Tour Concert Super Junior di Malaysia

Kumpulan K-Pop popular Super Junior menjadikan Malaysia salah satu hentian konsert jelajah pada Mac 2010

POPULARITI muzik Korea Pop atau dikenali dengan K-Pop kembali menggegarkan Malaysia apabila kumpulan Super Junior akan mengadakan konsert pertama di sini yang dibawakan oleh Redstar Presents.

Persembahan jelajah kedua untuk negara Asia ini iaitu Super Junior The 2nd Asia Tour Super Show 2 Live In Malaysia 2010 akan berlangsung pada bulan Mac. Konsert ini yang dianjurkan oleh Redstar Presents yang diuruskan menerusi Marctensia dan Warner Music sebagai label rakaman rasmi akan diadakan pada Sabtu, 20 Mac 2010 jam 7 malam bertempat di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Super Junior pernah melawat Malaysia untuk jemputan majlis Anugerah MTV Asia pada 2008. Bagaimanapun, kunjungan mereka kali ini berbeza kerana ini adalah konsert julung kali diadakan di Malaysia. Pastinya, kumpulan ini sudah bersedia untuk mengadakan persembahan ini dan mahu menunjukkan kehebatan di atas pentas.

Selepas beberapa perbincangan dilakukan bersama artiste management, SM Entertainment dengan penganjur, Redstar Presents, ia menjadi peluang keemasan untuk membawa kumpulan paling popular dalam persembahan muzik Asia.

Kumpulan ini terdiri daripada anggota yang berkemampuan menampilkan bakat individu dari pengawalan vokal yang bertenaga hingga menjadikan mereka sebagai juara kumpulan penyanyi lelaki, pelakon, pemuzik dan pengacara program TV. Semua anggota kumpulan ini bersatu dan tentunya mereka adalah Super Junior!

Mencipta fenomena muzik pop di seluruh dunia, Super Junior pernah menerima pelbagai anugerah utama peringkat antarabangsa seperti MTV Asia Awards hingga pada Anugerah Muzik Hiburan CCTV 2008, mereka meraih anugerah Album Terbaik dan Kumpulan Paling Popular. Di negara sendiri iaitu Korea, mereka juga banyak menerima pengiktirafan termasuk menguasai majlis anugerah berbeza menerusi album bertajuk ‘Sorry, Sorry’.

Super Junior ditubuhkan pada September 2005 dan setakat ini pencapaian karier seni kumpulan ini berjaya menghasilkan 19 album termasuk soundtrack.

Untuk pengetahuan ramai, kumpulan ini turut juga dikenali menerusi sub-kumpulan mereka iaitu Super Junior-KRY, Super Junior-M dan Super Junior-Happy yang menampilkan pelbagai bahasa termasuk Jepun dan Mandarin serta genre muzik berbeza.

Kumpulan ini mensasarkan peminat di Jepun, China, Taiwan dan beberapa negara Asia yang lain. Kelebihan Super Junior dalam menampilkan vocal secara acapella dan harmoni mendapat pujian daripada media. Salah satu tarikan yang ditampilkan oleh kumpulan ini adalah koreografi yang mempunyai elemen ultra energetik merangkumi genre hip hop, street dan break dance.

Pada tahun 2009 kumpulan ini berjaya memenangi anugerah tertinggi di Golden Disk Award yang memberi penghargaan kepada artis K-pop terbaik di Korea iaitu Golden Disk Awards, serta YEPP Popular Artist dan Best Disk Awards.

Untuk peminat Super Junior yang ingin mendapatkan tiket dan tempat duduk yang menarik, pra jualan tiket akan bermula dari 18 Januari jam 11 pagi hingga 29 Januari ini. Peminat boleh membeli tiket konsert kali ini di T-Hop Zone, Tingkat 6, Plaza Sungei Wang, Kuala Lumpur (depan Green Box Karaoke).

Tiket konsert kali ini dijual pada harga bermula RM138 and RM238 yang mempunyai nombor tempat duduk manakala tiket di kawasan Rock Pitt dan mempunyai nombor tempat duduk dijual pada harga RM458. Dengan setiap pembelian dua tiket, peminat berpeluang mendapatkan poster edisi kumpulan ini. Bagaimanapun, pemberian poster ini terhad pada 500 keping sementara stok masih ada.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai konsert, boleh melayari laman web, www.marctensia.com, www.axcess.com.my atau menghubungi talian hotline Marctensia : 03 20921199 dan talian hotline Axcess Ticketing : 03 77115000.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isu Cium Pipi Mas Idayu : Black Mentor Minta Maaf

Ziana Zain Gayakan Gaun Hitam Syaiful Baharim