in , ,

Ryan Bakery Bersyukur Bolosi Tiga Pencalonan Awal ABPBH Ke 35

Selebriti TikTok, Ryan Bakery tidak menyangka saat mengetahui namanya berjaya membolosi pencalonan awal Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, tahun ini.

Buat pertama kali tercalon dalam ABPBH, Ryan Bakery meluahkan rasa bersyukur dan menganggap ia sebagai pencetus semangat dalam menghasilkan kandungan lebih kreatif.

“Alhamdulilah, dah tercalon pun dah seronok dah. Kalau menang pun lagi lah seronok. Doa-doakan lah!”- 

– Ryan Bakery

Bertanya bagaimana perancangan untuk mendapatkan undian, Ryan sempat berjenaka dengan memberitahu dia akan menyediakan manisfesto kepada peminatnya bermula hari ini.

“Kalau saya dah tercalon hari ini, saya dah mula buat manisfesto selepas ini”- katanya dengan nada bergurau ketika ditemui pada majlis pelancaran ABPBH 35 di Stesen Kereta Api Kuala Lumpur, di sini, malam ini.

Terdahulu, pemenang Anugerah Digital Content Creator Tergempak Gempak Most Wanted Awards 2022 (GMWA 2022) itu tersenarai sebagai 20 calon yang memberi saingan dalam kategori TikTokers Popular, Video Viral Popular dan Content Creator Popular.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ABPBH

ABPBH 35 Angkat Tema Ekspresi Legasi Seni, Ini Senarai Penuh Calon Top 20

COLDPLAY

Harga Tiket Konsert Coldplay Semahal RM3,088 Jadi Bualan Netizen