in

Tiara Jacquelina Nafi Suami Bercinta Dengan Maya Karin

Tiara Jacquelina Tidak Percaya Suami Bercinta Dengan Maya Karin

Datin Seri Tiara mengulas mengenai gosip antara Maya bersama Mohd. Effendi yang heboh diperkatakan sejurus selepas pengumuman teater muzikal, The Secret Life of Nora di Kota Damansara semalam.

PETALING JAYA: Pelakon Datin Seri Tiara Jacquelina Eu Abdullah tidak mempercayai desas-desus kononnya suami beliau, Datuk Seri Dr. Effendi Norwawi, 62 menjalin hubungan dengan aktres terkenal, Maya Karin, 30. Gosip liar mengenai hubungan suaminya dengan aktres Maya Karin tidak sedikit pun menjejaskan kehidupan beliau. Sebaliknya, aktres dan penerbit terkenal ini menyifatkan dia wanita yang paling bertuah kerana mempunyai seorang suami sebaik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Menurut Tiara, dia menyimpan kepercayaan seratus peratus kepada suaminya dan tidak pernah mencurigai kesetiaannya.

Nora | 4

Tiara Jacquelina ketika mengumumkan teater muzikal, The Secret Life of Nora, di Kota Damansara, Rabu.

“Apa yang boleh saya katakan, saya merasakan sayalah wanita paling bertuah mempunyai suami yang baik. Saya rasa tak ada suami dalam dunia yang mencintai isterinya sebaik suami saya. Malah, tiada seorang isteri yang dapat memiliki cinta seperti mana yang dicurahkan oleh suami saya.” katanya.

Beliau bercakap demikian kepada pemberita selepas mengumumkan teater muzikal, The Secret Life of Nora di Kota Damansara di sini, Rabu.

Turut hadir, Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani. Teater muzikal tersebut bakal diadakan pada akhir bulan September di Istana Budaya.

Sebelum ini, ada laporan mengatakan kononnya Maya menjalin hubungan dengan Effendi yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri tetapi ia dinafikan aktres itu.

Gosip tersebut bagi Maya, adalah sesuatu yang tidak berasas dan langsung tidak masuk akal.

Dalam pada itu, Tiara turut menegaskan, sebagai seorang yang sudah lama dalam industri ini beliau sudah lali menghadapi cerita-cerita seperti itu.

“Saya sudah lali dengan gosip seperti ini, ini sudah menjadi lumrah dalam kehidupan artis,” katanya.

Tiara memberitahu, dia sering menasihatkan rakan-rakannya yang ingin mendirikan rumah tangga supaya mengambil contoh lelaki sebaik suaminya. – Mstar Online

017695501 | 5

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert D’lloyd Semalam di Malaysia Bakal Gegarkan Istana Budaya

Tiara Jacquelina Lancar The Secret Life of Nora