in , ,

Tiket Konsert Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019 Laris

Sebanyak 75% Tiket Konsert Inspirasi Afgan Live Di Kuala Lumpur 2019 Telah Laris Dijual

Kurang dua bulan dari konsert Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019, namun sebanyak 75% tiket konsert telah terjual! Itulah penangan penyanyi terkemuka dari Indonesia, Afgan atau nama sebenar Afgansyah Reza yang bakal kembali ke Kuala Lumpur untuk mengadakan konsert Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019 yang turut menampilkan Dato’ Shiela Majid pada 5 Oktober 2019 (Sabtu), 8.30 malam bertempat di HGH Convention Centre, Kuala Lumpur.

Afgan

Selepas kejayaan mengadakan siri Konsert DEKADE di Malaysia tahun lalu dan di Indonesia awal bulan ini, penyanyi kelahiran Jakarta ini menjanjikan kelainan dari konsert yang pernahdiadakan sebelum ini.

“Konsert ini berkisar mengenai sumber inspirasi dalam kerjaya seni saya selama ini dan diharap ianya dapat menaikkan semangat penonton untuk terus berusaha dalam mencapai apa yang diimpikan dalam hidup.

Selain itu, konsert ini cukup istimewa dengan kehadiran idola saya Dato’ Shiela Majid dan ia merupakan satu penghormatan dan impian saya untuk mengadakan persembahan bersama beliau khususnya buat peminat di Malaysia”, kataAfgan.

Manakala bagi Dato’ Shiela Majid, “Afgan merupakan antara penyanyi lelaki yang cukup berbakat dan pencapaian beliau sepanjang lebih 11 tahun di industri muzik amat membanggakan”.

Gabungan dua penyanyi tersohor Indonesia dan Malaysia ini pasti memberi satu energi luar biasa dan kepuasan kepada peminat muzik tanah air.

Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019 merupakan konsert terakhir Afgan sebelum beliau berehat seketika dari industri muzik setelah hampir 11 tahun berkarya tanpa henti dan ini memberi peluang buat beliau untuk menghasilkan karya lebih segar di masa hadapan.

Keputusan untuk menganjurkan konsert pelantun lagu Terima Kasih Cinta ini dianggap pilihan yang tepat bagi Popcorn Studio Sdn Bhd kerana semenjak tahun 2015 hampir setiap tahun Afgan mengadakan konsert berskala besar di Malaysia.

“Afgan merupakan nama besar dalam industri muzik di rantau Asia dan ini dapat dilihat menerusikekuatan populariti dan permintaan tinggi khususnya dari peminat muzik di Malaysia.

Ini juga terbukti apabila tiket yang mula dijual pada 25 Jun 2019 kini hampir 75% telah laris dijual. Justeru itu, peminat Afgan jangan ketinggalan mendapatkan tiket ke konsert ini,”

– Erik Ong, KetuaPegawai Eksekutif Popcorn Studio Sdn Bhd

Popcorn Studio Sdn Bhd juga telah menganjurkan tiga peraduan menerusi media sosial buatpeminat setia Afgan iaitu “Tag & Win” (2 tiket VIP), Smule “Bintang Inspirasi” (2 tiket Gold dan berpeluang bertemu Afgan) dan “Tag & Share” (2 tiket Silver) dan sambutan yang diterima amat menggalakkan.

Afgan

Selain Popcorn Studio Sdn Bhd, konsert ini turut mendapat tajaan dan kerjasama dari HGH Convention Centre, Durian King TTDI, Ganad, Redbox dan Greenbox.

Peminat Afgan masih belum terlambat untuk mendapatkan tiket konsert dengan melayari: https://proticket.com.my/inspirasi2019-afganliveinkualalumpur/ 

Tiket dijual pada harga RM299 (Silver), RM399 (Gold), RM599 (VIP) dan RM1200 (Royal Box) dan pembeli tiket Royal Box bakal menerima pas Meet and Greet dan minuman ringan sebelum konsert.

Konsert Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019 bakal memberikan satu kepuasan dankolaborasi beliau bersama Dato’ Shiela Majid amat dinantikan para peminat muzik di Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Dapatkan segera tiket konsert Inspirasi Afgan Live di Kuala Lumpur 2019 untuk menyaksikan sebuah persembahan yang bakal meninggalkan momen manis dan indah buat semua!

Afgan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Pelakon Popular Jayakan All Stars Buka Panggung

OPPO Appoints Presidents of Global Sales & Global Marketing