in , ,

Tiga Suami Orang Usahakan DARRA WHITE

Pandemik COVID-19 melanda dunia sejak lebih setahun lalu meragut kebahagiaan ramai insan. Hingga ada yang terputus rezeki dan lebih memeritkan ramai hilang pekerjaan.

Bagaimanapun, di sebalik ujian besar itu, tersimpan hikmah berharga apabila ada yang bangkit meneruskan survival sekali gus jadi kuat menolak ketepi pergelutan hidup.

Kehadiran produk makanan tambahan, Darra White keluaran Nuraz Naila Trading di pasaran sekitar lima bulan lalu umpama ‘penyelamat’ dan pembuka pintu rezeki kepada insan di luar sana.

Pemilik rangkaian produk berkenaan sendiri memanjat kesyukuran kerana usaha dipanjangkannya melalui pemasaran produk organik serta kaya vitamin C dan E itu menyuntik semangat baru dan senyuman buat ramai orang.

Tiga Suami Orang Usahakan Darra White

Terutama kisah inspirasi tiga pengedar produk berkenaan berstatus suami orang, Mohd Hafizi Haris, Rahmatullah Samshuddin dan Khairul Abror Rodzay yang sama sama berganding bahu memajukan jenama baru itu berpangkalan di Jitra, Kedah.

Mohd Hafizi berkata dia dan dua lagi pengedar berkawan baik sejak setahun lalu.

“Kami masing masing berdepan pelbagai liku hidup sebelum akhirnya bertemu dan berkongsi minat yang sama iaitu dalam cabang perniagaan.

“Ikutkan selok belok berniaga ini saya minat sudah lama. Cuma biasalah ada kala nasib dan rezeki tak menyebelahi saya. Saya pernah meniaga air jus di tepi jalan sekitar hujung tahun 2016 selepas berhenti kerja di sebuah kolej swasta di Perlis.

“Jualan air pada awalnya agak memberangsangkan. Namun lama kelamaan jualan merudum. Hutang pun makin bertambah. Malah saya mula mencari peluang lain untuk menambah pendapatan,”

– Mohd Hafizi

Dipendekkan cerita, jodoh Mohd Hafizi dengan produk Darra White serasi.

“Selepas enam bulan bekerja keras dengan jenama itu, saya mula menjana pendapatan dan terus melonjak naik hari demi hari. Ia berjaya mengubah kehidupan saya dan berjaya menjana pendapatan hampir enam angka dalam tempoh sebulan.

“Setakat ini sudah 300 lebih agen berjaya direkrut. Jadi kami mahu buka peluang ini kepada yang lain untuk sama sama turut serta,”

– Mohd Hafizi

Khairul Abror berasal dari Pokok Sena, Kedah pula pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang Syariah Perundangan di Mesir selama empat tahun.

“Saya mula berniaga dan meminati cabang berkenaan sejak zaman belajar lagi. Saya tak menyesali membuat pilihan untuk teruskan berniaga dan berhenti belajar pada tahun keempat belajar di Mesir.

“Saya nekad berhenti belajar untuk menceburi bidang perniagaan secara sepenuh masa. Bahkan saya pernah cuba pelbagai cabang perniagaan, tapi ada yang kurang menjadi. Pernah juga sesekali terlintas untuk mengalah,” kata jejaka dari Pokok Sena, Kedah itu

– Khairul Abror
Tiga Suami Orang Usahakan Darra White

Tapi siapa sangka, kehidupan mula berubah selepas diperkenalkan dengan Darra White.

“Saya bagai beroleh semangat baru saat taraf kehidupan mula berubah. Namun kami tak mahu tamak dengan nikmat itu, sebaliknya nak wujudkan ramai peniaga yang mampu untuk memegang angka pendapatan dari puluhan hingga ke ribuan ringgit setiap bulan.

“Dan paling penting bebas masalah kewangan. Kami juga mahu bantu peniaga lain dari putus asa dalam berniaga,” katanya.

– Khairul Abror

Sementara itu, Rahmatullah Samahuddin dari Gurun, Kedah pula berasal daripada graduan dalam bidang kejuruteraan mekanikal yang beralih angin ke dunia niaga.

“Selepas tamat pengajian, saya mula bekerja di Kuala Lumpur pada penghujung tahun 2010 sebagai juruteknik. Malah saya pernah beberapa kali bertukar tempat kerja. Saya merantau dan bekerja di KL hampir sembilan tahun.

“Selama tempoh itu juga saya boros dan tak menyimpan duit. Tahun lalu, dunia dikejutkan dengan pandemik COVID-19, masalah kewangan saya menjadi kritikal. Malah majikan turut memotong separuh gaji kerana keadaan memaksa,”

– Rahmatullah Samahuddin
Tiga Suami Orang Usahakan Darra White

Rahmatullah sekali lagi membuat keputusan besar dalam hidupnya untuk berhenti kerja tetap dan mencuba nasib dalam perniagaan.

“Macam macam kerja berniaga saya cuba. Tapi perkenalan dengan Darra White mengubah takdir hidup saya.

“Dengan hanya bermodalkan wang baki hasil pekerjaan terdahulu, saya mengorak langkah dengan bermula sebagai agen. Hasil kerja keras dan usaha yang tidak pernah putus asa kini saya berjaya menjana pendapatan enam angka. Sasaran akhir tahun ini memang nak ada 50 usahawan baru di bawah saya,”

– Rahmatullah Samahuddin

Nak ubah nasib hidup anda boleh ke Instagram @darra_white_hq atau kliksini.my/darrawhite

https://www.instagram.com/darra_white_hq/

https://www.instagram.com/darawhite_hq/

https://www.instagram.com/darrawhite_original/

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Asad Motawh | 23

As’ad Motawh, Leona Azhar, XILY & DJ Soda Bergabung dalam Single POTATO

Hairul Azreen | 24

Hanis Zalikha & Hairul Azreen Bercuti Naik Helikopter Curi Perhatian