in

Stoned & Co. Lancar Koleksi Pakaian Jalanan Musim Luruh/Sejuk ’17 THE DESCENDANT

Pada 24 November yang lalu, Budiey telah hadir di acara pelancaran anjuran Stoned & Co. yang telah mendedahkan koleksi premium Musim Luruh/Sejuk pertama mereka di Isetan The Japan Store, Lot 10 Kuala Lumpur bersama-sama paparan seni mengagumkan oleh Illegal Studio untuk meningkatkan pengalaman visual ke aras baharu. Turut dipamerkan foto-foto indah oleh Illegal Studio yang menyerlahkan rangkaian utama jenama berkenaan

Stoned & Co. Lancar Koleksi Pakaian Jalanan Musim Luruh/Sejuk ’17 Premium Sulung – THE DESCENDANT

The Descendant merupakan koleksi Musim Luruh/Sejuk 2017 Stoned & Co. yang menyerlahkan pandangan baharu terhadap daun-daun maple Jepun yang simbolik. Dengan hitam sebagai warna utama dalam koleksi ini, rona-rona warna oren terang daun maple Jepun yang agung memberikan tanggapan yang berkekalan dan pastinya unik terhadap rangkaian moden berkenaan.

Mengulas berkenaan koleksi Musim Luruh/Sejuk sulung tersebut, Andrew Ngo, Pengasas dan Pengarah Urusan Stoned & Co. berkata, “Walaupun mengambil masa yang lama tetapi kami amat teruja untuk melancarkan koleksi premium Musim Luruh/Sejuk pertama kami, The Descendant. Kita telah menggunakan material-material berkualiti tinggi seperti yang digunakan oleh pelbagai jenama antarabangsa terkemuka dalam koleksi ini. Kami berharap untuk memperkukuhkan jenama Stoned & Co. di peringkat antarabangsa, sejajar dengan usaha kami untuk menyediakan pakaian berkualiti tinggi yang menerapkan rekaan unik serta selesa yang bersesuaian untuk semua individu.”

Stoned & Co. merupakan jenama yang mengingini paparan mesej berani dalam rekaan yang minimalis. Jenama tersebut menyerlahkan rekaan unik menerusi inspirasi daripada pelbagai aspek seni dan budaya yang terdapat di Malaysia untuk membawakan nilai-nilai positif seperti perpaduan, kesaksamaan dan keamanan.

Look 2_Front

Sejak diwujudkan pada 2015, jenama tersebut dikenali sebagai salah satu jenama pakaian jalanan paling pesat berkembang di negara ini. Stone & Co. telah bekerjasama dengan pelbagai penghibur dan duta-duta jenama terkemuka di peringkat tempatan dan antarabangsa, antaranya Migos yang menyanyikan lagu Bad & Boujee, Alien Huang (Xiao Gui) dari Taiwan, Zizan Razak Raja Lawak dari Malaysia dan #SUPERGIRLS, De Fam.

Dalam koleksi The Descendant, fashionista pakaian jalanan akan berpeluang menyaksikan banyak rangkaian pertama daripada Stoned & Co. – daripada koleksi denim sulung, pakaian pereka pertama terhadap jaket lapangan (field jacket) yang mempunyai keperincian indah dalam segenap bahagian pakaian berkenaan. Harga peruncitan bagi koleksi The Descendant bermula daripada RM249 sehingga RM1,300 sepasang.

Bersempena pelancaran berkenaan, Stoned and Co. menjalin kerjasama dengan Illegal Studio untuk membawakan sebuah pameran fotografi mengenai koleksi Musim Luruh/Sejuk sulung tersebut. Pameran yang akan diadakan dari 24 hingga 30 November 2017 itu diharapkan dapat meningkatkan pengalaman visual tetamu serta masyarakat umum.

