in ,

Tonton ONE TWO JAGA, Filem Terbaik FFM30 Dengan Hanya RM5 di Pawagam TGV

Wow! Ini mungkin pertama kali seumpama ini, pawagam telah menjual tiket menonton filem yang dinobatkan sebagai Filem Terbaik FFM30 dengan harga hanya RM5 sahaja.

Nam Ron

Sekaligus inisiatif ini memberi dan membuka peluang kepada semua yang belum menonton filem yang dikatakan tidak mendapat sambutan semasa tayangan di pawagam tahun lepas. Jadi, kepada korang yang belum menonton filem ini, bolehlah rujuk kepada lapan buah pawagam TGV yang menayangkannya.

Tayangan semula pemenang Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30), Crossroads: One Two Jaga bakal diadakan di pawagam terpilih bermula 4 hingga 10 April ini.

Tayangan semula filem arahan Nam Ron itu bakal menemui penonton di lapan buah pawagam iaitu TGV Cinemas Sunway Pyramid, TGV Cinemas Wangsa Walk, TGV Cinemas 1 Utama, TGV Cinemas Tebrau City, TGV Cinemas Bukit Raja, TGV Cinemas KLCC, TGV Cinemas Dpulze dan TGV Cinemas Kinta City.

Filem CROSSROADS: ONE TWO JAGA Diangkat Sebagai Filem Terbaik FFM30

Bagi tayangan kali ini, karya terbitan Pixel Play Entertainment ini hanya mengenakan bayaran serendah RM5 untuk sekeping tiket.

One Two Jaga telah meraih kemenangan besar di FFM30 apabila turut merangkul empat lagi anugerah kategori utama termasuk Pelakon Lelaki Terbaik (Dr. Rosdeen Suboh), Cerita Asal Terbaik (Pitt Haniff, Nam Ron, Muhammad Syafiq), Lakon Layar Terbaik (Nam Ron, Amri Rohayat, Fared Ayam) dan Poster Terbaik (Jazzy Pictures). 

Filem CROSSROADS: ONE TWO JAGA Diangkat Sebagai Filem Terbaik FFM30

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Kucaimars

Kucaimars Semakin Popular Setelah Video Muzik Rasmi JAWAB Disiar di Youtube

Pizza Hut Perkenal The Singing Pizza Pertama di Malaysia!