in , ,

TikTok & Universal Music Malaysia Untuk Membawakan Kecoh Raya Kepada Rakyat Malaysia

Sekumpulan artis tempatan merakamkan lagu Raya untuk menyalakan semangat perayaan bersama dengan pelancaran cabaran #KecohRayaTikTok

TikTok, destinasi utama untuk video mudah alih bentuk pendek, hari ini mengumumkan pelancaran lagu Raya yang menarik dengan kerjasama Universal Music Malaysia dan Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd. Dikenali sebagai Kecoh Raya, lagu penuh semangat itu disertai dengan cabaran hashtag baru (#KecohRayaTikTok) untuk mendorong rakyat Malaysia untuk menikmati lagu itu bersama-sama sempena musim perayaan ini.

Tidak dapat dinafikan, Raya adalah salah satu perayaan terbesar di Malaysia, dengan ramai yang merayakannya penuh kesyukuran dengan kepulangan, pengampunan serta perdamaian. Sebagai kali kedua meraikan majlis penuh kegembiraan dalam keadaan norma baharu, TikTok Kecoh Raya adalah usaha jenama untuk membawakan kembali kenangan manis semangat Raya yang penuh keriuhan di TikTok. Dengan sekumpulan artis tempatan yang menyuntik kekuatan, Kecoh Raya adalah lagu penuh berbentuk perayaan yang akan dilancarkan di semua peranti penstriminan digital pada 7 Mei 2021.

Kecoh Raya - Wide

“Pengalaman Hari Raya, bersama dengan musim perayaan utama lain di negara ini telah berkembang secara digital sepanjang tahun lalu dan media sosial telah membantu memastikan rakan dan keluarga tetap terhubung untuk perayaan digital. Selain menghubungkan orang untuk pengalaman interaktif, TikTok telah memainkan peranan penting dalam memastikan ramai tetap terhibur dan terdidik.  Untuk terus memanfaatkan potensi dan kekuatan platform TikTok, kami dengan senang hati bekerjasama dengan Universal Music Malaysia dan RocketFuel Entertainment Sdn Bhd sempena Raya 2021 untuk #KecohRayaTikTok,” kata Loh Kai Zhi, Pengurus Pemasaran Kanan Wilayah SEA, TikTok.

Kecoh Raya TikTok menampilkan Alvin Chong, Diana Danielle dan Kowachee dari Universal Music Malaysia, USOP dan Ara Johari dari Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd, Daniel dan Zahier dari ERA dan Izzryn dari TikTok. Kesemua artis dapat dilihat memberikan sepenuh jiwa raga dalam video muzik yang kini boleh didapati di laman YouTube TikTok dan Universal Music Malaysia. Lagu ini juga akan dimainkan di stesen radio ERA, jadi ada peluang untuk anda dapat mendengar lagu ceria ini sewaktu dalam perjalanan anda untuk bekerja!

“Kecoh Raya sangat sesuai untuk TikTok kerana ia adalah lagu penuh semangat dan sangat menarik. Sebilangan besar lagu Raya yang pernah kita dengar lebih melankolik, orang bercerita tentang bagaimana mereka tidak dapat bersama ahli keluarga mereka untuk menyambut lebaran. Namun, Kecoh Raya menampilkan suasana Raya yang ceria, yang dapat menyuntik elemen positif serta kegembiraan kepada pendengar. Saya harap anda semua akan terhibur menikmatinya! ” kata Alvin.

Alvin Chong

Salah seorang artis yang ditampilkan, Kowachee, menyatakan “Ini adalah pengalaman baru buat saya, kerana saya berpeluang menyanyi dan bukan sekadar rap sahaja. Penggambaran video muzik itu juga menyeronokkan serta mengujakan, kerana ada artis Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd dan Universal Music Malaysia serta pencipta kandungan TikTok. Saya suka bekerja dengan mereka, kami rasa seronok! “

“Ia membawa getaran berbeza yang jarang berlaku, dan saya perlu menari sewaktu penggambaran video muzik ini dilakukan. Ia menyeronokkan! Saya berasa bersyukur kerana berpeluang bekerja dengan artis-artis lain. Mereka hebat! “Usop menambah.

“Ia seperti hembusan udara segar untuk lagu Raya moden. Liriknya cukup mudah untuk pendengar ingati, dan sangat seronok bekerja dengan artis lain. Kami bertukar pendapat dan sudut pandangan, yang mana kebanyakannya positif” kata Daniel Zaini. Pasangannya, Zahier Yusoff dari ERA menyatakan harapannya agar pendengar dapat menikmati keseronokan sewaktu mendengarkan lagu, ini “mari kita tinggalkan semua kesedihan dan hiduplah pada saat ini bersama-sama!”.

Danial Zaini

Untuk menambahkan keseronokan, cabaran #KecohRayaTikTok, anjuran bersama Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd dan Universal Music Malaysia, mendorong semua orang untuk bersama-sama menyanyikan lagu ini di mana video Raya yang dihasilkan paling kreatif dan kecoh berpeluang memenangi iPhone 12 256GB dan baucer Raya bernilai RM500. Banyak lagi hadiah boleh diraih termasuklah Apple Watch, Apple Airpods dan baucar Raya eksklusif. Kempen yang bertujuan menyatukan semua orang sekalipun berjauhan ini berlangsung dari 7 hingga 23 Mei 2021.

Dalam pada itu, TikTok juga memperkenalkan kempen rujukan dalam aplikasi yang digelar TikTok TREATS untuk memberi penghargaan kepada komuniti TikTok atas penyertaan dan kreativiti mereka sambil berfungsi sebagai platform untuk mempamerkan jenama rakan kongsi. Dengan TikTok TREATS, jenama dapat meningkatkan keterlihatan mereka dengan memaparkan produk mereka dan pengguna dapat mengumpulkan mata dengan terlibat dengan jenama dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti kempen yang diadakan di TikTok. Mata yang terkumpul dapat ditebus sebagai e-baucar bernilai sehingga RM300 setiap hari dari jenama yang mengambil bahagian, menjadikan kempen ini sebagai hadiah untuk pengguna dan rakan kongsi.

Muat turun atau buka aplikasi TikTok sekarang untuk mendengar #KecohRaya atau dapatkan maklumat lanjut mengenai TikTok TREATS

TikTok boleh didapati  secara percuma di iOS dan Android melalui Apple Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Raikan Hari Raya Aidilfitri Dengan Pelbagai Hiburan & Hadiah Menarik Melalui JOOX Buzz!

Tiga Kali Perkahwinan Berakhir dengan Perceraian, Fiza Elite Redha Jodoh Tak Panjang