in

Tips & Trick Cara Mengunakan Facial Scrub

Budiey BlogTips & Trick hari ini mahu berkongsi dengan anda semua cara-cara memilih dan menggunakan scrub muka dengan betul dan berkesan. Ha… step ni ramai yang ambil mudah dan buat tak peduli. Sebenarnya, kalau nak cantik dan wajah yang gebu, langkah scrub ini tak boleh dilupakan.

Membersihkan wajah penting bagi kesihatan kulit kita, terutama untuk kulit berminyak. Untuk menjaga kelembutan dan mencegah munculnya jerawat, kita mesti scrub wajah kita dan menjadikannya rutin setiap minggu. So kita kene pandai pilih scrub yang sesuai, bukan semua scrub sesuai dengan wajah kita dan bukan semua scrub boleh digunakan setiap hari.

Cara nak scrub muka ada aturannya…ok mari kita bincangkan satu persatu

Mulai dengan membasuh muka menggunakan air bersih.
Air yang digunakan untuk membersihkan wajah juga ada peranannya. Selain memastikan air tersebut bersih, kalau boleh gunakan air suam agar pori-pori wajah terbuka lebih besar. Tapi kalau tak de air suam, air biasa pon boleh. Pastikan seluruh muka terkena air ini, termasuk seluruh dahi hingga garis rambut.

Sapukan Beautee Gold Facial Scrub dengan gerakan memutar
Ambil sedikit scrub dan letakkan di tapak tangan kemudian percikkan air untuk membuatnya sedikit cair, dan jangan terlebih air pulak.

Lakukan urutan lembut semasa membersihkan wajah, mulakan dari bahagian sensitif di tulang pipi, dengan gerakan urutan memutar dari tulang pipi menuju dagu.

Jika bahagian bawah wajah sudah di scrub, teruskan dengan bahagian atas wajah. Lakukan urutan lembut dari dahi, jangan tertinggal pula bahagian batas rambut di kepala. Lakukan setiap bahagian selama satu minit untuk gerakan urutan ini.

Area yang mesti dibersihkan di antaranya dahi, dagu, pipi, dan hidung. Kerana pengeluaran minyak banyak tertumpu di area ini, dan merupakan sumber terhasilnya kulit mati yang menyebabkan jerawat dan masalah kulit yang lain.

Membilas sambil melakukan urutan

Membilas wajah dengan air sejuk lebih memudahkan membersihkan sisa scrub dan kotoran yang tersisa, kerana itu lakukan perlahan dan nikmati waktu membersih wajah ini agar wajah bersih sempurna dan tidak meninggalkan sabun muka.

Tepuk perlahan wajah dengan tuala yang lembut, namun jangan menggosok wajah dengan tuala terlalu keras. Kemudian dah kering dah boleh teruskan dengan pemakaian toner dan pelembab.

Menggunakan scrub untuk membersihkan wajah ada aturannya. Untuk kulit berminyak lakukan dua kali dalam seminggu. Manakala untuk kulit kering lakukan sekali setiap dua minggu. Mencuba berbagai jenis scrub untuk mencari yang paling sesuai bukan masalah.

Keistimewaan Beautee facial scrub ini ia sangat halus dan boleh digunakan setiap hari, muka kita akan menjadi halus dengan sekali pengunaan. Semestinya selepas mengunakannya, anda akan merasa teruja dengan kehalusan kulit anda.

Setiap kali kalau saya keluar rumah, kalau balik selalu terasa kat bahagian hidung ni macam banyak biji-biji halus, tapi balik aje saya mesti cuci muka dengan cleanser dan teruskan dengan beautee racial scrub.

Gold Facial Scrub RM 45

Gently scrub and massage the skin by the finest quality of jojoba beads. The new added pure Gold helps to condition your skin while scrubbing. Effectively remove skin excess dead cells, make your skin look radiance and smooth.

Direction
Wet face and neck, apply facial scrub on face and neck, gently scrub and massage, rince off throughly with water.

Ingredients
Aqua, Hydrogenated Jojoba beads, Glycerin, Butyl Glycol, Polysorbate-20, Hydrogenated Castor Oil, Pro-Vitamin B5, Charmomile Extract, Cucumber Extract, Bear Berry Extract, Carbomer, L-Arginine, Sodium EDTA, Lactose, Cellulose, Vitamin E, Vitamin C, Vitamin A, Gold, Fragrance, Diazolodinyl Urea IPBC.

Iklan

Tips ini dibawakan oleh Reamas Beauty Center terletak di no 13, Pusat Beli Belah Pandan Capital, (MPAJ) Pandan Indah.

Semua produk kecantikan yang dijual dibutik kecantikan ini adalah halal dan bebas dari unsur haiwan.

Semua harga yg ditawarkan adalah sangat berpatutan dan jauh lebih murah dari salun..

Untuk mendapatkan produk ini, sila hubungi Mas: 016-6224506

Pembayaran boleh dibuat secara online dan kad kredit sila email untuk payment request.

Layari:
http://masbeautee.blogspot.com
http://www.langsingdengansiy.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di An Evening With Sony Music

Arill Idola Kecil Tampil Single Duh Aduh