in , ,

Tilmiz Saifullah & Tilmizah Nazirah Gagal Ke Peringkat Akhir Akademi Qurra’

Tilmiz Saifullah dan Tilmizah Nazirah tidak dapat menahan air mata apabila diumumkan tersingkir pada peringkat separuh akhir program Akademi Qurra’ yang ditayangkan di TV Alhijrah, semalam.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan lima lagi peserta mara ke pentas akhir. Mereka terdiri daripada Tilmizah Maghfirah; Tilmiz Akasyah; Tilmizah Nooraini; Tilmiz Zuhdi dan Tilmiz Fahmi.

Tilmizah Nazirah, 24, atau nama sebenarnya Nurnazhirah Shaharudin berkata, dia terlalu sedih kerana terpaksa meninggalkan Akademi Qurra’.

Tilmiz Saifullah, Tilmizah Nazirah Gagal Ke Peringkat Akhir Akademi Qurra'

“Alhamdulillah, saya dapat peluang hingga ke peringkat separuh akhir, apatah lagi sebelum ini banyak kali di kedudukan bawah. Sejujurnya, saya sudah ‘all out’ dan buat yang terbaik. Saya fikir, kalau tersingkir tidak mengapa kerana sudah usaha yang terbaik.

“Saya terlalu sedih tinggalkan Akademi Qurra’. Kedua, air mata syukur sebab dalam kumpulan saya tinggal saya dan Fahmi saja. Saya memang berdoa supaya dia dapat ke akhir, Potensi dia tinggi dan lebih besar,” katanya.

Tilmiz Saifullah, Tilmizah Nazirah Gagal Ke Peringkat Akhir Akademi Qurra'

Nazirah berkata, dia akur atas keputusan juri selain mengakui kesilapan dibuat.

“Bila ada kesilapan, saya berasakan peluang ke akhir tipis. Malah, kalau tersingkir pun sudah jangka juga.

“Sebenarnya, dari awal lagi tak jangka akan terpilih menyertai program ini hingga mara ke separuh akhir. Awalnya saya hanya tahu dua jenis taranum saja, tapi sekarang sudah banyak,” katanya.

Tilmiz Saifullah, Tilmizah Nazirah Gagal Ke Peringkat Akhir Akademi Qurra'

Sementara itu, Tilmiz Saifullah, 19, atau nama sebenarnya Saifullah Khanip Rofli berkata, dia berasa sedih kerana gagal menunaikan impian ibunya.

“Dari awal lagi saya memang menyasarkan kelal hingga ke akhir. Kedua ibu bapa dan rakan-rakan pun memberikan harapan besar. Jadi, apabila tersingkir itu yang saya tak dapat menahan air mata. Saya beranggapan gagal tunaikan janji pada mak,” katanya.

Tilmiz Saifullah, Tilmizah Nazirah Gagal Ke Peringkat Akhir Akademi Qurra'

Ketua Juri, Ustaz Tarmizi Abdul Rahman berkata, dia bersama juri lain tidak boleh berkompromi soal kesalahan bacaan.

“Antara tujuh peserta, saya sudah ada gambaran dan perkembangan mereka. Macam Saifullah dan Nazirah, taranum mereka agak bahaya, tapi bila dua kesalahan besar dibuat tanpa sengaja dan sedar oleh Saifullah, ia menguji amanah saya pada al-Quran.

“Bila tanya pada kedua-dua juri, mereka seolah-olah kejutkan saya yang mana satu kesalahan besar apabila membaca dengan kesalahan huruf. Kesalahan sebegini tak boleh dimaafkan,” katanya.

Tilmiz Saifullah, Tilmizah Nazirah Gagal Ke Peringkat Akhir Akademi Qurra'

Pada peringkat separuh akhir, Tilmizah Maghfirah mendapat Anugerah Alunan Terindah.

Tilmiz Saifullah, Tilmizah Nazirah Gagal Ke Peringkat Akhir Akademi Qurra'

Pentas akhir Akademi Qurra’ akan dihoskan oleh Fakhrul UNIC, disiarkan pada 18 Mac ini, jam 9 malam dan diadili sepenuhnya oleh juri tetap iaitu Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman, Qari Muhammad Qayyim Nizar dan juri jemputan.

Sementara Mudarris dan Mudarrisah yang menjadi tulang belakang membimbing semua peserta pula ialah Ustaz Ammar Mukhlis, Ustazah Farhatul Fairuzah dan Ustazah Sofizah Mousin.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ADRIANNA CINTA

Selalu Bikin Cover, Adrianna Cinta Kini Tampil Dengan Single Berjudul SAYANG

KEKASIH by The Melvins

KEKASIH by The Melvins, Cipta Hiburan Dalam Dunia Kosmetik