Look 4_Front

Look 4_Back

Look 2_Back

Look 1_Front

Look 1_Back

Descendant Prodigy Delta Baseball Cap Black_Front-Min

Descendant Epilogue Sweater Black_Front-Min

Descendant Equity Ls Tshirt Black_Front-Min

Mengenai Stoned & Co.
Stoned & Co. telah memberikan definisi baharu dalam budaya pakaian jalanan tempatan sejak tahun 2014 dan mempunyai sebuah butik utma di kawasan penuh bersemangat, SS15, Subang Jaya. Pada masa ini, koleksi pakaian Stoned & Co. boleh didapati secara konsainan sekitar Malaysia dan Taiwan.

Descendant-Distressed-Denim-Jacket-Blue_Back

Kisah Koleksi The Descendant

Prolog The Descendant

Selepas berakhirnya Konspirasi Keamanan (1a), Orang Tua-Tua (Elder) telah memutuskan apabila daun maple Jepun pertama yang jatuh menyentuh air pada musim luruh (1b) di Tasik Towada (2), Decendant (Keturunan) yang ada akan dipanggil untuk melalui pengembaraan yang mengubah kehidupan mereka.

Pepohon maple Jepun dibawakan oleh golongan Elder untuk mengingatkan kita akan keindahan dan ciri-ciri signifikannya. Keupayaannya untuk bersesuaian dengan keadaan, keutuhan dan sifatnya yang damai merupakan antara ciri-ciri yang diharapkan pemimpin bijaksana itu dapat dipelajari dunia.

Perpaduan, kesaksamaan dan keamanan telah terpahat di minda Elder sejak awal. Mereka mahukan dunia memahami dan menerima ketiga-tiga idea ini untuk mewujudkan sebuah kehidupan yang harmoni.

Kini tiba masanya untuk nenek moyang ini membenarkan penampilan generasi baharu, The Descendant. Melalui kebenaran dan kebijaksanaan, Orang Tua-Tua ini akan mengamanahkan Descendant dunia ini dengan ilmu yang tiada penghujung dan kekuatan yang tiada tandingan. Anak-anak didik ini merupakan masa depan sebuah dunia yang aman, berpadu dan saksama. Mereka akan belajar untuk mendidik dan menyemai nilai-nilai yang membawakan kebaikan kepada dunia dan manusia sejagat.

The Descendants merupakan cabang-cabang pokok maple Jepun yang sedang tumbuh, sementara Elder merupakan akar yang berperanan sebagai teras pertumbuhan, kebijaksanaan dan pengetahuan. The Descendant, sebagai cabang teguh pepohon yang aman ini, akan tersebut tumbuh dan meneroka ruang baharu seiring dengan perkembangan masa. Tugas mencabar untuk membawakan perpaduan, kesaksamaan dan keamanan ke dunia ini akan menguji The Descendant apabila mereka menyedari bahawa transformasi dalaman diri yang akan membenarkan mereka mengubah dunia.

Dengan Elder menjaga Tasik Towada, mereka kini melihat keindahan pepohon maple Jepun kini memenuhi tanah yang sebelum ini kosong. Perluasan dan pertumbuhan The Descendant pada suatu hari akan mewujudkan sebuah dunia yang seindah landskap Tasik Towada.

Dengan cabang-cabang pepohon maple Jepun terus tumbuh dan berkembang, begitu juga kebijaksanaan dan ilmu Descendant. Dengan pepohon baharu mewakili generasi baharu Descendant, golongan Elder terus merealisasikan impian untuk mewujudkan sebuah dunia yang bersatu, saksama dan aman.

Rujukan

(1a) Konspirasi Keamanan merupakan koleksi Musim Luruh/Sejuk 2016

(1b)

(2) Lake Towada benar-benar wujud dengan keindahan daun maple Jepun pada musim luruh dapat disaksikan dari awal sehingga akhir Oktober setiap tahun.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Mesin Layan Diri BOSS VEND

Ada Sebab Shuib Tinggalkan Sepahtu Sinar