Dunia televisyen kini memasuki fasa baharu dengan pelancaran Toshiba TV Z770R, sebuah model flagship Mini LED TV yang disifatkan sebagai paling canggih pernah dikeluarkan oleh jenama ini. Toshiba bukan sekadar mahu tampil dengan televisyen berdefinisi tinggi, tetapi mahu mengubah cara kita menonton filem, bermain game, atau menyaksikan perlawanan bola di ruang tamu rumah. Dengan gabungan teknologi Mini LED, sistem REGZA Intelligence, serta refresh rate asli sehingga 165Hz, televisyen ini seakan memberi jaminan bahawa anda tidak lagi sekadar menonton – anda seolah-olah berada di dalam pengalaman itu sendiri.
Mini LED Memberi Kontras Lebih Dalam Dan Warna Lebih Hidup
Asas kepada prestasi visual Z770R adalah teknologi Mini LED yang dihasilkan dengan ketelitian luar biasa. Lampu latar yang lebih padat ini mampu menghasilkan kontras yang lebih dalam, membolehkan hitam paling pekat dan putih paling terang wujud dalam satu paparan tanpa menyebabkan kesan blooming.
Tambahan pula, teknologi Full Array Local Dimming memberi kawalan cahaya pada setiap zon skrin, menjadikan perbezaan antara cahaya dan bayang lebih nyata. Bila menonton filem seram, misalnya, setiap bayang di sudut gelap akan tampak lebih hidup dan menambah suasana tegang.
Bukan itu sahaja, QLED Color pula menyajikan lebih satu bilion tona warna – daripada merah pekat hingga biru lembut – menjadikan setiap adegan benar-benar dekat dengan niat asal pembikin filem. Inilah sebabnya mengapa Toshiba berani mendakwa, “Setiap cerita akan dipaparkan sebagaimana ia sepatutnya dilihat.”
REGZA Intelligence: Otak Pintar Yang Faham Cara Kita Menonton
Z770R hadir dengan sistem REGZA Intelligence – gabungan empat elemen pintar: REGZA Picture, REGZA Sound, REGZA Pilot dan REGZA Gen AI.
- REGZA AI Picture menganalisis imej secara langsung lalu menyesuaikan warna, kedalaman dan kejelasan. Maksudnya, anda dapat visual yang lebih natural, ekspresif dan menyeluruh.
- REGZA AI Sound pula memastikan audio lebih dinamik – dari dialog pelakon hinggalah dentuman letupan, semuanya kedengaran jelas tanpa perlu kita sibuk menukar tetapan.
- REGZA AI Pilot menggabungkan mod AI Gaming dan AI Energy Saving untuk pengalaman permainan yang lebih lancar, sambil menjimatkan tenaga.
- REGZA Gen AI membawa ciri futuristik: AI Voice Assistant (bantu terus dari TV), AI Recommendation(cadangan tontonan lengkap dengan latar belakang cerita), AI Picture Book (khusus untuk kanak-kanak dengan kisah enam halaman peribadi), dan AI Screen Saver yang mengubah skrin jadi kanvas seni digital.
Boleh dikatakan, TV ini bukan sekadar paparan – ia seperti seorang “penolong pintar” di rumah anda.
Refresh Rate 165Hz: Pergerakan Lebih Lancar, Tiada Lagi Ghosting
Buat penggemar gaming atau sukan, inilah ciri yang wajib diberi perhatian. Dengan refresh rate asli sehingga 165Hz, Z770R memastikan setiap pergerakan – sama ada bola sepak yang meluncur laju atau babak aksi penuh letupan – kelihatan tajam, jelas dan tanpa bayangan kabur.
Bagi gamer tegar, ia memberi kelebihan taktikal kerana respons paparan lebih pantas, manakala peminat sukan dapat menikmati aksi seolah-olah duduk di tepi padang.
Audio 2.1.2 Surround Dengan Dolby Atmos Dan Eilex Sound
Visual tanpa audio yang mantap ibarat makan nasi tanpa lauk. Toshiba tidak melupakan hal ini. Dengan sistem ZR 2.1.2 surround diperkasa REGZA Power Audio Extreme dan Dolby Atmos, bunyi yang keluar seakan-akan datang dari setiap arah.
Lebih menarik, teknologi Eilex Sound memberi keseimbangan tona dan kedalaman harmonik. Ciri seperti VIR Equalizer mengekalkan keaslian frekuensi bunyi, manakala REGZA Sound Remaster mengembalikan unsur harmoni yang hilang akibat pemampatan digital. Hasilnya, apa yang anda dengar adalah bunyi paling dekat dengan rakaman asal.
Kemudahan Pintar Untuk Kehidupan Harian
Sebagai model utama, Z770R juga membawa ciri Multi-Window Display – membolehkan anda menonton filem sambil menyemak skor bola atau melakukan panggilan video.
Tambahan pula, dengan sokongan Matter protocol, TV ini boleh bertindak sebagai pengawal pintar untuk peranti IoT lain. Bayangkan hanya dengan satu skrin, anda boleh kawal lampu, pendingin hawa dan peranti rumah pintar lain.
Sambungan Wi-Fi 6E pula memastikan streaming 4K/8K lebih lancar, latensi gaming lebih rendah, dan multitasking yang stabil walaupun rumah anda penuh dengan peranti bersambung.
Toshiba TV: Legasi Lebih 70 Tahun
Bagi yang mungkin baru mengenali jenama ini, Toshiba bukan pemain baharu. Sejak tahun 1952, mereka telah melakar pelbagai pencapaian sebagai perintis televisyen dunia. Malah, Toshiba telah dinobatkan sebagai jenama TV No.1 di Jepun selama tiga tahun berturut-turut – satu bukti kepada kualiti, ketahanan dan inovasi yang tidak pernah berkompromi.
Apa Kata Budiey?
Melihat kepada semua inovasi yang dibawakan oleh Toshiba TV Z770R ini, jelas sekali ia bukan sekadar televisyen biasa. Ia adalah gabungan paparan Mini LED, kecerdasan REGZA, kadar segar semula 165Hz serta audio imersif yang benar-benar membawa hiburan rumah ke tahap baharu.
Bagi Budiey, inilah TV yang mampu memenuhi keperluan pelbagai jenis pengguna – daripada gamer hardcore, pencinta filem, hinggalah keluarga yang mahu tontonan lebih mesra kanak-kanak. Tambahan pula, sokongan untuk IoT menjadikan TV ini bukan sahaja pusat hiburan, tetapi juga pusat kawalan rumah pintar.
Kalau anda sedang mencari televisyen premium yang bukan sahaja tahan lama tetapi juga future-proof, Toshiba Z770R patut masuk dalam senarai pertimbangan anda. Soalnya sekarang, sanggupkah anda kembali menonton TV biasa selepas merasai dunia baru yang ditawarkan Z770R ini?