in ,

Tiga Sebab Kenapa Anda Perlu Miliki JETTA dari Volkswagen

Mungkin entri ini dapat membantu anda yang berminat nak beli kereta idaman JETTA dari Volkswagen. Budiey gariskan tiga elemen menarik perhatian untuk anda terus beli kereta ini.

Dari dulu sampai sekarang, isu kemalangan jalan raya sentiasa jadi trending di media sosial. Tambahan pula, beberapa bulan lagi nak puasa dan kita akan beraya. Nanti semua orang berlumba-lumba nak balik kampung sampai mereka terlupa untuk berhati-hati dan memandu dengan berhemah di jalan raya. Mungkin mereka terlupa, malang tak berbau. Apa-apa pun boleh berlaku, ye dok?

Budiey rasa, segalanya terletak kepada kita dan juga ciri-ciri keselamatan pada kereta. Itu pentingnya, kereta kita kena ada ciri-ciri keselamatan. Biasanya sebelum raya, masa macam ni lah ramai yang tengah cari dan beli kereta baru.

Jetta

Cakap pasal ciri-ciri keselamatan, masuk ni dah tiga kali Budiey pergi usha kereta kat showroom Volkswagen semata-mata nak uji sejauh mana kereta keluaran Volkswagen ni di mana Jetta mempunyai 6 airbags, Electronic Stability Control dengan hill-hold support dan juga Rain sensor on windshield. Yelah sebelum beli tu, kita kena uji dulu best ke tidak kereta yang kita nak beli tu kan? Jangan main sedap hati nak beli je.

Perhati punya perhati, nampaknya Budiey pilih Jetta. Korang nak tahu tak sebab kenapa Budiey suka Jetta? Baik Budiey berterus terang je kat sini…

1. Performance – 1.4L TSI Engine works with its 7-speed DSG to get you from 0-100km/h in 8.3 seconds

2. Fuel efficiency – one of the best in its class with 16.7km/litre

3. Selesa dan luas. Ciri ini juga menampakkan jiwa Budiey rasa lebih muda huhu… walaupun dah 40 tahun! di mana ruang bonet belakang boleh mengisi 510 litres dan rekaan dalaman yang cukup luas ya.

Jetta

Selain sebab musabab kat atas tu, Budiey nak tambah sikit info tentang kereta ini selepas sesi pandu uji hari tu bersama Cyrill. Kereta VW Jetta Edisi Sport sememangnya ada penampilan yang lebih baik. Walaupun sebenarnya sangat ringkas pada pandangan kasar Budiey, kereta ni sangat kemas sebenarnya. Memang compact dan sejuk je mata memandang.

Ditambah dengan kit badan yang lebih bergaya menambahkan lagi imej sporty Jetta. Kalau sporty tu, tak sah kalau tidak ada aerokit tulen daripada Volkswagen ZubehPoundr yang merangkumi spoiler depan sisi, bahagian bawah belakang dan spoiler kecil pada but belakang.

Balik Kampung Tanjung Tualang Dengan Jetta

Menurut apa yang Budiey baca kat internet, Jetta Edisi Terhad itu masih dibekalkan dengan enjin 1.4 liter TSI yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 160 PS dengan tork mencecah 240 Nm. Enjin ini turut ditemui pada Golf MK6.

Apabila bercerita soal jana kuasa keluaran Volkswagen sebenarnya tidak pernah membosankan dan kehilangan tenaga. Cukup terkenal dengan teknologi mereka, enjin TSI memberikan penghantaran kuasa yang lancar tanpa kehadiran lengahan kuasa pada awal pecutan.

Dengan transmisi ‘Direct Shift Gearbox’ (DSG) tujuh kelajuan cukup membantu Jetta meluncur laju di lebuh raya dan mencapai kelajuan 180 kilometer sejam (km/j) bukan satu masalah. Penghantaran kuasa berlangsung dengan lancar. Mungkin sebab itulah kereta ini memang cukup praktikal dan versatile.

Lebih mengagumkan, tahap penggunaan petrol cukup menjimatkan dengan purata bacaan enam liter bagi 100 km. Satu ciri yang menjadi perhatian pengguna apabila ingin mencari kenderaan baharu. Minyak nak kena jimat, tambahan pula sekarang ni minyak petrol mahal.

Beralih ke kabin, kebanyakan bahagian menggunakan warna hitam dan hanya bumbung yang dibalut fabrik cerah. Rekaan dalam ruang kabin kelihatan kemas dengan papan pemuka warna hitam serta sistem audio teknologi terkini menampakkan lebih menarik.

Balik Kampung Tanjung Tualang Dengan Jetta

Antara ciri yang paling Budiey suka ialah… ruang bonetnya sangat luas. Senang nak pindah atau letak barang. Nak isi banyak pun tak kisah. Sesuai untuk anda yang dah berkahwin dan punya anak ramai.

Kalau musim balik kampung ni lagi la senang, memang luas. Cyrill dan Budiey pun boleh muat dalam bonet belakang ni.

