in

Tonton Komedi ALAMAK di Astro Ria Lakonan Zaid Zahari

Penerbit muda, Zaid Zahari menerusi syarikat Ritz Channel telah pun menerbitkan program komedi terbaru 13 episod, Alamak! yang akan menemui penonton Astro Ria pada 5 Ogos setiap Rabu jam 9.30 malam. Konsepnya baru berinovasi tetapi ada sedikit bau-bau bacang dengan filem Scary Movie dan Jangan Ketawa itu mempunyai 12 hingga 15 segmen pendek dalam setiap episod. Visualnya berkualiti sebab pihak produksi menggunakan kamera Sony EX-5. Arahan Wong Ming Jin.

Zaid Zahari ni ada bakat luar biasa serba boleh sebab selain menyanyi, martial arts dan menari, Zaid boleh meniru suara-suara karakter karton seperti karton Mickey Mouse, Mr. Bean, Crocodile Hunter, Golum, Chris Tucker, P.Ramlee, Louis Armstrong, Michael Jackson, Austin Powers dan sebagainya. Tengok ni Zaid tiru aksi Hugh Jackman dalam X-Men…

3773828678 2Be04Be997 O | 4

Mungkin ramai yang tak mengenali Zaid Zahari. Beliau sebenarnya berusia 35 tahun, lulusan Bachelor Engineering, Leeds University, UK dan merupakan seorang pelakon pembantu dalam filem Syirik. Budiey pernah menemubual beliau di lokasi pengambaran filem Syirik tak lama dulu. Seingat Budiey dah lama Zaid dah cari luang untuk jual komedi Alamak! setelah sekian lama terperap di laman web www.alamaktv.com. Akhirnya, dah termakbul impiannya masuk Astro!

Zaid yang turut bertindak sebagai pelakon utama juga memuatkan pelbagai babak komedi dalam programnya, termasuk meniru semula watak selebriti tempatan serta superhero popular antarabangsa. Jangan marah, kesan khas juga digunakan dalam Alamak! Turut memeriahkan siri komedi ini ialah Jeff Omar, Shamsunder Binwani, Badrol Shah dan John Wayne, manakala artis undangan pula termasuk Radhi Khalid, Ellie Suriaty, Pian (Cecupak) dan Azura Zainal.

3773023045 C2Ea01Db1B O | 5

Gambar Pian jadi Mak Nyah? Tiru sape lak ni?

Paling ditunggu oleh Budiey, segmen membabitkan babak selebriti memasak, apabila Pian melakonkan semula adegan bagaimana rancangan masakan dikendalikan seorang tukang masak yang lemah-lembut. Ada juga babak Pian mengenakan pakaian serta bersolek seperti wanita. Selebriti mana yang ditiru Pian?

Di samping itu, ada juga watak ala Terminator, Iron Man, X-Man, Superman, Spiderman, koboi, red Indian, Pontianak, Dracula, Hulk, lanun, gangster, toyol, serigala jadian, Tarzan dan sebagainya untuk hiburan peminat.

3773022165 Aa97702Fa2 O | 6

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Kembara TV3 di Sarawak

Pelakon Noniswara dan Datuk Rosman Kahwin Hari Ini