in ,

Tiga Lori Bawa Misi Bantuan Ebit Lew Diarah Berpatah Balik, Ini Penjelasan Ketua Polis Daerah

Alahai, kesiannya misi bantuan Ebit Lew tergendala gara-gara lori diarah berpatah balik gara-gara tidak mendapat kebenaran. Ikuti berita lanjut.

BENTONG – Tiga buah lori yang membawa bantuan misi kemanusiaan daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew antara yang diarahkan berpatah balik di sekatan jalan raya (SJR) Bentong pada awal pagi Selasa.

Tindakan itu berikutan tiga buah lori tersebut tidak mempunyai dokumen kebenaran.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Menurut beliau, tiga buah lori seberat tiga tan membawa barangan muatan bagi misi kemanusiaan Ebit Lew ke pantai timur itu tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, lori terbabit dalam perjalanan ke Kuantan, Terengganu dan Kelantan.

“Mengikut SOP MKN, mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu mendapatkan kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri untuk pergerakan bantuan bencana atau misi kemanusiaan, namun lori terbabit diarah untuk berpatah balik kerana tiada sebarang dokumen bagi tujuan tersebut,” katanya.

Zaiham berkata, kesemua pemandu akur dengan arahan tersebut dan tiada kompaun dikeluarkan.

Ditanya jika ada menerima panggilan atau pertanyaan daripada pasukan pendakwah terkenal itu, Zaiham berkata, sehingga jam 5 petang Rabu tiada sesiapa daripada pihak terbabit menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong.

Sebelum ini, dalam laman sosial Instagram milik Ebit Lew ada memuat naik status sebanyak 10 buah lori bantuan bergerak menghantar keperluan asas seluruh Malaysia dengan klip video berdurasi 26 saat beberapa hari lalu

Ebit Lew menggerakkan 10 lori yang membawa bantuan barangan keperluan asas ke seluruh negara sempena Hari Raya Aidiladha. (Gambar Facebook)

EBIT LEW

Ustaz Ebit Lew ‘Takbir Raya’ Dalam Lori

Terdahulu Pendakwah bebas, Ebit Lew terus membantu rakyat dengan menggerakkan 10 lori yang membawa barangan keperluan asas ke seluruh negara sempena Hari Raya Aidiladha, semalam.

Menerusi hantaran bersama gambar di Facebook beliau, ia turut mendapat reaksi positif daripada warganet dan sehingga pagi ini sudah menerima lebih 195,000 ‘like’ serta 8,300 komen.

“Doakan ya. Malam hari raya ini 10 lori bantuan keperluan asas akan bergerak ke seluruh Malaysia. Doakan semua team selamat pergi dan balik. Takbir raya dalam lorilah. Semoga menjadi asbab kebaikan,” katanya di Facebook.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan penjelasan atau maklumat lanjut mengenai lokasi barangan keperluan berkenaan diagihkan.

EBIT LEW

Terdahulu, nama Ebit menjadi perbualan hangat di media sosial selepas penyanyi rap Caprice mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan tegurannya kepada penceramah bebas itu kerana mendakwa menerima rungutan daripada penduduk Gaza berhubung cara pendakwah itu menghulurkan bantuan baru-baru ini.

Dia juga mendakwa Ebit hanya menggunakan gambar kanak-kanak di Gaza demi tarikan bahan kandungan di media sosial.

Pendedahan Caprice itu dilihat menimbulkan rasa kurang senang warganet terutama dalam kalangan penyokong Ebit yang memberikan pelbagai reaksi terhadap artis terbabit.

Penyanyi itu kemudian memohon maaf kepada semua pihak menerusi satu hantaran di akaun media sosialnya hari ini.

Semalam, polis mengingatkan orang ramai tidak mensensasikan isu kontroversi membabitkan Ebit dan Caprice.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abd Jalil Hassan berkata, tindakan tegas akan diambil jika ada pihak yang didapati melanggar undang-undang termasuk menyebarkan fitnah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wajah Layla Sania di Papan Iklan Digital di Times Square, New York, Amerika Syarikat

Caprice Mahu Kotakan Janji, Bakal Buat Pendedahan Pada Malam Ini