in , ,

Tak Sesuai Bersuami Muda, Jasmin Hamid Kecewa Diejek Seperti Nenek

Dikutuk tidak sepadan bersuamikan lelaki muda, pelakon senior Jasmin Hamid yang dikatakan seperti nenek tampil ‘menyekolahkan’ netizen.

Jasmin atau nama lengkapnya Jasmiah Abdul Hamid, 52, menyifatkan tindakan keterlaluan individu yang bukan pengikut media sosialnya itu seolah-olah menidakkan kebesaran Tuhan.

“Astaghfirullah, azabnya mulut awak ini. Apa salah saya dekat awak. Awak pun bukan pengikut media sosial saya.

Masuk ‘rumah’ saya tinggalkan komen begini. Awak tahu tak awak sudah sakitkan hati saya dan paling penting awak menidakkan kebesaran Allah,” katanya menerusi aplikasi TikTok.

Bagaimanapun, pelakon drama Spa Q itu memaafkan individu terbabit, sekali gus mendoakan kebaikan buatnya supaya menjadi insan lebih baik pada masa hadapan.

“Awak lupa ya, jodoh, ajal, rezeki dan maut semuanya di tangan Allah.

“Macam itulah juga saya bila dijodohkan dengan suami muda yang sememangnya rezeki dan ketentuan Allah.

“Tidak mengapa, saya maafkan kekhilafan awak dan doakan awak dapat hidayah supaya menjadi manusia yang lebih baik dapat memberi manfaat kepada orang lain,” ujarnya.

Kejadian tersebut bermula gara-gara seorang netizen meninggalkan komen ‘Nenek dengan cucu’ dalam video sambutan ulang tahun perkahwinan kedua bersama suaminya, Nazmir Abd. Rahim.

Sebelum mendirikan rumah tangga bersama Nazmir pada November 2021, Jasmin pernah berkahwin dengan Ian Rashid pada 2000 dan berpisah pada 2008.

Hasil perkahwinan terdahulu Jasmin dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Ian Haziq

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DJ LIN SURIA FM

Saya Terkejut, Sedih Tyzo Kata Begitu – DJ Lin Kenal Tyzo Sejak Tahun 2006

Lee Kwan Hee Nafi Gosip Sedang Bercinta Dengan Choi Hye Sun