in ,

“Tiada Bias, Kami Kaji Dokumen Asal Sejarah Sarawak,” – Penerbit RAJAH

Penerbit filem Rajah, Rob Allyn menyangkal tuduhan beberapa pihak yang mendakwa filem berkenaan membawa naratif sejarah negeri Sarawak yang menyimpang daripada dokumen asal. 

Menurutnya, bagi mengelakkan skrip filem menjadi berat sebelah, pihaknya telah melakukan kajian terperinci daripada dokumen asal sejarah negeri Sarawak. 

Tambahan pula, ujar Rob, filem ini telah mendapat nasihat daripada FINAS dan jawatan kuasa tinggi Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Sukan Sarawak.

“Semuanya dimulakan dengan kajian melibatkan dokumen asal sejarah Sarawak. Kajian ini melibatkan masyarakat Malaysia, masyarakat Sarawak juga keluarga Brooke Heritage Trust.

“Dari aspek barisan pelakon pula, kami melibatkan pelakon Malaysia dan pelakon asli Sarawak. 

“Contohnya pelakon Peter John yang terlibat dalam filem ini yang membawa watak Orang Kaya. Sebenarnya dia merupakan keturunan Orang Kaya, jadi dia membawakan kembali watak moyangnya di dalam filem ini. 

“Bukan itu sahaja, Peter juga merupakan seorang aktivis yang memperjuangkan hak orang asli Sarawak. 

“Jadi dia mempunyai banyak pengetahuan berkenaan Sarawak selain membantu kami menterjemah filem ini kepada lima bahasa iaitu English, Melayu, Dayak, Cina, dan Arab,”

Terdahulu, Borneo Post menyiarkan komen daripada wakil penduduk Sarawak yang mengatakan filem Rajah gagal membawakan tokoh penting Sarawak seperti Pangiran Muda Hashim.

Bukan itu sahaja, mereka turut mendakwa filem Rajah yang memaparkan perjalanan Brooke bergelar raja putih pertama Sarawak telah diputarbelit  dan disifatkan sebagai filem yang mengecewakan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Buffet Ramadan Selera Kampung di Geo Resort & Hotel, Genting Highlands

“Kalau Saya Kaki Buli, Kenapa Sekarang Baru Nak Cerita?” – Uqasha Senrose