in , ,

Tidak Pernah Bertemu, Zalif Sidek Sudah Bertunang, Bakal Kahwin Tahun Depan

Nampaknya pelakon, Zalif Sidek, 36, sudah menemui pasangan hidupnya apabila dia kini mengakui sudah mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan keluarga, Anis Marzuki, 24, kira-kira jam 2 petang semalam.

Berikutan larangan merentas negeri, majlis pertunangan dan menghantar tanda di kediaman keluarga Anis di Kuantan, Pahang, disempurnakan ibu saudara Zalif yang menetap di daerah sama. Zalif berkata, majlis menghantar tanda sudah dibincangkan kedua-dua keluarga sejak minggu lalu. 

“Berikutan kita masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan dilarang merentas negeri, kami memutuskan mewakilkan adik kepada ibu saya yang menetap di Kuantan untuk menghantar cincin kepada keluarga Anis. 

“Lagipun, ibu saudara saya itu rapat dengan keluarga Anis. Merekalah yang memperkenalkan kami. Mengambil keberkatan hari Jumaat, saya bersyukur semuanya lancar,” 

Tidak Pernah Bertemu, Zalif Sidek Sudah Bertunang, Bakal Kahwin Tahun Depan

Pada majlis itu, Zalif atau nama penuh, Md Zalif Naquiyudin Wan Abu Bakar Sidek menyerahkan sebentuk cincin, sepasang persalinan dan manisan. Berkongsi ciri-ciri peribadi dimiliki tunangnya itu, pelakon ‘Hantu Dalam Botol Kicap’ ini memberitahu, Anis ringan tulang. Lebih membuatkan hatinya terbuka apabila menyedari Anis menerima dirinya seadanya. 

“Anis pernah datang ke rumah saya dua kali. Ketika itu, arwah ayah masih ada. Ayah berkenan dengan Anis dan sering memuji sifatnya yang rajin membantu emak di dapur. Ketika itu, saya berkawan dengan seseorang. Selepas ayah meninggal, mama pula asyik sebut nama Anis. 

“Apabila mama meluahkan hasrat menjadikan Anis calon isteri saya dan kebetulan, saya sedang mencari pasangan, cadangan itu diterima. Apa yang mama rasakan terbaik, saya ikut sahaja. 

“Bukan Anis sahaja, malah, keluarganya tidak kisah terima saya sebagai jodoh anaknya. Bagi mereka, asalkan lelaki itu bertanggungjawab dan dapat memberi kasih sayang kepada anaknya itu,”

Tidak Pernah Bertemu, Zalif Sidek Sudah Bertunang, Bakal Kahwin Tahun Depan

Zalif mengaku sejak berkenalan dengan Anis, mereka tidak pernah berjumpa dan sekadar berhubung melalui telefon atau panggilan video: 

“Kami hanya berhubung melalui telefon dan sesekali buat panggilan video,” 

– Zalif Sidek

Mengenai tarikh untuk disatukan, Zalif memaklumkan dia merancang mengahwini tunangnya itu tahun depan: “Insya-Allah, jika tiada aral melintang, saya merancang bernikah sebelum Aidilfitri tahun depan. Harapnya, keadaan sudah pulih dan kita dibenar menganjurkan majlis resepsi. 

“Kalau boleh, saya mahu majlis bersejarah itu dihadiri ramai tetamu seperti keluarga, rakan artis dan media. Tidak mahu majlis mewah, sebaliknya, lebih santai. Saya mahu jamu tetamu nasi dagang, sesuai dengan tanda dagang negeri kelahiran saya,” 

Zalif juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kelancaran majlis merisik dan bertunangnya semalam.

Tahniah Zalif Sidek!

Tidak Pernah Bertemu, Zalif Sidek Sudah Bertunang, Bakal Kahwin Tahun Depan Tidak Pernah Bertemu, Zalif Sidek Sudah Bertunang, Bakal Kahwin Tahun Depan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Remy Ishak Selamat Bernikah, Kini Bergelar Suami Kepada Ezza Yusof

Dengar Je Interpol Nak Cari, Ini Reaksi Nadir Al-Nuri