in , ,

Timah Bercerita Tentang Crush Dalam Single Kedua Berjudul ELEH HE ELEH

Artis Paling Muda Rocketfuel Entertainment Kembali Dengan Single Kedua Dalam Genre Pop Moden Yang Comel!

Penyanyi cilik berbakat besar dan termuda di bawah naungan Rocketfuel Entertainment, Fatimah Noryyah Mohd. Noor Kosygin atau lebih mesra dengan sapaan Timah kembali menghiburkan rakyat Malaysia dengan single keduanya yang comel berjudul ‘ELEH HE ELEH’ hasil ciptaan barisan komposer ternama negara seperti Faizal Tahir, Glowrush, Acap Salim, Nick Ariff dan Shah Shamsiri.

“Macam mimpi rasanya apabila kini saya kembali dengan single kedua, tidak terasa setahun sudah berlalu setelah single pertama ‘Ceria’ dilancarkan. Mungkin single terdahulu tidak ‘seceria’ yang diharapkan kerana dikeluarkan ketika negara kita masih lagi dalam tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Bayangkanlah ketika itu semuanya dilakukan secara atas talian, dari perbincangan, ke proses rakaman sehinggalah sesi temubual, semuanya ‘online’!

“Namun perkara lalu sedikit pun tidak mematahkan semangat saya untuk terus menghasilkan single yang seterusnya, dan ELEH HE ELEH adalah hasil dari semangat juang saya yang sukakan bidang nyanyian,” kata penyanyi yang baru sahaja berusia 14 tahun ini.

Timah Bercerita Tentang Crush Dalam ‘ELEH HE ELEH’

Di usia yang masih muda, Timah sudah pun sibuk dengan pelbagai jadual seni dan turut menjadi sebahagian daripada program Astro Kasih ‘Walk For Education’ yang membantu pelajar sekolah di daerah pedalaman Sabah dan Sarawak.

“Sebagai artis muda, saya sedar betapa pentingnya pelajaran, jadi saya perlu seimbangkan di antara kedua-duanya. 

“Pihak Rocketfuel juga sangat berhati-hati dalam pemilihan lagu kerana di usia yang muda takkanlah saya hendak menyanyikan lagu tentang percintaan sahaja, macam tidak ‘kena’. Jadi  pihak Rocketfuel yang mencadangkan lagu ini kerana melodi dan liriknya sesuai dengan umur saya.,” seloroh Timah yang juga mahir bertutur dan menyanyi dalam Bahasa Mandarin.

ELEH HE ELEH bermaksud ekspresi pelbagai emosi yang sering kita tuturkan dalam kehidupan seharian oleh semua tidak mengira peringkat umur, sebagai contoh jika kita gembira, ketika marah atau apa-apa sahaja.

“Dalam lagu ini, maksudnya berbeza sedikit, ia menceritakan tentang seorang gadis yang malu-malu dengan ‘crush’ dan tertunggu-tunggu sama ada hendak disapanya atau tidak, ibarat cinta monyet di antara rakan sekolah.

Proses rakaman yang bertempat di Studio Faithful Music mengambil masa selama sebulan untuk disiapkan kerana terpaksa ditangguh beberapa kali atas sebab masalah kesihatan Timah yang kurang baik, “Sepanjang proses rakaman dijalankan, abang Rushdan (Glow Rush) banyak memberi dorongan pada saya untuk menyanyi dengan lebih baik kerana energi yang dimilikinya tidak kenal erti penat membuat saya bersemangat untuk berikan yang terbaik, jadi memang ‘best’ bekerja dengan dia!”

Sebagai penyanyi yang masih muda, perjalanan seni Timah ternyata jauh dan baginya banyak yang perlu ditempuhi untuk menjadi penyanyi berjaya suatu hari nanti, katanya meluah perasaan, “Saya masih lagi tercari-cari identiti sebenar sebagai penyanyi, yalah usia masih lagi 14 tahun dan bermacam-macam genre ingin saya cuba.

“Cabaran utama penyanyi muda seperti saya adalah membahagikan masa di antara pelajaran dan kerjaya nyanyian serta untuk berdiri setanding penyanyi-penyanyi lain yang ‘establish’ di Malaysia. Namun begitu saya perlu terus berusaha demi memantapkan diri sebagai seorang artis, salah satunya adalah dengan menghadiri kelas vokal dengan guru profesional sebagai persediaan masa hadapan.

Ulas Encik Feros Sayna, selaku Ketua Rocketfuel Entertainment, “Timah adalah artis paling muda Rocketfuel dan potensi yang dimilikinya sebagai artis sangat besar. Saya percaya suatu hari nanti Timah mampu berdiri sebaris dengan artis-artis lain di Malaysia. Semoga lagu ELEH HE ELEH menjadikan Timah lebih dikenali dan mendapat tempat di hati pendengar muzik.

Timah Bercerita Tentang Crush Dalam ‘ELEH HE ELEH’

Kata Timah: “Semoga lagu ini dikenali bukan sahaja di Malaysia, bahkan di Indonesia, Singapura dan juga Brunei, serta menjadi bualan dan siulan remaja seusia saya dan juga semua orang.

Lagu ‘ELEH HE ELEH’ boleh di strim di semua pelantar digital kegemaran seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox, Deezer dan juga boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi mana-mana syarikat telekomunikasi tempatan 

Manakala video muziknya (MV) pula boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Rocketfuel Network.

Lirik Eleh He Eleh – Timah


Lagu: GlowRush (Faithful Publishing), Nick Ariff (Faithful Publishing), Acap Salim (Faithful Publishing), Faizal Tahir (Faithful Publishing)
Lyric: Shah Shamsiri, Acap Salim (Faithful Publishing), GlowRush (Faithful Publishing), Nick Ariff (Faithful Publishing)

Producer: GlowRush
Mix: GlowRush
Master: Felix Voon
Rushdan Ashri – Keyboard, Bass, Drum
Nik Muhammad Arif – Guitar, Synth, Percussion

Verse 1:
Ku tahu kau pandang diriku oh, Tapi ku buat tak tahu
I pretend that i don’t notice you oh, As you check me out head to toe.

Apa mungkin maksudmu
Melihat Aku begitu
Is there something I can do
To make some of your dreams come true

Pre chorus:
Bila kau pandang hati berdebar, Ku makin lama minda terleka Bila kau senyum ku jadi kaku, Buatku malu your my baby boo

CHORUS:
Ku tahu kau lihat ku tapi ku buat-buat tak tahu …

DROP:
Eleh he eleh eh eh eh eleh x4

Post Chorus
Eleh eleh he eleh, Eleh eleh he eleh Eleh he eleh, Eleh he eleh

Verse 2:
Ku tahu kau pandang aku
Tapi aku buat tak tahu
And I pretend that i don’t see you As you try to check me out too

Ulang pre-chorus, after 2nd chorus straight to 3rd chorus

CHORUS 3RD
Ku tahu kau lihat ku tapi ku buat-buat tak tahu …

MUSIC DROP:
Eleh he eleh eh eh eh eleh x4

Outro:

Eleh eleh he eleh, Eleh eleh he eleh Eleh he eleh

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SugarBomb

Bermula Dari Belakang Rumah Kini SugarBomb Lebar Sayap ke Indonesia

Wah! Neelofa Akan Dedah Wajah Anak Sulungnya Bilal Tak Lama Lagi