in ,

“Tolong Doakan Saya,” Wani Comel Alami Komplikasi Jantung Bengkak

Pengamal media sosial, Wani Comel menerusi hantaran di laman Instagram nya semalam mendedahkan dia telah disahkan menghadapi komplikasi jantung bengkak setelah mendapatkan pemeriksaan lanjut di Hospital Putrajaya baru-baru ini.

Terdahulu, Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira dikejarkan ke hospital selepas didapati menghadapi jangkitan kuman di paru-paru. Dalam perkongsiannya itu, Wani berkata buat masa ini dia dibenarkan pulang ke rumah sementara menantikan rawatan susulan. Malah dia turut mengharapkan agar orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buatnya.

"Tolong Doakan Saya," Wani Comel Alami Komplikasi Jantung Bengkak

“Hari ini (Rabu) setelah dilakukan pemeriksaan lanjut sekali lagi, terhadap saya oleh pihak Hospital Putrajaya, saya didapati menghadapi komplikasi jantung bengkak dan diminta untuk melakukan rawatan susulan berkenaan kompliksi tersebut ke hospital pakar seterusnya. Buat masa ini saya dibenarkan pulang, sementara menunggu untuk rawatan susulan pakar berkaitan jantung ini.Tolong doakan saya” tulis Wani

Beri Amaran Buat Netizen 

Dalam perkembangan lain menerusi hantarannya terdahulu, Wani menegaskan akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terhadap netizen yang telah melemparkan kata-kata fitnah terhadap dirinya.

"Tolong Doakan Saya," Wani Comel Alami Komplikasi Jantung Bengkak

Menurut Wani, dia terpaksa berbuat demikian berikutan banyak tuduhan melampau terhadapnya dikongsi di media sosial selepas dia membuat pendedahan kononnya diperdaya oleh usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri. Difahamkan tindakan undang-undang bakal diambil oleh kedua-dua belah pihak bagi menyelesaikan kemelut tersebut.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KKM Nafi Vaksin Keluaran China Tidak Selamat

Didakwa atas Tuduhan Laku Seks Luar Tabii, Da’i Syed Mengaku Tidak Bersalah