in , ,

The Coffee Bean & Tea Leaf® Kembali Dengan Edisi Musim Percutian Sip & Explore

The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia Kembali Dengan Edisi Musim Percutian Sip & Explore Yang Ditunggu-Tunggu!

Bersedialah untuk mengalami keceriaan musim percutian bersama The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia (CB&TL) yang telah membawa kembali Edisi Musim Percutian Sip & Explore yang ditunggu-tunggu! Selepas kejayaan edisi musim panas, CB&TL sekali lagi menyatupadukan komuniti tempatan dengan satu musim yang dipenuhi aktiviti-aktiviti hebat dan berpaksikan komuniti untuk menyemarakkan keriangan musim perayaan ini!

“Menyambut musim percutian dengan Sip & Explore adalah cara kami menyemarakkan semangat perpaduan dan mencetuskan kreativiti dalam komuniti kita.

Kami sangat teruja untuk melanjutkan siri Sip & Explore, selaras dengan komitmen kami untuk memupuk keingintahuan dan membangkitkan semangat penerokaan dalam komuniti tempatan kita,”

– Ketua Pemasaran & Inovasi CB&TL, Fiona Rodrigues

CB&TL berazam menyatupadukan rakyat Malaysia melalui pelbagai aktiviti menakjubkan, seperti seni untuk menzahirkan kreativiti, bersantai dengan muzik langsung, dan pengembaraan yang mengujakan! Tidak kira anda menikmati Double Chocolate Peppermint Ice Blended® kegemaran anda ataupun mencuba Cold Brew Black with Chili Cream Cap baharu, alamilah ‘Keceriaan dalam Setiap Cawan’ – A Little Bit of Joy in Every Cup untuk melengkapkan pengalaman anda!

Sip & Shine with Craftiviti

Sip & Shine | Bengkel Membuat Lilin Bersama The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

  • The Coffee Bean & Tea Leaf®, The Link 2, Bukit Jalil Sabtu, 25 November, 5:00PM
  • The Coffee Bean & Tea Leaf®, Uno Bukit Raja Ahad, 26 November, 11:00AM
  • The Coffee Bean & Tea Leaf®, Seremban 2 Heights Sabtu, 2 Disember, 11:00AM
  • The Coffee Bean & Tea Leaf®, Gravity Green Seri Alam, Johor Ahad, 3 Disember, 11:00AM
  • The Coffee Bean & Tea Leaf®, Bandar Puteri Puchong Sabtu, 9 Disember, 5:00PM
  • The Coffee Bean & Tea Leaf®, Rivercity Jalan Ipoh Ahad, 10 Disember, 11:00AM
Sip & Sing with Lunadira & Asyraf Nasir

Sip & Sing bersama Lunadira dan Asyraf Nasir

  • The Coffee Bean & Tea Leaf®, The Link 2, Bukit Jalil Sabtu, 25 November, 8:00PM
Sip & Sing with Claudia & Talitha

Sip & Sing bersama CLAUDIA dan Talitha

  • The Coffee Bean & Tea Leaf®, Tree Square Mall, Penang Sabtu, 16 Disember, 8:00PM
Sip & Sing with Lollapalooza

Sip & Sing bersama Lollapalooza | Persembahan Caroling untuk Mengalu-Alukan Perayaan yang Meriah

  • The Coffee Bean & Tea Leaf®, Centrepoint Seremban Sabtu, 2 Disember, 6:00PM
  • The Coffee Bean & Tea Leaf®, Limbongan Melaka Ahad, 3 Disember, 2:00PM
  • The Coffee Bean & Tea Leaf®, Bandar Puteri Puchong Sabtu, 9 Disember, 8:00PM
  • The Coffee Bean & Tea Leaf®, Radia Commercial Centre Ahad, 10 Disember, 8:00PM
  • The Coffee Bean & Tea Leaf®, The Waterfront @ Desa ParkCity Ahad, 17 Disember, 4:30PM
Sip & Sing with Lollapalooza Schedule

Daftarlah untuk acara Sip & Shine CB&TL yang akan datang di SINI, dan ikuti media sosial kami untuk menyaksikan Sip & Drive bersama Beng dari #DropTheTop – yang menyatukan semangat cinta terhadap kopi dan keterujaan memandu kereta di jalan raya!

Untuk lebih maklumat tentang tawaran, berita dan promosi terkini daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, layari laman Facebook kami di www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage, akaun Instagram @coffeebeanMY, akaun TikTok @coffeebeanMY, atau laman web rasmi www.coffeebean.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

WOWSHOP Kembali Dengan Tawaran Hebat Menerusi Wow Dah Gaji! 

HONOR X9b 5G

HONOR Hargai Tempah Awal HONOR X9b 5G, Tawar Cabutan Bertuah