Balik Kampung Tanjung Tualang Dengan Jetta

Budiey tertarik dengan kemasan bahagian dashboard. Cukup elegan dan mewah sekali. Memang memikat hati sangat. Setiap butang kawalan senang dikendalikan. Mudah dan segalanya ada tersedia depan mata. Kami berdua setuju jika dapat katakan sentuhan lembut pada permukaan papan pemuka dan bahagian pintu juga menyuntik sedikit elemen mewah.

Balik Kampung Tanjung Tualang Dengan Jetta

Sistem hiburannya yang sebelum ini menggunakan pemain audio RCD320, ditukar menerusi sistem audio bersama navigasi jenama Blaupunkt.

Budiey juga suka dengan stering Jetta ni. Stering Jetta ni dibalut dengan leather dan grip yang nampak sporty.

Ia juga masih mengekalkan ciri perehat tangan depan dan belakang boleh laras serta menggunakan sistem penyaman udara automatik ‘Climatronic’ dengan kawalan suhu dua zon berbeza.

Apa yang menarik perhatian dan keistimewaannya adalah keselesaan ruang kabin, terutamanya kepada penumpang dan pemandu.

Seronok gak bila dapat jalan-jalan makan angin sambil pulang ke kampung Cyrill kat Perak baru-baru ini dengan kereta Jetta. Kereta ni memang tak banyak kat atas jalan. Lagi pun, kami tak sabar nak try kereta baru ini.

Kami bawak kereta secara bergilir-gilir. Masing-masing excited nak pegang stering. Dari pemerhatian kami, perjalanan Kuala Lumpur ke Tapah, pengendalian Jetta cukup memuaskan. Ketika melalui jalan beralun, suspensi menyerap keadaan jalan yang tidak rata dengan baik tanpa lantunan.

Tetapan suspensi juga sederhana lembut sesuai sebagai sebuah kenderaan keluarga. Pengendalian stereng juga tepat dan melalui selekoh pada kelajuan tinggi bukan satu masalah.

Jetta

Dari Tapah, kami menghala ke Kampar dengan melalui jalan bengkak bengkok. Memang mencabar sikit. Ada jalan yang berlopak dan berlubang. So, kenala hati-hati. Jadi, kami terpaksa melalui selekoh tajam. Tapi masih lagi dapat rasa kestabilan dan kemantapan.

Biar pun melalui jalan bengkang bengkok, Jetta masih tetap mantap. Pendek kata Jetta ni bukan sahaja sesuai untuk pemanduan di jalan bandar tapi sesuai juga dipandu di kampung.

Jetta

Untuk lebih premium, Jetta juga tampil dengan elemen pilihan Teck Pack yang lebih inovasi termasuk kamera undur, sistem penghawa dingin ‘Climatronic’ dengan dua zon kawalan, skrin sesentuh berwarna RCD510 dengan sistem radio dan pemain MP3, sambungan untuk Bluetooth, kawalan kelajuan dan juga roda stereng balutan kulit.

Balik Kampung Tanjung Tualang Dengan Jetta

Volkswagen jarang sekali bermain dengan rekaan bentuk modelnya. Walaupun masih mengekalkan rekaan ringkas terdahulu namun ia masih relevan sehingga kini.

Ini boleh dilihat pada model Volkswagen lama apabila reka bentuknya masih lagi boleh diterima masyarakat global seperti Beetle, Polo dan Golf.

Selain keselesaan tempat duduknya, jentera ini mempunyai penebat bunyi yang sangat bagus kerana tidak kedengaran kebisingan enjin atau udara ketika penulis memandu pada kelajuan tinggi.

Balik Kampung Tanjung Tualang Dengan Jetta

Setakat memandu melebihi 160 kilometer sejam (km/j), penumpang masih boleh tidur nyenyak kerana jentera ini masih tidak terasa laju. Jetta Edisi Terhad ini juga didatangkan enam beg udara yang menjadi ciri keselamatan terbaik dalam kelasnya.

Nak test drive… haa… apa kata layari sekarang, klik di sini.

SPESIFIKASI

ENJIN: 1.4 liter, empat silinder, suntikan terus dan pengecas berkembar.
KUASA MAKSIMUM: 160PS @ 5,800 rpm
TORK MAKSIMUM: 240Nm @ 1,500 sehingga 4,500 rpm
TRANSMISI: DSG dengan tujuh kelajuan
CIRI KESELAMATAN: Beg udara pemandu, penumpang depan dan sisi, stereng kuasa sensitif kelajuan, Pengawal Cengkaman (TC), Kebezaan Kunci Elektronik (EDL), ABS, EBD, BA serta ESP

Jetta
Balik Kampung Tanjung Tualang Dengan Jetta
Balik Kampung Tanjung Tualang Dengan Jetta
Balik Kampung Tanjung Tualang Dengan Jetta
Balik Kampung Tanjung Tualang Dengan Jetta

Balik Kampung Tanjung Tualang Dengan Jetta

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Cara Mudah Nak Dapatkan Baju T CAPTAIN AMERICA: CIVIL WAR

Ulasan Konsert Kelima CERIA POPSTAR Tema Cuba-Try-Test