in , ,

TikTok Meraikan Komuniti & Keaslian Identiti Menerusi #InspirasiRaya

TikTok, destinasi utama untuk video pendek mudah alih, menghimpunkan pencipta kandungan daripada komuniti TikTok Malaysia pada malam penuh inspirasi dan keraian di acara #InspirasiRaya pada 11 Mei 2023.

“TikTok adalah platform yang sungguh mengasyikkan dan menghiburkan yang membolehkan pengguna berhubung dengan pelbagai lapisan komuniti. Semasa musim Ramadan dan Raya, kami dapati komuniti TikTok saling memberi inspirasi melalui penggunaan tanda pagar #InspirasiRamadan dan #InspirasiRaya yang mencatatkan lebih 6.5 bilion tontonan secara kolektif setakat hari ini. Kami percaya dengan kepelbagaian pengalaman, komuniti dan kandungan, pengguna dapat menjalin hubungan serta persefahaman antara satu sama lain menerusi perkongsian video, bukan pada musim perayaan sahaja. Oleh itu, dengan penganjuran Rumah Terbuka #InspirasiRaya ini, kami amat berbesar hati kerana dapat menghimpunkan komuniti TikTok, terutamanya pencipta kandungan, untuk meraikan kepelbagaian serta menggalakkan mereka untuk terus memberi inspirasi kepada komuniti menerusi keaslian identiti dan pengalaman mereka,” kata Darren Quek, Pengurus Operasi Strategi, Malaysia, TikTok.

TikTok Meraikan Komuniti, Kreativiti dan Keaslian Identiti Menerusi #InspirasiRaya

Semasa acara tersebut, para tetamu dihiburkan dengan persembahan daripada artis tempatan seperti The Gadys, Insomniacks, Aziz Harun, Iman Troye, Hafiz Along, Gary dan Hannanxal, yang mana kesemua mereka berjaya membina nama di platform TikTok dengan mencipta kandungan dan berhubung bersama komuniti serta peminat mereka.

Sebagai platform yang mengutamakan komunitinya, TikTok komited untuk membangkitkan inspirasi dan membawakan kegembiraan.

Matlamat ini berjaya dicapai bukan sahaja menerusi pengguna yang menonton dan berinteraksi dengan pelbagai jenis kandungan, tetapi juga pencipta kandungan yang berkongsi kehidupan mereka di platform TikTok.

Hal ini dapat dilihat terutamanya pada kandungan video yang dihasilkan sempena musim perayaan seperti video ‘30 hari resipi Raya’ oleh Khairul Aming dan ‘30 Hari 30 Purple’ oleh Auntie Purple.

TikTok Meraikan Komuniti, Kreativiti dan Keaslian Identiti Menerusi #InspirasiRaya

Selain video, TikTok Shop juga menyaksikan lonjakan aktiviti semasa musim Ramadan dan Raya, terutamanya semasa Mega Raya Fest 2023.

Pada acara jualan LANGSUNG pertama TikTok Shop ini yang mana para penjual menjalankan perniagaan di acara fizikal, lebih 300 penjual menonjolkan pelbagai pendekatan dalam penstriman langsung mereka, sambil penjual lain menyaksikan sendiri betapa mudahnya untuk menjana trafik yang luar biasa di TikTok dengan bajet yang berpatutan. Ketahui lebih lanjut mengenai pengalaman pencipta kandungan utama TikTok Shop di sini.

Muat turun atau layari aplikasi TikTok hari ini untuk melihat sorotan acara daripada Rumah Terbuka #InspirasiRaya TikTok serta ikuti akaun pencipta kandungan tempatan yang terkemuka seperti @khairulaming, @dearcarynn, @imantroye, @auntiepurple248, @hafizalonggs, dan ramai lagi! TikTok tersedia secara percuma pada iOS dan Android di Apple Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.

TikTok Meraikan Komuniti, Kreativiti dan Keaslian Identiti Menerusi #InspirasiRaya

Mengenai TikTok

TikTok adalah destinasi utama untuk video pendek mudah alih. Misi kami adalah untuk mencetuskan inspirasi dan membawakan kegembiraan. TikTok mempunyai pejabat global termasuk di Los Angeles, New York, London, Paris, Berlin, Dubai, Mumbai, Singapura, Jakarta, Seoul dan Tokyo. www.tiktok.com.

TikTok Meraikan Komuniti, Kreativiti dan Keaslian Identiti Menerusi #InspirasiRaya

Petikan kenyataan oleh Pencipta Kandungan

Mengetengahkan konsep memupuk komuniti dengan minat yang sama di TikTok, Khairul Aming, pencipta resipi terkenal di TikTok berkongsi, “Mencari komuniti di TikTok merupakan satu pengalaman yang mengujakan bagi saya. Bermula daripada menonton video resipi hingga berkongsi video saya sendiri, kini saya mempunyai sebuah komuniti yang berkongsi minat yang sama dan sentiasa memberi inspirasi kepada saya untuk mencipta resipi dan video yang unik daripada interaksi serta video yang mereka hasilkan. Saya berharap melalui video resipi, saya dapat terus memberi inspirasi kepada orang lain untuk menguasai kemahiran baharu dan mencuba hidangan baharu.”

Petikan kenyataan oleh Penjual di TikTok Shop

“Sebagai pemilik jenama fesyen Muslimah dan penjual di TikTok Shop, saya bersyukur dengan kehadiran TikTok Shop di Malaysia. Menerusi kempen #InspirasiRaya yang diadakan pada tahun ini, inisitaif tersebut telah membantu jenama saya untuk meraih perhatian pelanggan sepanjang tempoh Ramadan dan Raya. Platform ini juga menyediakan banyak peluang untuk saya menzahirkan kreativiti, mempamerkan produk jualan dan berhubung dengan pelanggan. Saya amat terharu apabila melihat jenama sendiri dapat membantu komuniti meraikan musim ini dengan bergaya,” ujar  Dear Carynn, penjual di TikTok Shop dan pemilik jenama fesyen Muslimah. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

GLAMPING SELANGOR TRAVEL

Enam Lokasi Percutian Menarik Yang Sesuai Untuk Meraikan Hari Ibu

Temubual Eksklusif Bersama Afieq Shazwan di Pelancaran ABPBH 35