in

Tonton AIRISH di Wanita Hari Ini TV3 Hari Ini

Apabila bercakap tentang konsep ‘fashion cosmetic’, pasti ramai yang tertanya-tanya apakah sebenarnya maksud di sebalik konsep itu kerana ia bukanlah satu idea yang biasa didengar dalam industri kosmetik mahupun fesyen sendiri.

Baru-baru ini, industri kosmetik dan fesyen tempatan dikejutkan dengan satu pembaharuan yang dibawa oleh satu jenama baru dalam dunia kosmetik tempatan, AIRISH Fashion Cosmetic, yang memperkenalkan satu revolusi berbentuk penyatuan idea fesyen dan kosmetik pada koleksi produknya.

Pencarian Pengedar Rasmi Dan Kemunculan Airish Di Wanita Hari Ini, Isnin 22 Disember 2014, 12.00 Tengahari

Pembaharuan yang dibawa oleh Airish Fashion Cosmetic ini adalah ilham kreatif yang dilahirkan oleh Dato Aizuddin Ghazali, Presiden AIRISH Global Sdn Bhd, bersama isterinya Datin Jannatul Iza, iaitu Pengasas AIRISH Fashion Cosmetic.

Matlamat mereka hanya satu iaitu untuk menjadikan AIRISH berbeza daripada jenama-jenama kosmetik yang lain.

Konsep ‘fashion cosmetic’ ini juga ternyata diterima baik oleh para penggiat industri fesyen tempatan, yang menunjukkan minat yang tinggi untuk bekerjasama dengan AIRISH melalui pelbagai kerjasama strategik dan kreatif.

Penghasilan koleksi produk AIRISH adalah produk pertama di Malaysia yang menggunakan kombinasi ekstrak batu mineral Hematit dan esen bunga Sakura juga ternyata membuahkan hasil yang positif daripada segi hasil jualan.

Selepas hampir 6 bulan berada di pasaran, hasil maklum balas positif daripada pengguna terutamanya di ruang media sosial berjaya menarik lebih banyak minat pengguna produk lain untuk mencuba produk AIRISH.

“Kami berasa gembira dan bersyukur ke hadrat Allah SWT apabila produk AIRISH dapat diterima dengan baik oleh para pelanggan. Adalah menjadi matlamat utama kami untuk menghasilkan kualiti produk yang terbaik, dan kami sentiasa mencari ruang untuk berinovasi dari segi kreativiti dan kualiti produk untuk membawa jenama AIRISH ke peringkat yang lebih tinggi, terutamanya di peringkat antarabangsa,” kata Dato’ Aizuddin.

AIRISH MIRACLE Skincare Set dan Glamorous Fuchsia adalah dua produk utama AIRISH yang kini berada di pasaran sejak Jun 2014.

Hasil pemerhatian mendapati perubahan positif dialami oleh kebanyakan pengguna AIRISH, yang turut berkongsi pengalaman baik dan testimoni mereka dengan pihak AIRISH melalui laman Instagram @airishtestimonial.

Perkongsian pengalaman menggunakan produk AIRISH ini turut diperkuatkan lagi dengan beberapa gambar ‘sebelum’ dan ‘selepas’ yang dikongsi oleh para pengguna, menunjukkan tindak balas positif produk itu selepas digunakan secara berterusan.

Hasil jualan yang baik dan maklum balas positif pelanggan ini menjadi pendorong utama kepada Dato’ Aizuddin dan Datin Jannatul Iza untuk memulakan program pengedar rasmi AIRISH di setiap negeri tidak lama lagi, demi untuk melebarkan lagi sayap AIRISH ke seluruh pelusuk tanah air.

Program yang dijangka bermula pada Disember 2014 ini dilihat sebagai salah satu inisiatif bagi pihak AIRISH untuk memperkukuhkan lagi kedudukan mereka dalam pasaran tempatan sebelum meneruskan usaha menembusi pasaran antarabangsa.

“Kami bukan sahaja ingin berkongsi kebaikan produk AIRISH bersama para pelanggan, malah kami juga ingin berkongsi rezeki dengan mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga AIRISH.”

“Kami ingin mencari individu atau syarikat yang berminat untuk bersama-sama berjuang bersama kami untuk membawa AIRISH ke peringkat lebih tinggi. Ini adalah peluang terbaik untuk kita sama-sama dapat membina satu aspirasi perniagaan yang julung kalinya memperkenalkan konsep ‘fashion cosmetic’ yang belum lagi diusahakan oleh pihak lain,” kata Datin Jannatul Iza.

AIRISH Fashion Cosmetic, diwakili oleh Pengasas AIRISH, YBhg Datin Jannatul Iza Ahmad Kamal, dan duta rasmi Noor Neelofa, buat pertama kalinya akan muncul di dalam rancangan Wanita Hari Ini pada hari Isnin, 22 Disember 2014, jam 12.00 tengahari untuk bercakap lebih lanjut mengenai keistimewaan produk AIRISH khas buat penonton TV3.

Datin Jannatul Iza juga akan berkongsi mengenai pencarian pengedar rasmi AIRISH, dan juga kemunculan pasukan AIRISH yang bakal turun padang bertemu pelanggan di Vendeur Festival pada 27 dan 28hb Disember 2014, bertempat di Menara Matrade, Kuala Lumpur.

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi pengedar rasmi kepada AIRISH Fashion Cosmetic, atau ingin mendapatkan butiran lebih lanjut, anda boleh terus menghubungi AIRISH seperti berikut:

Talian Airish Sales Hotline:

Pejabat: 03-3343 5003/ 7003/ 9003

Talian Mudah Alih: 019-2222 696/ 012-6262 956

Emel: [email protected]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bekas Suami Penyanyi Syura Mahu Rujuk Kembali

TV3 Siar Episod Sedekad Tsunami Majalah 3