in

TIGA FILEM ANIMASI HEBAT DISIARKAN KHAS KRISMAS

TIGA FILEM ANIMASI HEBAT DISIARKAN KHAS KRISMAS DI RTM2

Setiap kali menjelangnya musim perayaan, pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak pernah ketinggalan menjanjikan program-program bermutu khas untuk tontonan peminat setia salurannya. Malah penonton juga dijanjikan dengan tayangan filem-filem termasuk genre animasi yang sememangnya memiliki pengikutnya yang tersendiri tanpa mengira lapisan usia.

Justeru sempena Hari Krismas ini, bagi penonton yang memutuskan untuk bersantai di rumah sahaja, usah ketinggalan menyaksikan tiga filem animasi hebat iaitu The Princess And The Goblin pada 25 Disember 2008 (Khamis), jam 10.00 pagi, Dinotopia: Quest For The Ruby Sunstone pada 26 Disember 2008 (Jumaat), jam 10.00 pagi dan diakhiri dengan Adam Sandler’s Eight Crazy Nights pada 26 Disember 2008, jam 1.00 petang yang ketiga-tiganya menemui penonton setia RTM2.

3118489344 2B5E9B0B60 | 4

The Princess And The Goblin sebuah animasi yang diadaptasi dari kisah dongeng klasik mengenai seorang puteri yang tinggal di sebuah istana. Musuhnya, Goblin bertindak untuk mengambil alih istana itu dan puteri mendapat pertolongan daripada dua orang misteri untuk membantu menyelamatkan istananya.

Filem ini dibintangi oleh Joss Ackland menyumbangkan suara untuk watak King Papa, Roy Kinnear watak Mump, Rik Mayall watak Froglip dan Peter Murray untuk watak Curdi.

Seterusnya penonton diajak berhibur menerusi filem animasi hebat Dinotopia : Quest For The Ruby Sunstone yang mengisahkan seorang budak bernama Kex. Kex adalah anak yatim yang telah sesat dan berkawan dengan Dinotopia.

Sementara itu Dinotopia berdepan dengan musuhnya yang dikenali sebagai Ogthar. Ketika itulah Kex bersama Dinotopia dengan dibantu oleh dinasaur yang lain berusaha untuk cuba menyelamatkan rumah ajaib milik mereka yang dipertahankan selama ini.

Adam Sandler’s Eight Crazy Nights pula berlegar sekitar cerita animasi dongeng muzikal percutian menerusi watak Davey Stone yang cukup membenci percutiannya. Dia lalu memutuskan bercuti di bandar Dukesberry dan mahu mengubah perasaannya itu.

Namun dugaan yang dilalui sukar apabila pada malam pertama di Hanukkah dia dikehendaki untuk menjadi pembantu pengadil untuk liga remaja bola keranjang. Atau diheret ke penjara kerana kesalahan yang tidak sengaja dilakukannya.

Davey menyangkakan dengan bertemu lelaki bernama Whitey Duvall dapat menyelesaikan masalahnya. Namun hakikatnya jalan hidupnya semakin mencabar.

Adam Sandler’s Eight Crazy Nights popular tahun 2002 ini disumbangkan suara watak-wataknya oleh Adam Sandler, Jackie Titone, Austin Stout dan Kevin Nealon.

3117672805 48F4406080 | 5

Kepada peminat filem-filem animasi diharap tidak ketinggalan meluangkan masa menyaksikan The Princess And The Goblin pada 25 Disember 2008 (Khamis), jam 10.00 pagi, Dinotopia : Quest For The Ruby Sunstone pada 26 Disember 2008 (Jumaat), jam 10.00 pagi dan diakhiri dengan Adam Sandler’s Eight Crazy Nights pada 26 Disember 2008 (Jumaat), jam 1.00 petang yang ketiga-tiganya menemui penonton setia RTM2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RTM TUBUH UNIT BENCANA

Filem Dealova Lakonan Jessica Iskandar & Evan Sanders