ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor untuk mengiktiraf pencapaian dan sumbangan rakan-rakan penggiat media yang membantu khususnya memrpomosikan industri pelancongan di Negeri Selangor. Komitmen yang dizahirkan oleh rakan-rakan media ini, amat penting bagi memastikan industri pelancongan dapat berkembang maju terutamanya dalam persediaan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik. 

Tourism Selangor Menghargai Sumbangan Dan Jasa Penggiat Media

Telah terbukti, sepanjang tahun 2021 dan 2022 rakan-rakan media kita telah memberikan liputan media yang tinggi bagi mempromosikan inisiatif-inisiatif bantuan kerajaan Negeri, Kempen-kempen promosi, penganjuran acara dan program pelancongan dan juga menyertai program seperti FAM Trip yang dianjurkan oleh Tourism Selangor.”

Encik Azrul Shah Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor berkata,” Untuk tahun ini, pihak Tourism Selangor telah bekerjasama dengan pihak Resort Taman Eko Rimba Komanwel sebagai penaja lokasi dan program terbahagi kepada 2 bahagian iaitu, sesi FAM Trip atau Open Day yang kita jalankan pada sesi pagi, dan Majlis Apresiasi Media yang kita jalankan pada sesi petang/malam”.

“Untuk tahun ini, sebanyak 26 kategori anugerah dan penghargaan yang kita perkenalkan untuk diberikan kepada rakan-rakan media yang hadir pada malam ini. Sesi penilaian diambil kira, jumlah liputan serta nilai konten yang diwar-warkan dalam pelbagai platform media.” Tambah beliau. 

Tourism Selangor Menghargai Sumbangan Dan Jasa Penggiat Media

Antara kategori penghargaan dan anugerah yang diberikan pada tahun ini adalah seperti Liputan Media Terbaik, Video Travelog Terbaik, Majalah Pelancongan Terbaik, Wartawan Terbaik, Konten Media Sosial Terbaik, Program TV Terbaik dan banyak lagi. 

Berikut merupakan senarai kategori anugerah dan senarai nama-nama pemenang bagi Tahun 2022. 

BIL.KATEGORI ANUGERAHPENERIMA ANUGERAH MEDIA / INDIVIDU
1.Liputan Media Terbaik : Kategori Bahasa MelayuSelangorKini
2.Liputan Media Terbaik : Kategori Bahasa CinaSin Chew Daily
3.Liputan Media Terbaik : Kategori Bahasa TamilMakkal Osai
4.Liputan Media Terbaik : Kategori Bahasa InggerisThe Star
5.Liputan Media – Majalah Pelancongan TerbaikGaya Travel Magazine
6.Liputan Media – Kategori Majalah Fotografi TerbaikPCP Publications
7.Liputan Media Melalui Televisyen TerbaikTV3 (Media Prima)
8.Liputan Media Melalui Radio TerbaikBernama Radio
9.Liputan Media Melalui Portal Online Terbaik : Portal Berita (Bahasa Melayu)Sinar Harian
10.Liputan Media Melalui Portal Online Terbaik : Portal Berita (Bahasa Inggeris)Free Malaysia Today
11.Liputan Media Melalui Portal Online Terbaik : Portal Berita (Bahasa Cina)China Press
12.Liputan Media Melalui Portal Online Terbaik : Portal Gaya HidupmStar Online
13.Liputan Media Melalui Portal Online Terbaik : Portal HiburanBudiey
14.Liputan Media Melalui Portal Online Terbaik : Portal ViralOh! Media
15.Wartawan Media Massa TerbaikZareef Muzammil (SelangorKini)
16.Wartawan Media Pelancongan TerbaikDatuk Azlie Halim (Santai Travel)
17.Konten Media Sosial Terbaik : FacebookBackpackerz
18.Konten Media Sosial Terbaik : YoutubeFikri Zamri
19.Konten Media Sosial Terbaik : TikTokSelangor TV
20.Konten Media Sosial Terbaik : TwitterJomkitamy
21.Konten Media Sosial Terbaik : InstagramNazirul Hakim (@iamnazirul)
22.Konten Travelog Terbaik : Kategori YoutubeRare TV
23.Konten Travelog Terbaik : Kategori Program TVTV Alhijrah
24.Liputan Di Blog TerbaikTravellah.my
25.Program Lawatan (FAM Trip) TerbaikLocco.my
26.Personaliti Media Sosial Global TerbaikKumaar Family

Majlis ini juga adalah sebagai tanda terima kasih kepada pihak media yang selama ini telah memberi sokongan padu dan tanpa jemu terutamanya terhadap program-program dan isu-isu berkaitan pembangunan dan usaha-usaha Kerajaan Negeri dan Tourism Selangor dalam memacu kemajuan dalam bidang pelancongan.

Tourism Selangor Menghargai Sumbangan Dan Jasa Penggiat Media

Resort Taman Eko Rimba Komanwel di Rawang menjadi pilihan Tourism Selangor sebagai lokasi penganjuran program untuk memperkenalkan tarikan pelancongan dan aktiviti yang berkonsepkan eko pelancongan seperti, Glamping, Jungle Trekking, ATV, Aktiviti kayak dan banyak lagi. 

Resort Taman Eko Rimba Komanwel terletak di Hutan Simpan Bukit Lagong di jalan menghala ke Rawang, kira-kira 24km ke utara pusat bandar Kuala Lumpur dan kira-kira 3km dari Bandar Rawang. Tarikan ini merupakan hutan simpan yang besar dengan keluasan lebih 260 hektar dalam spesies dipterokarpa tanah rendah bersempadan dengan Hutan Lipur Kanching dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Tourism Selangor Menghargai Sumbangan Dan Jasa Penggiat Media

Commonwealth Eco Forest Park & ​​Resort atau dikenali sebagai Resort Taman Eko Rimba Komanwel (RTERK) dilancarkan bagi memperingati Persidangan Hutan Komanwel ke-14 pada tahun 1993, taman ini menggabungkan hutan tebal dengan taman berlandskap yang disediakan dengan pemandangan panorama, susunan formal, tapak perkhemahan, chalet, monumen air pancut, trek joging, denai mendaki, ladang lebah kelulut dan kemudahan lain untuk memberi pengunjung pengalaman yang indah untuk percutian.

RTERK kini diuruskan oleh Future World Avenues Sdn. Bhd. dengan kerjasama erat Kerajaan Negeri, Tourism Selangor Sdn. Bhd. dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zizan Razak | 16

ABANG LONG FADIL 3 Bakal Ditayangkan Di Pawagam Mulai 8 September 2022

Portal Featured 6 1 | 17

Sis Bell Hadirkan Video Penghargaan Untuk Arwah Bapa