in ,

Tingkatkan Kegembiraan Tahun 2022 Dengan ‘BOWLS OF JOY’ JACK ‘n JILL Calbee

Hulur bantuan anda kepada mereka yang memerlukan sambil menikmati kerepek kentang yang lazat dan rangup JACK ‘n JILL Calbee untuk kegembiraan berganda!

 Dua tahun kebelakangan ini sememangnya mencabar untuk kebanyakkan rakyat Malaysia. Justeru, atas semangat #KitaJagaKita, JACK ‘n JILL Calbee ingin menjadikan Tahun Baru 2022 sebagai detik kebangkitan dan lebih bermakna untuk orang ramai dengan anjuran kempen ‘Bowls of Joy’ yang berlandaskan semangat kekitaan dan keraian.

Inisiatif unik ini akan menyaksikan jenama snek terkemuka ini menderma beras kepada golongan yang memerlukan bagi penggemar snek mereka dengan pembelian produk-produk JACK ‘n JILL Calbee bernilai RM12.

Matlamat kempen ‘Bowls of Joy’ adalah untuk menderma sejumlah 4,000kg beras kepada Food Aid Foundation Malaysia, sebuah NGO (badan bukan kerajaan) yang komited dalam mengurangkan pembaziran makanan selain membantu membasmi kelaparan dan masalah kekurangan zat makanan di Malaysia, khususnya yang melibatkan golongan B40.

Jnj Calbee Bowl Of Joy-A Board_20211028_Fa

Sebagai permulaan, URC Snack Foods, yang merupakan pengilang dan pengedar JACK ‘n JILL Calbee di Malaysia, akan menyumbang 1,000kg beras dan baki selebihnya akan dikumpul menerusi pembelian yang dilakukan oleh para penggemarnya di sepanjang tempoh kempen berlangsung.  

 “Satu perkara yang kita boleh ambil iktibar melalui pandemik ini adalah kita harus sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki dan bahawa setiap bantuan, walaupun sekecil mana pun, mampu membawa perbezaan yang ketara. Bagi kumpulan kurang bernasib baik di negara ini yang sudahpun dihimpit pelbagai kesukaran hidup sebelum pandemik, cabaran yang diharungi dalam dua tahun kebelakangan telah menambah kesulitan mereka.

Mereka yang sebelum ini hidup kais pagi, makan pagi pula kini juga menagih bantuan. Itulah sebabnya kami terpanggil untuk melaksanakan kempen ‘Bowls of Joy’ sebagai satu platform untuk para penggemar snek kami membantu rakyat Malaysia lain yang dalam kesusahan. Dengan berbelanja hanya RM12, penggemar snek kami akan dapat membantu mengurangkan beban golongan yang kurang bernasib baik. 

Pada masa yang sama, mereka juga berkesempatan untuk menebus satu ‘Joy Bowl’ edisi terhad dan menikmati snek JACK ‘n JILL Calbee kegemaran mereka. Diharapkan kempen unik ini akan dapat membawa keceriaan berganda buat kedua-dua penerima sumbangan kempen ini serta penggemar snek kami,” kata Maria Sarah Albert, Pengurus Besar URC Snack Foods Malaysia.

Kempen ‘Bowls of Joy’ akan berlangsung dari 1 Januari 2022 hingga 15 Februari 2022. Para penggemar snek yang menyertai akan menerima satu ‘Joy Bowl’ edisi terhad yang diinspirasikan oleh Patung Kokeshi Jepun.

Patung ini dianggap simbol yang membawa tuah kepada petani-petani Jepun yang percaya bahawa mereka akan menuai hasil yang lumayan jika bermain dengan patung comel tersebut. ‘Joy Bowl’ boleh didapati dalam tiga reka bentuk di mana setiap satu mangkuk nasi membawa maksud untuk sentiasa rasa bersyukur dalam hidup. 

Jnj Calbee X Food Aid Foundation - Bowls Of Joy Campaign Kick Off (1)

Cara menderma kepada ‘Bowls Of Joy’ adalah mudah dengan mengikuti dua langkah di bawah:

Langkah 1: Membuat pembelian produk JACK ‘n JILL Calbee bernilai RM12

Langkah 2: Tebus ‘Bowls of Joy’ edisi terhad yang mengandungi kod QR. Imbas kod tersebut untuk mendaftar butiran anda dan sumbangan beras akan dibuat bagi pihak anda oleh JACK ‘n JILL Calbee.

Sejak dilancarkan pada Januari 2019 sebagai usahasama antara pengilang JACK ‘n JILL URC Snack Foods Malaysia dan Calbee, antara pengilang utama kerepek kentang di Jepun, JACK ‘n JILL Calbee telah menjadi snek kegemaran bagi kebanyakkan isi rumah di Malaysia.

Kini, terdapat tiga varian perisa untuk dinikmati – Classic Salted (Garam Klasik), Smokey BBQ (Berbeku Salai) dan Flamin’ Chilli (Cili Berapi). Setiap daripadanya menjanjikan kepuasan melalui setiap gigitan dan kunyahan kerepek yang rangup dan penuh berperisa.

Untuk maklumat lanjut kaedah menyertai kempen ‘Bowls of Joy’, sila layari laman Facebook atau Instagram (@jacknjillcalbeemy) kami, atau layari laman web kami di www.urc.com.my.

#JACKnJILLCalbee
#JACKnJILLCalbeeBowlsOfJoy

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zamaera Trending

Kisah Peribadi Zamaera Dalam Mixtape ‘HEART BREAK TO HEAL’

2Bic Solo | 19

Sunway Pyramid Raikan Simbol Tuah & Kekeluargaan Sempena Tahun Baharu Cina Ini