in , ,

Tiada Bukti Tuduh Stacy Cemburu, Jade Anh Mohon Maaf Kepada Akim & Stacy

Semalam hangat diperkatakan apabila seorang model Vietnam, dikenali sebagai Jade Anh meluahkan rasa kecewa lakonannya dalam muzik video MV Rampas nyanyian Akim and The Majistret tidak dikeluarkan.

Model itu turut mendakwa aksinya terpaksa ditapis kerana isteri vokalis kumpulan berkenaan, Akim Ahmad iaitu Stacy cemburu menonton babak dalam MV berkenaan. Malah, turut mendedahkan bukti mesej mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, model berkenaan gagal membuktikan dakwaan Stacy cemburu punca MV itu disunting apabila tiada bukti sahih mengatakan Stacy cemburu memandangkan mesej ditulis individu itu hanya mengatakan ‘isterinya tidak suka’.

Susulan salah faham itu, Jade memuat naik permohonan maaf kepada Akim dan Stacy di atas tindakannya itu di atas salah faham yang berlaku.

Tiada Bukti Tuduh Stacy Cemburu, Model Vietnam Mohon Maaf

Kata Jade lagi, dia tiada niat untuk meraih perhatian dan status itu sebenarnya hanya untuk berlawak dan tidak sangka ianya menjadi serius.

Tiada Bukti Tuduh Stacy Cemburu, Model Vietnam Mohon Maaf

“Saya tak mampu nak jelaskan bahawa status itu sepatutnya jadi sesuatu yang melucukan. Tak sangka anda akan cari siapa yang saya maksudkan.

“Maaf kepada penyanyi dan isterinya yang saya tak sebutkan nama kerana faham, saya diberitahu ia berlaku kerana dia cemburu,” katanya.

Tiada Bukti Tuduh Stacy Cemburu, Jade Anh Mohon Maaf Kepada Akim & Stacy

Jade Anh Minta Maaf pada Akim & Stacy

Selepas mencetuskan kekecohan semalam, model yang dikenali sebagai Jade Anh tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas membuat tuduhan melulu terhadap Akim Ahmad dan isterinya, Stacy Anam.

Menurut Jade, permohonan maaf tersebut dilakukan selepas mendapat nasihat daripada banyak pihak dan mengakui ciapannya berhubung isu tersebut seperti ingin memalukan isteri kepada vokalis Akim & The Majistret itu.

Bagaimanapun, Jade dalam ciapan permohonan maafnya itu masih enggan menyebut nama pasangan tersebut.

“Saya ingin membuat permohonan maaf secara rasmi kepada penyanyi itu dan isterinya. Disebabkan masalah komunikasi, saya menyangka perkara ini berpunca daripada masalah cemburu tetapi rupa-rupanya tidak.

“Saya akan lebih berhati-hati selepas ini sekiranya ingin mengeluarkan sebarang kenyataan atau melakukan apa-apa bentuk perbuatan,” tulisnya dalam akaun Twitternya, @jadeyanh.

Malah, dia juga tidak menyangka isu yang berlaku pada tahun 2018 itu menjadi topik hangat dalam media sosial semalam.

“Sekali lagi, saya tiada niat untuk jadikannya sebagai isu besar. Jujurnya saya cuma ingin berkongsi tentang memori lucu dan pelik tetapi akhirnya tersebar dengan luas.

“Selain itu, saya juga tidak tahu tentang ulang tahun perkahwinan mereka dan tiada niat untuk mengganggu kehidupan pasangan tersebut,” katanya lagi.

Media semalam melaporkan Jade mencetuskan kekecohan dalam media sosial selepas mendedahkan babak lakonannya dalam muzik video Rampas telah dibuang kerana mendakwa Stacy cemburu.

Pendedahan tersebut seterusnya mendapat perhatian penyanyi lagu itu iaitu Akim dengan memberitahu suntingan dilakukan kerana jalan ceritanya tidak sesuai dengan lirik Rampas yang merupakan hasil penulisan Stacy.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Marahkan Pengurusan, Pekerja J&T Mogok Dengan Membaling Barang Pelanggan

“Saya Sering Terima Panggilan Dari Wanita, Tapi Saya Bagi Isteri Yang Jawab,” – Edika Yusof