in ,

Tidak Perlu Batal Acara Hiburan, Aina Abdul Harap Nasib Anak Seni Terbela

DI kala ramai peniaga dibenarkan kembali aktif untuk menjana pendapatan, begitulah juga yang diinginkan oleh para penggiat seni.

Baru-baru ini kecoh apabila ada sesetengah pihak yang menganggap acara hiburan adalah aktiviti berisiko dalam penularan COVID-19.

Seperti yang kita tahu ekosistem industri hiburan bukan sahaja membabitkan artis dan penganjur acara tetapi juga kru belakang tabir seperti jurukamera, pemuzik, pereka fesyen, jurumekap, penaja dan banyak lagi.

Penyanyi popular Aina Abdul, 27, berharap pihak berkuasa turut melihat kepentingan acara hiburan kepada penggiat seni.

“Bagi saya, rasanya tidak perlu batalkan atau tunda acara hiburan kerana itu adalah pendapatan kami.

“Acara tersebut perlu diteruskan tetapi Prosedur Operasi Standard (SOP) mesti diperketatkan seperti mengehadkan jumlah orang yang terlibat atau ada sistem giliran.

“Ini kerana, sesuatu acara itu bukan sahaja melibatkan artis tetapi juga banyak piihak lain yang bergantung kepada acara tersebut untuk menjana pendapatan demi menyara keluarga,”

– Aina Abdul

Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani berharap, kerjaya anak seni yang baru bermula selepas berehat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, dapat dipertimbangkan.

“Saya harap kerajaan atau pihak berkuasa mempertimbangkan nasib kami dalam bidang seni seperti membenarkan acara hiburan selagi mana SOP dipatuhi.

“Kalau ditanya, saya berpendapat memperketatkan lagi SOP dalam majlis hiburan adalah jalan terbaik untuk semua pihak.

“Jadi, dalam menjaga keselamatan dan kesihatan, kami tetap boleh menjana pendapatan di kala situasi yang agak mencabar ini. Kami juga seperti yang lain mempunyai komitmen yang perlu dilunaskan.

“Terima kasih kepada kerajaan kerana sudi mendengar rintihan anak-anak seni,”

– Aina Abdul

Semoga para penggiat seni dapat bangkit semula selepas terkesan akibat krisis pandemik Covid-19 yang melanda dunia. 

*Sumber: Wilayahku

What do you think?

72 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Netizen Syak TokTi Hamil Anak Kedua? Bakal Umum di Sidang Media Virtual Pada 1 Disember?

Didesak Letak Jawatan Gara-gara Gagal Selesaikan Isu Agihan Royalti, Ini Reaksi Sheila Majid